Ad Code

HOTEL REVIEW - HILTON GARDEN IN KUALA LUMPUR SESUAI UNTUK STAYCATION DI KUALA LUMPUR

Assalamualaikum semua

Semenjak covid ni, kita semua dah tak dapat travel macam dulu. Macam saya sejenis yang suka travel, tak kira dekat ke jauh. Untuk waktu sekarang ni, saya lebih banyak staycation atau balik kampung je. Belum bernafsu lagi nak travel ke mana-mana walaupun certain negara dah mula buka border kan. Lagipun terlampau banyak procedure nak diuruskan sebabkan covid ni, travel ni nak happy-happy, nak enjoy, ni kang nak kuarantin lah apa lah, kos pun meningkat. Takpalah, kita travel dalam negara dulu, support hotel-hotel di Malaysia, naikkan ekonomi negara.


Seronok jugak bila dapat staycation pelbagai jenis hotel ni, banyak hotel yang best-best kat Malaysia ni tau. Bagus jugak border tutup kalau tak asyik dok refresh skyscanner je haha Okay kali ni saya staycation kat KL, memang niat nak rehat je kat hotel dan jalan-jalan pun sekitar situ je. Saya ni ada satu peel kalau dok hotel jenis malas nak keluar, kadang keluar makan pun malas, tapau siap-siap sebelum check in.

Hotel ni booking last minit, kira staycation yang tak dirancang lah. Tetiba rasa nak tidur hotel lah, terus booking, gitu kaedahnya. Saya pilih hotel HILTON GARDEN IN (SOUTH), ye hotel ni ada dua ye, north dan south. Tak tau la pulak apa bezanya, tapi masa booking tu saya pilih south hotel. Hotel ni terletak di area Chow Kit, betul-betul berdepan dengan Mydin.


Kami sampai sebelum pukul 3 ingatkan dah awal, sebab check in pukul 3 kan, sekali ramai orang nak check in, diorang buka 3 kaunter tapi semua line panjang ye, so bertabah je lah beratur. Lepas beratur tanya lah nak parking mana, staff boleh cakap parking hotel penuh, kena cari tempat parking di sekitar sini, which is berbayar. Kalau parking di hotel pun TAKDA FREE PARKING, kita masih perlu bayar RM10/hari. Ah sudah mana pulak nak parking kereta ni, faham-fahamlah jalan kat sini memang tak boleh parking tepi jalan or depan hotel tu, DBKL di mana-mana haha

Kami pusing-pusing mencari parking tah ke pelusuk mana tah, akhirnya dapat parking di Regency Hotel, belakang sikit dari Hilton ni dengan bayaran RM5/hari, terus bayar untuk esok sekali. Hilton ni adalah hotel yang di ambil alih oleh Hilton, jadi ia hanya di refurbish oleh Hilton dengan dekorasi baru yang lebih menarik. Tapi ia bangunan lama, so lif nya agak slow lah, dah la lif kecil jadi hanya boleh muatkan 4 orang untuk ikut SOP, ra

Biliknya tak besar, tapi facilities lengkap ada iron board, hair dryer, mini fridge, kiranya basic facilities semua ada. Yang penting toiletnya spacious, takda la nak berlaga bontot, kadang toilet untuk hotel yang rate harga bawah RM200 ni kecil sangat kan. Toiletnya ada ruang mandi, ruang membuang and ruang untuk bersiap. Suka counter top kat sini sebab besar, selesa nak letak skincare dan toiletries.







Alhamdulillah, saya dapat FREE UPGRADE dari standard room ke Queen room with KL Tower view. Memang cantik viewnya bila santai-santai, dari atas katil pun dah nampak KL Tower. Memang rasa macam pelancong padahal duduk kat Klang Valley jugak haha



Lepas dah settle check in dan letak barang kat bilik, kami keluar semula untuk late lunch di Little Rara, kedai makanan authentic Thailand. Dah lama dok teringin nak makan pad thai sebenarnya tapi belum jumpa yang sedap kat sini. Ada kawan recommend kedai ni, so kita cuba lah kan. Little Rara ni tak jauh dari hotel, kami jalan kaki je la.






