PENGALAMAN GUNA PRODUK CETAPHIL BAGI KEMPEN #CETAPHILAMBASSADOR

Image
Assalamualaikum semua Penjagaan kulit yang paling asas adalah membersihkan dan mencuci muka untuk menghilangkan kotoran, peluh dan mekap pada lapisan luar kulit. Memilih pencuci muka yang terbaik bergantung pada kondisi kulit kita. Sebelum membuat pemilihan, adalah lebih baik kalau kita tau serba sedikit tentang kesan pelbagai tekstur dan bahan yang terdapat dalam pencuci muka/pencuci muka. Kalau kulit muka korang jenis kulit kering, cari pembersih yang tidak berbuih dan mempunyai agen penghidratan seperti asid hyaluronik atau ekstrak aloe vera. Untuk kulit muka kombinasi dan berjerawat, cari pembersih jenis gel dengan bahan seperti pengelupasan kimia seperti AHA dan BHA. Jika korang make-up, membersihkan wajah dengan cleanser jenis minyak (oil cleanser) adalah lebih berkesan untuk menanggalkan segala kotoran. Jenama Cetaphil, dipercayai oleh ramai orang yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah. Cetaphil ialah satu jenama yang menyasarkan produknya untuk kulit sensitif. Produk me

NUKILAN BAE - SERPIHAN LUKA

Assalamualaikum semua

Sumber : Google

Serpihan luka

Cebisan mu masih disini,
Bawa pergi bersama,
Ku tak ingin ia melata,

Hati rapuh ini,
Masih memegang erat,
Serpihan luka berkaca,

Takkan ku kembali,
Pada waktu yang tersia,
Berpaling setia,
Serasa dungunya diri,
Buat kali kedua,

Kesah hati ini,
Pada hemat Tuan Mulia,
Aturan berhikmah,
Penuh tanda tanya.

bae27022020

Seringkali kita dengar kisah percintaan yang tak kesampaianm yang mana kita pun pernah lalui dulu. Tapi memang tak faham dengan ex boifren/girlfriend yang bila dah berpisah tu, masih nak contact. Bukan nya untuk menyambung kisah cinta ye, tapi saja nak isi masa lapang agaknya. Ehhh dah la dia sakitkan hati kita kan, dah tu datang buat macam tak ada apa-apa, apakah? Kita ni nak lupakan pun ambil masa, walaupun dia pernah menyakiti, tapi dia pernah berada di hati, jadi tak mungkin la nak buang camtu je kan.

Maybe untuk sesetengah orang tu tak kisah pun, kalau dah taknak tu, boleh je berkawan macam biasa. Namun, ada yang jenis kalau dah putus tu, dah la takyah nak ambik tau, dah putus baru nak tanya sihat ke, makan apa semua, motif? haha Ini bukan kisah saya ye. Saya banyak belajar dari kisah orang disekeliling. Ada masa saya akan kongsikan kisah-kisah yang lain dalam perhubungan. Puisi saya banyak berkisarkan perhubungan, sebab saya sangat terkesan dengan kisah yang berlaku pada orang sekeliling saya.

Apapun yang berlaku, hidup perlu diteruskan, pahit manis dalam hidup ini akan menjadikan kita seorang yang lebih matang dalam menguruskan emosi dan kehidupan. Suatu masa, bila kita kenangkan semula segala perjalanan hidup, baru kita sedar, kisah sedih pahit yang berlaku tu lah yang menjadi kita seperti sekarang. Seorang yang lebih matang, kuat dan penyabar inshaaAllah

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. Beautiful poem, Bae. Yeah, cinta yg x kesampaian memang menyedihkan. Tapi kalo dah x ada jodoh bersama nak buat camne. Semuanya rancangan Allah S.W.T. DIA merancang yg terbaik utk kita semua. So anggaplah cinta yg x kesampaian itu sbg satu pengajaran.

    ReplyDelete
  2. Wowo....didn't know that you're so so talented, nice poem sharing. keep up your great effort to write more poems ya :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Time is healing. Percayalah.. Hehe. Geram tu memang kan! Sekarang kite fokus dan naikkan potensi diri.

    ReplyDelete
  4. Teruskan berkarya. Dulu Rawlins suka gak menyimpan rasa melalui penulisan (puisi atau cerpen pendek) tapi now banyak menulis di blog. Hehe

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak melupakan gitu laa kekdahnya.. kalau tidak ada jodoh pun, tapi kalau di ingat balik memori bersama, sakit wooo.. pedih rasa kannn.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Wah kreatif yer dia bermadah dalam penulisan. Keep it up. Yeah, dah putus, move on jer la. Next please...

    ReplyDelete
  7. nice sangat bahasanya.. puitis.. susah nak melupakan tatpi tetap ada dlm ingatan

    ReplyDelete
  8. I agree sometimes lepas break off its better to go on our own way for a while to completely forget about the person and start new.

    ReplyDelete
  9. Such a beautiful poem Bae. Akak boleh rasa apa yang Bae cuba sampaikan tu. Akak pun suka menulis puisi. Rasa macam released sangat kalau dapat luahkan dalam bentuk penulisan. Nevertheless, teruskan berpuisi, you have the talent.

    ReplyDelete
  10. Agak deep juga nukilan ni. Apa-apa pun harap semuanya baik di sana ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers