Ad Code

BURGER WAJIB CUBA DI KELANTAN – KBB BURGER & STEAK #KBBSTEAK KOTA BHARU

Assalamualaikum semua,

Bila kita sebut tentang pantai timur, mesti dah terbayang makanan yang sedap-sedap kan. Pantai timur memang terkenal dengan syurga makanan, nasi kerabu, nasi dagang, kerepok lekor, satar, megi kayu arang eh macam-macam lah. Bukan tu je, korang tau tak di Pantai Timur juga ada makanan western yang sedap yakmatttt.

Kalau korang peminat makanan western macam saya, korang mesti familiar dengan Ribs, Wagyu, Tomahawk, Angus dan seangkatan dengannya. Angus ni sedap tau dagingnya, sebab Angus bukan lembu tempatan, it's a cattled breed originally from Scotland. Saya paling minat Angus brisket, dagingnya juicy, lembut sangat, bila kita makan tu memang melted dalam mulut, seriussss tak tipu. Kalau korang belum pernah try, haaa meh sini nak share satu tempat makan western yang wajib korang cuba.


Inilah restoran western yang tengah viral sekarang di Pantai Timur, KBB Burger & Steak. Ada pelbagai menu yang sangat recommended untuk korang cuba. Saya memang peminat western food, burger ni memang selalu order lah. Bila dah sampai di Pantai Timur ni, teringin jugak nak cuba makanan kat sini. Ramai jugak kawan-kawan saya share depa makan kat sini, haruslah saya try jugak kan hehe Asyik depa je layuq (tunjuk) gambar makanan sedap-sedap kat KBB Burger ni, kalini biar saya pulak layuq makanan sedap kat sini haha. Kat sini ada pelbagai western food yang korang boleh cuba, dan semuanya serius nampak sedap yakmat. Antaranya Butter Ages Tomahawk, Wagyu, Angus dan lain-lain.





Sebabkan nama kedai ni KBB Burger, jadi saya nak cuba burger bestseller kat sini iaitu Wild Ribs Burger. Masa order tu, serius tak boleh nak bayang macamalah rasa dia, yela kan, saya pernah makan beef ribs dan lamb ribs, tapi belum pernah lagi makan burger yang ada ribs.

Masa first burger tu sampai depan muka, aroma daging tu, omaigaddd sedapnya tu rasa macam nak terkam haha Tapi sebagai wanita muslimah yang sopan santun, saya control kegelojohan itu hahahahaha Nahhh korang tengok lah rupa Wild Ribs Burger ni, mana tak jatuh hati wehhh


Kalau dah bestseller tu tak perlu lah nak explain lebih-lebih. Dah semestinya sedap. Wild ribs burger ni di hidangkan dengan double patty dan ribs. Yaaaa korang tak salah baca, it is double patty wehhhh.. Sekali cuba mesti akan repeat punya



Burger ni tebal yakmattt, rupanya dalam burger ada 2 lapisan daging patty, lapisan ketiga barulah daging ribs tu. Masa burger sampai depan muka terpikir macam mana nak makan? Serius tebal tau, patty tu pun dah memang tebal, tambah pulak ribs, tak muat mulut nak suap. Akhirnya saya decide ratah ribs tu je, nikmatnya hanya yang merasai je tau. Memang recommended lah Wild Ribs Burger ni. Patut lah bestseller kat sini, memang sedap sangat. Tak pernah makan burger sesedap ni. Ribs tu serius sangat juicy dan lembut yakmattt. Memang pilihan yang tepat lah saya pilih menu ni. Sebiji burger ni pun tersangat mengenyangkan. Saya siap order satu lagi untuk takeaway tau! Kalau saya suka makanan tu, mesti akan beli lebih untuk makan kemudian. Maklumlah nak datang nanti jauh pulak kan, baik tapau je, boleh repeat makan. Walaupun beli takeaway, rasa dan tekstur wild ribs burger masih sama ye. Memang puas hati sangat.



Kalau korang peminat ribs, atau tak pernah makan ribs, korang memang patut cuba Wild Ribs Burger di KBB Burger & Steak ni. Pastinya korang akan jatuh cinta dengan ribs lepas ni. Memang pilihan yang tepat untuk saya try menu kat sini, next time inshaaAllah nak try wagyu pulak. Mesti sedap jugak kan, wild ribs pun dah sedap yakmat.


KBB Burger & Steak ni ada dua cawangan rupanya, yang saya makan ni kat cawangan Kota Bharu. Satu lagi cawangan terletak di Kuala Terengganu yang baru sahaja dibuka pada penghujung Februari yang lalu. Untunglah korang yang dok kat Terengganu ni, bolehlah selalu datang makan kat sini ye. Rasa macam nak pindah area Pantai Timur je, dapat la selalu makan kat KBB Burger & Steak.Warga Terengganu jangan lepaskan peluang korang tau untuk menikmati makanan lazat lagi viral kat KBB Burger & Steak ni.

No wonder lah KBB burger & Steak sentiasa menjadi pilihan influencer, instafamous dan founder-founder produk sebab kualiti makanan mereka yang tip top. Hidangan western biasanya susah nak cari restoran yang sedap, tapi kat KBB Burger & Steak, saya jamin korang akan puas hati. Peminat western di Pantai Timur, jangan lepaskan peluang ni, Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:




Atau boleh terus ke cawangan KBB Burger & Steak dan boleh cuba semua menu-menu di atas:

KBB Burger & Steak Kota Bharu
No 2713 Jalan Kuala Krai
15150 Kota Bharu
Kelantan
No : 010 258 1001

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin
2000 Kuala Terengganu
Terengganu
No : 010 254 1001

Waktu operasi :
12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Dibuka setiap hari)

#tempatmakanmenarik #Makananpalingviral #Tempatpopular #Makananpalingbest #Cheese #Hargamurah #mampumakan #Tempatmakanwestern #jjcmkotabharu #jjcmterengganu

Post a Comment

20 Comments

  1. tudiaaaaa...pi makan sedap-sedap takmo ajak kita noooooooo

    ReplyDelete
  2. Sedapnyee.... hat dekat2 tak dak ka?.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada lagi. setakat ni baru ada di kelantan dan terengganu

      Delete
  3. Wuwuwuwuwuwuw akak tengok steak dia juicy. Kenapa jauh benar ni. Nak ke Terengganu or Kelantan? Dua negeri ni semua makanan sedap. Nanti kena plan keluar malam ubtuk ke KKB Burger & Steak. Steak kalau makan malam dia punya syok tu lain. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn memang juicy. wajib try tau kalau ke kelatan/terengganu

      Delete
  4. Your photos here making me so craving hungry now, the steak so so juicy looking & the patties of the burger so so thick to enjoy. Wow!! Must be there for foods la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. aiits, just because of this article terus I rasa nak jalan-jalan area sana. Burger dia bukan main menggoda tau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. this weekend can go and try ur self. sure worth it

      Delete
  6. wahh memang nampak sedap gila makanan dekat sini! bolehlah nnti saya bawa family ke sini :)

    ReplyDelete
  7. Besar2 dan nampak juicy burgers yang ada disini! Good choice to go for this kan kalau ada pergi pantai timur, kena plan for next visit la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeszaaa plan for jjcm kelantan/terengganu. jangan lupa tau singgah kbb. serius sedappp

      Delete
  8. Sedap tu npk burger dia, dah lama tak jln2 Kota Bharu nti blhlah sggh klu pg sanq

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah jangan tak singgah. cawangan terengganu pun ada

      Delete
  9. Sedapnya nti blhlah sggh bila pg kota bharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke terengganu pun ada gak branch kbb. boleh try kat sana jugak

      Delete
  10. lalu je. x pernah sempat nak singgah cuba. nanati boleh la kot try makan sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa awak dok kelantan kan? try la nanti. mesti puas hati.

      Delete