Ad Code

STAYCATION JOHOR - HOTEL REVIEW - TRINIDAD HOTEL PUTERI HARBOUR

Assalamualaikum semua

Balik dari Batam, saya dan beberapa kawan decide untuk menginap satu malam di Johor. Dah lama jugak tak staycation di Johor, dah alang-alang kan, so why not?


Kami turun di Tanjung Pengelih, terus ke Laman Desaru Bistro untuk lunch. Korang boleh baca review makanan di Laman Desaru Bistro kat facebook saya ye.


Ni antara menu yang kami makan haritu. Banyak jugak menu yang disediakan. Laman Desaru Bistro menyediakan pelbagai jenis makanan seperti Ala Carte Thailand, Punjabi, Western, Nasi Padang dll. Next time kalau ke sini lagi nak try Punjabi cuisine kat sini.

Lepas tu, kami terus ke Puteri Harbour. Kami menginap di TRININAD SUITES PUTERI HARBOUR. Hotel ni sangat dekat dengan Terminal Puteri Harbour, kalau korang nak ke Batam or dari Batam, sangat recommended untuk stay kat sini. Hari yang saya menginap ada 2 biji bas baru datang dari Batam menginap di hotel ni. Lokasi sangat strategik, berbanding tahun sebelum covid, sekarang Puteri Harbour pun dah happening, macam-macam ada. Kalau nak ke Batam, saya lebih selesa naik feri dari Terminal Puteri Harbour, sebab ada shuttle bas dari Larkin-Terminal, lebih convenient untuk saya yang naik bas dari KL.



📍TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR
Taraf bintang :⭐⭐⭐⭐
Jenis bilik : One Bedroom Deluxe


LOKASI
Sangat strategik. Berdekatan dengan terminal Puteri Harbour untuk ke Batam. Hanya 7 minit untuk ke Legoland. Walking distance untuk ke Air Pancut Puteri Harbour, dan restoran. Kira bab makan/grocery tak payah risau semuanya walking distance saja. Nak tau apa tempat makan best area hotel ni baca kat bawah ye.

Area dataran belakang hotel, kat sini happening sangat, ada yang main skuter. Ramai jugak yang bawak anak-anak kat sini, santai bersama keluarga.

Sempat la feeling kat area pelabuhan kapal

BILIK

Bilik sangat besar, ada kitchenette lengkap dengan peti ais dan microwave, ruang tamu siap ada sofa dan TV.




Ada banyak bilik untul korang pilih. 2 Bedroom Deluxe (kawan saya dok bilik ni) lagi besar, lengkap dengan mwsin basuh.


FASILITI
Hotel ni ada laundry, Gymnasium, BBQ area dan ruangan terbuka di rooftop untuk apa2 event. Parking pun senang, korang boleh park kereta di basement area.


Swimming pool paling best, dekat rooftop jugak, bila mandi view pelabuhan kapal. Cantik yakmatttt.




SARAPAN
Hotel ni menyediakan buffett sarapan jika korang menginap kat sini. Variety makanan pun banyak, ada nasi lemak, mee goreng, buah, kuih-muih, moi (bubur nasi) dan ada jugak chef bahagian omelette station tu.


STAFF HOTEL
Check in/out sangat smooth. Staff sangat mesra dan banyak membantu sepanjang menginap kat sini.

Untuk tempahan korang boleh contact:
📍TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor
☎️ +6072830488
📱 https://wa.me/6072830488
💻 reservations@trinidadputeriharbour.com

Okay hotel dah selesa, apa tempat makan yang best kat area hotel ni? Jangan risau, kat sini ada banyak restoran yang pastinya akan buat korang datang lagi ke Puteri Harbour. Saya la tu, serious tak boleh move on dengan makanan kat sini.


Untuk dinner saya memang recommend restoran ni. Les Bouchons menyediakan makanan authentic Perancis. Korang boleh baca kat sini review Les Bouchons. Yang pastinya Wagyu Steak dan sup cendawan sangat padu. French fries pun sangat berbeza rasa dengan kedai lain. Rupanya handmade from strach gitewww Patutlah sedap lain macam.



Yang hijau tu escargot. Tak payah ke Perancis, boleh mai Les Bouchons je makan escargot.



Lepas dinner, kami ke 27@Cove, kat sini sesuai untuk chillex, layan muzik, ada DJ dan live band. Malam tu Lastkey band menghiburkan pengunjung di situ  Memang layann. Ada pulak yang request lagu Tiara, saya pun turut menyumbangkan lagu muahaha Restoran ni open area, so memang best sangat.


Sebab dah kenyang makan dinner, kat sini kami minum je. Kalau korang nak makan kat sini pun ada je disediakan, killer menu kat sini Nasi Goreng Kambing.



Keesokkannya, lepas check out kami lunch di Feast Eco Galeria, lebih kurang 9 minit je dari hotel. Feast merupakan restoran yang memperkenalkan fusion cuisine. Kalau korang suka mencuba sesuatu yang baru, saya suggest korang makan kat sini.



Menu-menu yang ada disini, sejujurnya saya tak pernah makan kat tempat lain. Selain lunch set, Feast juga menyediakan set hi-tea untuk 2 pax serendah RM58 jeeee...



Selesai hi-tea di Feast Eco Galeria, kami balik hotel untuk ambik beg. Staff hotel dengan baik hati hantarkan kami ke Hentian bas Larkin. Kalau korang menginap kat sini, jangan risau tau ada shuttle bas dan van hotel pun ada kalau korang nak mintak hantarkan ke mana-mana nearby area. Boleh request dekat frontdesk je nanti. 

Tamatklah sesi staycation di Johor. Jika ada rezeki, pasti akam berkunjung lagi ke sini. Rasa tak puas dapat tidur 1 malam je kat Trinidad Suites  dan rasanya banyak lagi tempat belum explore di Puteri Harbour. insha'Allah ada rezeki kita mai lagi. 

Post a Comment

12 Comments

  1. trip ke sini ..makanan memang superb dan layanan tiptop

    ReplyDelete
  2. All right, saved this in my local hotel list so when I'm at Johor then can check out. Love the harbor view as well as the buffet varieties offered. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. let me know ur thought when u'd stay here in the future

      Delete
  3. Thanks for sharing your review, i like this hotel facilities and the strategic location.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss so many facilities and very strategic location

      Delete
  4. Memang seronok stay dekat hotel ni, dekat dengan macam2 tempat menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, ada rezeki nak repeat stay sini lagi

      Delete
  5. Suka lah dengan nama dia, unik. View pun kemain lawa sebab tepi laut tu, nampak laut and kapal tu.

    ReplyDelete
  6. Menarik juadah yang ada kat situ. Suite dia pun lengkap gak. Macam best nak stay situ hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang best, kalau ambik 2 bedroom suit siap ada washing machine and dryer tau

      Delete