So far, makanan kat sini sedap, harga pun berpatutan, tapi kalau tak tidur kat hotel berdekatan, memang semata-mata nak makan kat sini, memang tak la kot. Kena ada solution untuk parking, baru nak makan pun tenang je.


Ingatkan malam tu nak dinner kat roof top, boleh feeling-feeling kat swimming pool tapi roomate nak cari makan area Chow Kit. Masa ni ingatkan dekat, hampeh jauh jugak lah berjalan, lepas tu kedai macam banyak tutup, ada warung kat belakang mall apa tah jual satay minang, so lepak makan kat situ je, sedap pulak sebab dah lama tak makan.



Nampak pulak orang jual buah kundang, macam cantik je buahnya beli la setengah kilo, sorang je nak makan, dapat la 15 biji, sekilo RM30, uishhhh kayangan nau buah kundang ni. Dah la mahal, tak manis/masam lansung, buah peram agaknya.


Kami menginap kat sini memang ambil sekali dengan breakfast, masa check in hotel akan bagitau slot breakfast kita pukul berapa, dan makan dalam masa 1 jam. Pagi tu kami turun breakfast orang tak ramai sangat lah sebab ikut slot masing-masing kan.

Breakfast buffet kat Hilton Garden In ni memang best, banyak pilihan makanan dan seua sedap-sedap. Rasa berbaloi sangat dok sini, harga pun mampu la untuk marhaen macam saya ni menginap haha Korang tengok makanan yang ada, ada pastry, nasi lemak, mee goreng, bubur nasi berlauk, dimsum, western breakfast. Roomate dah jeling-jeling dah sebab makan banyak nau hahahaha







Itu je la cerita staycation kali ni, kalau korang ada hotel yang best dan harga berpatutan di sekitar Lembah Klang boleh komen kat bawah ye, nanti saya akan menginap kita boleh review untuk panduan korang jugak. Saya pun sebelum menginap mana-mana hotel akan baca review dulu, kalau okay baru akan stay. Untuk korang yang travel or staycation, jaga SOP dan jaga diri ya. Covid masih menghantui kita.

Post a Comment

13 Comments

  1. Sama la kita. Rawlins pun masih lagi staycation berhampiran je - nak keluar negara tu banyak kena pertimbangkan - kos kuarantin etc kan.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya jalan-jalan and staycation. Buah kundang tu amboi mahalnya sekilo ye.

    ReplyDelete
  3. Yeah, looks like a good place for a city staycation. The view looks spectacular and food looks yummy. Thank you for sharing, Bae.

    ReplyDelete
  4. huda pun pernah staycation , 3 tahun lepas tak silap. memang susah part parking. breakfast bufet sini memang tip top. huda dapat layanan first class, makanan hantar kat meja, anak2 siap dapat hadiah lagi time tu promo hotel ni baru buka..

    ReplyDelete
  5. Ok la dapat staycation. Kat KL pun ok best jugak. Sonok jalan memalam cari makan kat lua kan. Nak pi juga ni. Lama tak staycation.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga hotel ni, lokasi strategik and bilik nyer pun nampak selesa jer.

    ReplyDelete
  7. Cantik juga ye Hilton Kuala Lumpur ni.. suka hotel with views bah... ada rezeki nak plan staycation kat sini juga la...

    ReplyDelete
  8. cantik hotel ni.. simple dan semuanya nampak perfect.. lengkap dengan segala fasiliti

    ReplyDelete
  9. Menarik juga ya hotel ni. Suka tengok simple, kemas biliknya. Nanti nak usha harga.. kita pun tak berani Jalan jejeauh lagi

    ReplyDelete
  10. The place looks really neat and tidy and not to mention very spacious. I am sure you had a comfortable stay.

    ReplyDelete
  11. hilton ni sama macam hilton yang sedia ada ke atau kebetulan nama dia sama? tak ingat pula hilton yang famous tu ada sub yang kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilton ambik alih hotel ni dan renovate. sebab tu ada penambahan garden in :)

      Delete
  12. Tak salah kita rewards diri kan da penat bekerja. Review lg hotel. Mane tahu nanti nak staycation

    ReplyDelete