Ad Code

PELBAGAI JENIS RESEPI KERABU

Assalamualaikum semua,

Harini saya nak kongsikan 5 jenis resepi kerabu yang di ajar oleh guru masakan saya. Resepi ini semua dari cikgu ET kecuali kerabu kacang panjang, terima kasih cikgu banyak share resepi dan beri tunjuk ajar. Ada pelbagai resepi lagi, tapi untuk posting kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu je. Antara resepi dibawah adalah:

  • Kerabu Suhun
  • Kerabu Pucuk Paku
  • Kerabu Telur Masin
  • Kerabu Epal
  • Kerabu Sotong
  • Kerabu Kacang Panjang dan Ikan Rebus
Untuk kerabu kacang panjang tu saya dah pernah kongsikan, jadi tekan je link kalau nak resepinya. Masakan ni adalah satu terapi bagi sesetengah orang, saya lah tu. Saya sangat suka memasak dan mencuba pelbagai jenis resepi. Semua resepi ni saya dah cuba kecuali kerabu epal, sebabnya epal kat rumah tu kalau beli memang buat juice, tak sempat nak buat apa dah haha. Jom kita tengok semua resepinya..

KERABU SUHUN

Bahan-bahan:

1 paket suhun - direndam dan toskan
6 ekor udang segar
2 ekor sotong
Isi ayam
4 biji cili padi merah - hiris
1 ulas bawang Holland - hiris
Gula
sedikit sos ikan
sedikit sos sotong
2-3 labu bawang putih jeruk
2 biji jus limau nipis (boleh guna jus limau yg dijual dlm botol)
Daun bawang - hiris
Daun ketumbar - hiris
1 biji tomato - potong dadu
2 batang serai - potong halus
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Pilihan
1 biji timun - potong dadu
2 batang kacang panjang - potong halus
Lobak Merah - potong dadu

Cara-cara:

1. Rebus sotong, ayam dan udang sehingga masak dan potong kecil. Masukkan dalam mangkuk besar.
2. Masukkan suhun, Kemudian masukkan semua bahan.
3. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati. Sedia dihidangkan

**Bahan - bahan boleh ikut citarasa masing2.

KERABU PUCUK PAKU

Bahan-bahan:

2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.

Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)

Bahan tumbuk:

5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan .
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)

Bahan perasa:

Garam
Gula
6-7 biji perahan limau kasturi
Serbuk perasa (pilihan)

Cara penyediaan:

1.Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
2.Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
3.Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.

INFO:

1.Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
2.Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.selamat mencuba🤗

KERABU TELUR MASIN
Bahan-bahan :

3 biji telur masin direbus
Bawang besar/merah
Halia
Bawang putih
Cili burung
Serai
Gula
Garam
Cuka

Pilihan:

Kacang Panjang
Tomato

Cara penyediaan:

1. Cincang hancur bawang besar/ merah, halia, bawang putih, lada burung dan serai
2. Gaul bahan cincang dengan gula, garam, perasa, dan cuka
3. Kemudian masukkan kacang panjang dan tomato.
4. Guna sudu untuk ambil telur sahaja dan rendamkan telur masin dalam air asam..siapp!

KERABU EPAL HIJAU

Bahan - bahan:

Cili merah dan cili padi
1 Biji Bawang besar(hiris halus)
3 biji epal hijau (hiris halus)
1 biji bawang besar(hiris halus)
1 sudu kecil garam (agak² la)
2 sudu gula
Secubit belacan
1 sudu maggi cukup rasa

**Satukan semua bahan gaul sebati. Siap!

KERABU SOTONG
Bahan-Bahan :

Sotong (dicelur sekejap sampai lembut)
Karot potong halus
Bawang besar - dihiris
Kacang panjang - potong kecil
Bunga kantan - dihiris halus
Tomato - dihiris halus. Kalau nak potong besar pun ok. Ikut suka.
Limau nipis atau lemon untuk perahan akhir nanti.

Bahan Untuk Ditumbuk :

Cili
Garam
Gula Kelapa OCOC
Belacan (optional)
Sos ikan (optional sebab resepi ni ala ala siam)

Cara Penyediaan :

1. Tumbuk bahan untuk ditumbuk hingga sebati
2. Campur semua bahan yang dipotong.
3. Satukan dengan bahan yang ditumbuk.
4. Perah limau atau lemon.
5. Sedia untuk dihidangkan


Resepi ini saya pernah kongsikan dulu, so boleh klik link ya untuk baca.

Terima kasih semua yang sudi baca, dan selamat mencuba!

Sumber gambar : Google

Post a Comment

17 Comments

  1. mcm2 jenis resepi kerabu...bole la try nanti..tp dlm byk2 tu yg pernah makan kerabu sotong

    ReplyDelete
  2. Wahhh! Thank you so much for sharing this. Saya sendiri memang peminat kerabu tapi ada nampaknya yg belum pernah cuba macam kerabu epal hijau tu. Menarik betul!

    ReplyDelete
  3. Kerabu sotong tu menarik perhatian sungguhla. Terliur tengok. Thabk you share resepi

    ReplyDelete
  4. Dalam banyak-banyak kerabu ni paling suka kerabu pucuk paku..ehhee..favaurite. Kerabu lain tak pernh cuba lagi

    ReplyDelete
  5. sedap, nnt bagi pada isteri mntk dia buatkan. nyam...

    ReplyDelete
  6. Bestnya byk jenis kerabu nti blh try sbb tak pernah lg cuba resepi kerabu ni, suka mkn jer..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kerabu. Macam-macam jenis ada pula tuh. Paling tak pernah dengar kerabu epal tu Bae. Unik betul boleh try nanti.

    ReplyDelete
  8. Baru-baru nie terjumpa kerabu ikan bilis dan Rawlins jadi jatuh cinta terus sebab memang sejenis suka makan ikan bilis garing.

    ReplyDelete
  9. Oh yes! Thanks for the recipes bah! Takde la susah sgt nak prepare kan, perghh sgt menyelerakan ye. Boleh try recipe ni time Sahur or iftar nanti

    ReplyDelete
  10. Kerabu is one of my favorite dishes, easy to make and very appetizing for starters, bookmarked your blog.

    ReplyDelete
  11. Love all these kerabu recipes. Especially the apple one. Thank you for sharing, Bae. You make me want to try these recipes ^_^

    ReplyDelete
  12. kerabu epal hijau tu agak menarik ya... nampak sedap juga.. ni yang rasa nak cuba..

    ReplyDelete
  13. Senang gila rupanya nak buat kerabu ni, ingatkan macam perlukan banyak bahan. Rupanya bnyak yang boleh jumpa dalam peti ais.

    ReplyDelete
  14. Seronok baca resepi. Rindu nak menulis resepi pun ada. Hahaa. Ni menu fav Ruby semasa Ramadan. Pengganti sayuran. Tapi selalu terbuat lebih. Hakikatnya untuk makan seorang.

    ReplyDelete
  15. Wow, banyaknya resepi kerabu dia, semuanya nampak sedap dan menarik. terliur baca kat blog ni

    ReplyDelete
  16. Terliur sambil scroll 😂😂

    ReplyDelete
  17. Oh yumss! memang best i like kerabu and its so appetizing, nanti nak try recipe kerabu pucuk paku

    ReplyDelete