Posts

Showing posts from March, 2022

SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT BERKESAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Image
Assalamualaikum semua Kecantikan bermula dari kulit yang sihat, bagi rambut sebagai mahkota wanita, ia bermula dari kulit kepala yang sihat. Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, kemungkinan besar berpunca dari kulit kepala yang tidak sihat. Menggunakan produk rambut seperti syampu, perapi, mask atau serum, sudah tentu akan memberi kesan kepada penipisan rambut. Tetapi untuk menjadikan produk tersebut seefektif mungkin, kita harus bermula dari asas dahulu. Kita perlu konsisten di dalam penjagaan rambut dan produk penjagaan kulit kepala seperti tonik kulit kepala atau serum akan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk rambut korang tumbuh. Secara umum, jika kulit kepala korang tersumbat, kering, meradang, atau gatal, ia menjadi punca kepada banyak masalah yang lebih besar seperti kelemumur dan keguguran rambut. Keguguran rambut pada wanita boleh disebabkan oleh tekanan, diet tidak seimbang, perubahan hormon dan lain-lain. Keguguran rambut bagi

PELBAGAI JENIS RESEPI KERABU

Image
Assalamualaikum semua, Harini saya nak kongsikan 5 jenis resepi kerabu yang di ajar oleh guru masakan saya. Resepi ini semua dari cikgu ET kecuali kerabu kacang panjang, terima kasih cikgu banyak share resepi dan beri tunjuk ajar. Ada pelbagai resepi lagi, tapi untuk posting kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu je. Antara resepi dibawah adalah: Kerabu Suhun Kerabu Pucuk Paku Kerabu Telur Masin Kerabu Epal Kerabu Sotong Kerabu Kacang Panjang dan Ikan Rebus Untuk kerabu kacang panjang tu saya dah pernah kongsikan, jadi tekan je link kalau nak resepinya. Masakan ni adalah satu terapi bagi sesetengah orang, saya lah tu. Saya sangat suka memasak dan mencuba pelbagai jenis resepi. Semua resepi ni saya dah cuba kecuali kerabu epal, sebabnya epal kat rumah tu kalau beli memang buat juice, tak sempat nak buat apa dah haha. Jom kita tengok semua resepinya.. KERABU SUHUN Bahan-bahan: 1 paket suhun - direndam dan toskan 6 ekor udang segar 2 ekor sotong Isi ayam 4 biji cili padi merah - hiris 1

Followers