Ad Code

SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT BERKESAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Assalamualaikum semua

Kecantikan bermula dari kulit yang sihat, bagi rambut sebagai mahkota wanita, ia bermula dari kulit kepala yang sihat. Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, kemungkinan besar berpunca dari kulit kepala yang tidak sihat.


Menggunakan produk rambut seperti syampu, perapi, mask atau serum, sudah tentu akan memberi kesan kepada penipisan rambut. Tetapi untuk menjadikan produk tersebut seefektif mungkin, kita harus bermula dari asas dahulu.


Kita perlu konsisten di dalam penjagaan rambut dan produk penjagaan kulit kepala seperti tonik kulit kepala atau serum akan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk rambut korang tumbuh. Secara umum, jika kulit kepala korang tersumbat, kering, meradang, atau gatal, ia menjadi punca kepada banyak masalah yang lebih besar seperti kelemumur dan keguguran rambut.


Keguguran rambut pada wanita boleh disebabkan oleh tekanan, diet tidak seimbang, perubahan hormon dan lain-lain. Keguguran rambut bagi wanita ni kita biasanya akan perasan bila kita membasuh rambut atau masa sikat rambut kan, sebabnya wanita tak ada garisan rambut yang jelas dan rambut yang panjang dapat menutup cela keguguran rambut.

Sama ada keguguran rambut korang ketara atau tidak, tonik kulit kepala boleh memberi nutrien yang diperlukan kulit kepala ke akar rambut, jadi ia dapat menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengekalkan rambut sihat dan tebal.

Kulit kepala yang sihat sama akan menghasilkan rambut yang sihat juga. Korang perlu memperkukuh rutin penjagaan rambut korang dengan tonik kulit kepala kerana ia boleh membantu memulihkan atau meringankan masalah kulit kepala kita di rumah dan mengekalkan keseimbangan yang sihat supaya rambut dapat tumbuh dengan baik.

Seiring dengan usia, kulit kepala kita juga semakin tua, adalah penting untuk kita memastikan rambut dan kulit kepala mendapat nutrien yang diperlukan agar ianya kekal sihat. Tonik rambut direka khusus untuk membantu merangsang peredaran darah dalam folikel rambut untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Penggunaan yang konsisten membantu kita untuk say goodbye pada rambut gugur.

Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, tonik rambut dapat melembapkan kulit kepala yang kering, menambah kilauan pada rambut dan mengurangkan pecah dan hujung bercabang. Dengan penjagaan yang konsisten, korang boleh mengucapkan selamat tinggal kepada rambut menipis, rambut bercabang dan banyak lagi.

REVIEW TONIK RAMBUT SAFI SHAYLA

Ini adalah pengalaman saya sendiri tau. Sebagai muslimah yang bertudung, jika tak jaga dengan baik memang akan menyebabkan rambut gugur dan rosak. Maklumlah bila sentiasa bertudung kan, rambut cepat berpeluh, macam saya sendiri memang jenis cepat peluh, kalau lambat shampo rambut mesti kulit kepala akan berminyak dan rambut mudah gugur. Jadi saya memang memakai tonik rambut untuk mengekalkan kesihatan kulit kepala dan mahkota bernilai iaitu rambut saya hehe

Tapi kan kebanyakkan tonik rambut di pasaran bau herbanya terlalu kuat, kita pulak yang rasa tak selesa nak pakai. Kang orang sebelah dok mencari mana pulak datangnya bau herba ni haha Syukur jumpa TONIK RAMBUT SAFI SHAYLA ni, bau wangi je, bila pakai rasa lebih yakin dengan diri sendiri.


Selepas beberapa kali penggunaan set TONIK RAMBUT SAFI SHAYLA, memang boleh nampak keberkesanan tonik rambut ni, rambut makin kurang gugur dan kulit kepala pun dah tak gatal. Saya gunakan satu set yang lengkap, mengikut saranan SAFI, korang boleh tengok gambar kat bawah tu. Selain tonik rambut, serum dan mist parfurm pun penting tau, agar rambut kita bukan sahaja sihat tapi kekal wangi, baru lah tak rasa insecure bila keluar.


Senang je nak pakai tonik rambut ni, yang penting mestilah konsisten baru lah nampak hasilnya. Urutan di kulit kepala tu, biasanya saya akan lebihkan urut di kawasan yang selalu gugur. Maksudnya saya akan urut lebih lama di kawasan tertentu di bahagian kepala agar tonik tu lebih mudah meresap ke dalam kulit kepala.


Kalau korang ada masalah rambut gugur, saya recommend untuk guna set lengkap SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT ini sebab ianya khas untuk rambut gugur. Jom kita cantik dan sihatkan rambut bersama. Dah nak raya ni, bukan baju je nak cantik rambut pun nak kena cantikkan jugak.

Untuk pembelian dan maklumat lanjut korang boleh layari

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM
@safimalaysia

TIKTOK

#SafiShayla #SafiMalaysia #ShaylaTonik #TonikRambut #RawatanRambutGugur #HealthyHair

Post a Comment

8 Comments

  1. Menarik nampaknya produk ni. Nak kena cari la serum rambut ni. Mist Safi ni pernah ada tapi yang warna pink. Bau dia sedap sangat bau fruity.

    ReplyDelete
  2. WOW... tak tahu pula Safi dah ada hair tonic. This product sounds good. Worth trying, I believe. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Bagusnye ada set shampu macam ni. Kena try ni. Rambut banyak gugur

    ReplyDelete
  4. Yeah! A lovely skincare set to pampering skin for Raya. Selamat Hari Raya ya :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Rawlins pakai gak jenama nie, yang hair oil dia. Memang membantu buat rambut lembut dan sihat.

    ReplyDelete
  6. Kita dah beli dan pakai dah, suka bau dia wangi gilerr.. so far baru pakai, tunggu nanti lama sikit tengok kesannya..

    ReplyDelete
  7. Safi ni memang tak pernah mengecewakan ye.. banyak products yang bagus mereka lancarkan recently... Good options to go for it bah...

    ReplyDelete
  8. I would recommend my Mulsim friend this brand. it looks so good to use

    ReplyDelete