Posts

Showing posts from April, 2022

STAYCATION JOHOR - HOTEL REVIEW - TRINIDAD HOTEL PUTERI HARBOUR

Image
Assalamualaikum semua Balik dari Batam, saya dan beberapa kawan decide untuk menginap satu malam di Johor. Dah lama jugak tak staycation di Johor, dah alang-alang kan, so why not? Kami turun di Tanjung Pengelih, terus ke Laman Desaru Bistro untuk lunch. Korang boleh baca review makanan di Laman Desaru Bistro kat facebook saya ye. Ni antara menu yang kami makan haritu. Banyak jugak menu yang disediakan. Laman Desaru Bistro menyediakan pelbagai jenis makanan seperti Ala Carte Thailand, Punjabi, Western, Nasi Padang dll. Next time kalau ke sini lagi nak try Punjabi cuisine kat sini. Lepas tu, kami terus ke Puteri Harbour. Kami menginap di TRININAD SUITES PUTERI HARBOUR . Hotel ni sangat dekat dengan Terminal Puteri Harbour, kalau korang nak ke Batam or dari Batam, sangat recommended untuk stay kat sini. Hari yang saya menginap ada 2 biji bas baru datang dari Batam menginap di hotel ni. Lokasi sangat strategik, berbanding tahun sebelum covid, sekarang Puteri Harbour pun dah happenin

SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT BERKESAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Image
Assalamualaikum semua Kecantikan bermula dari kulit yang sihat, bagi rambut sebagai mahkota wanita, ia bermula dari kulit kepala yang sihat. Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, kemungkinan besar berpunca dari kulit kepala yang tidak sihat. Menggunakan produk rambut seperti syampu, perapi, mask atau serum, sudah tentu akan memberi kesan kepada penipisan rambut. Tetapi untuk menjadikan produk tersebut seefektif mungkin, kita harus bermula dari asas dahulu. Kita perlu konsisten di dalam penjagaan rambut dan produk penjagaan kulit kepala seperti tonik kulit kepala atau serum akan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk rambut korang tumbuh. Secara umum, jika kulit kepala korang tersumbat, kering, meradang, atau gatal, ia menjadi punca kepada banyak masalah yang lebih besar seperti kelemumur dan keguguran rambut. Keguguran rambut pada wanita boleh disebabkan oleh tekanan, diet tidak seimbang, perubahan hormon dan lain-lain. Keguguran rambut bagi

RESEPI BISKUT RAYA PALING MUDAH, HANYA PERLU BAKAR 15 MINIT

Image
Assalamualaikum semua, Di hari raya tak lengkap kalau takda biskut raya kan. Masa kecik-kecik dulu, mak wajib akan buat biskut beberapa jenis, dan anak-anak lah yang perlu menolong. Kalau musim raya je memang dah tahu tugasan wajib setiap tahun. Sehinggalah dah besar ni, kalau rajin masih buat biskut raya. Saya bukan peminat biskut raya, cuma nak meriahkan sambutan dengan buat biskut raya sendiri. Feel tu lain tau dari beli, paling tidak akan buat jugak sejenis.  Masih berbaki beberapa hari lagi untuk kita buat biskut raya, jom cuba resepi yang saya akang share ni, semua resepi biskut raya ini di ajar oleh cikgu masakan saya. Moga ia menjadi amal jariah buat cikgu ET.  BISKUT BIJAN BAHAN-BAHAN: 100gm marjerin 120gm tepung gandum 70gm gula kastor 40gm tepung kastad 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan CARA MEMASAK: 1.Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata. 2.Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati. 3.Can

20 RESEPI MUDAH MASAKAN AYAM

Image
Assalamualaikum semua Menu berbuka puasa tak lengkap kalau tak ada masakan ayam. Tapi kita ni kadang kering idea nak masak apa kan? Macam saya biasanya masak kari ayam, kurma ayam, asam pedas ayam kadang dah macam boring pulak menu sama je. AYAM GORENG CILI MASALA BAHAN-BAHAN: 1 keping isi dada ayam | potong dadu 1 sudu teh garam masala 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk lada sulah 1 sudu teh serbuk kunyit 2 ulas bawang putih | kisar halus 2cm halia | kisar halus Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng 3 batang kacang panjang | potong 3cm 1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm 1/2 biji cili Banggala 1/2 biji bawang Holland 1 sudu makan tepung gandum BAHAN SOS CILI: 3 biji cili merah 3 biji cili padi merah 1 ulas bawang putih 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAK: Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi. Seterusnya pa

REVIEW #COSMODERMRAYA BI-PHASED TONING ESSENCE & TREAMENT OIL

Image
Assalamualaikum semua Kulit wajah adalah aset yang perlu kita beri penjagaan yang sebaiknya bukan semata untuk tampak cantik tapi memiliki kulit wajah yang sihat adalah penting. Kulit yang terdedah dengan matahari, dan pencemaran alam sekitar akan membuatkan kulit kita rosak tau. Sebab itu pentingnya kita menjaga rutin penjagaan wajah dari usia muda. Rutin penjagaan kulit yang baik adalah yang terbaik, maksudnya walaupun korang gunakan produk yang tidak mahal tetapi secara konsisten ia tetap akan memberikan hasil yang terbaik untuk kulit. Bukanlah maksudnya kita kena cari produk yang tak berkualiti ya, carilah produk yang berkualiti dengan harga yang mampu milik. Ada ke produk macam tu? Adaaaaaaaaaa, dah tentulah COSMODERM, produk penjagaan kulit yang terbaik dan mampu milik. Ini saya punya, mana korang punya COSMODERM RAYA?? COSMODERM VITAMIN E BI-PHASED TONING ESSENCE Kalau korang peminat K-beauty, korang mesti tau, penggunaan toner adalah antara rutin skincare yang paling basic. ton

Followers