Ad Code

HOTEL REVIEW - VERDANT HILL HOTEL KUALA LUMPUR - HOTEL REVIEW BAEROSLAN

Assalamualaikum semua

Sejak covid ni dah lama tak travel, jadi untuk hilangkan rasa rindu untuk travel tu, kita staycation je lah. Saya sejenis yang suka staycation yang dekat dengan rumah. Dari sebelum kahwin lagi, kalau rasa macam penat dan nak berehat akan booking hotel yang terdekat, tak kisah la murah atau mahal yang penting dekat dengan kedai makan atau shopping mall.

Untuk staycation kali ni saja ajak roomate lepak KL dan kami memilih VERDANT HILL HOTEL. Walaupun rumah kat Selangor tapi, amatlah jarang nak masuk KL untuk jalan-jalanm selalunya memang akan mengelak untuk drive ke KL.Staycation kali ni saja pilih hotel yang berdekatan dengan KLCC, so boleh naik grab je ke sana, rindu pulak nak makan Madam Kwans hehe


Jom kita review bilik di Verdant Hill Hotel Kuala Lumpur. Jalan nak masuk ke hotel ni macam pelik sikit tau, bangunan hotel nui kat belah belakang, kalau waze jumpa je, cuma bila nak masuk lorong tu rasa macam betul ke jalan ni, kita akan rasa macam salah jalan haha

Katil selesa dan bilik pun luas

Ada pantry kat sini, nak feeling-feeling makeup pun okay cermin besar

Shower pun tak sempit, kira just nice lah

Toiletnya besar, paling suka sinki dalam toilet ni, sangat selesa. Toiletries pun lengkap hotel sediakan

Ini view dari depan toilet, yang sebelah kiri tu almari baju, lengkap dengan iron dan hairdryer

Malam tu naik grab pi KLCC semata nak makan Madam Kwans ye. Keropok ubi ni memang wajib beli kalau makan kat sini. Menu kat sini jarang lah mengecewakan, dah la service laju yakmat, sat je order dah sampai, memang terbaiklah




PRODUK WANITA PENAN

Di bahagian receoption hotel, ada sediakan produk wanita penan untuk dijual. Terdapat pelbagai jenis bag yang dianyam tangan oleh wanita penan. Harga pun sangat berpatutan dengan kualiti barangan. Rasanya pemilik hotel ni mungkin orang Sarawak, selain produk wanita penan, di seluruh hotel di hiasi dengan hiasan bertemakan borneo, sangat unik dan cantik.

Antara produk selain bag anyaman

Cantik kan bag yang di jual di sini

Tengoklah pelbagai warna dan saiz yang dijual, memang kreatif lah wanita penan ni

Ia adalah salah satu usaha CSR dari pihak hotel.

BUFFET BREAKFAST DI VERDANT HILL HOTEL

Pakej yang saya ambil sekali dengan breakfast jadi mudahlah tak perlu nak keluar kan, lupa pulak nak bawak baju mandi, seronok betul tengok kolam hotel ni. Ruang makan breakfast pagi ni berlatar belakangkan swimming pool. Cantik pulak rasa pool kat atas ni.

Tenang je makan sambil lihat aksi lucu budak-budak dok mandi kat situ.

Nasi lemak sedap, sambal pedas sikit, tapi memang sedap

Omelet ni biasalah kalau nak baru staff akan masakkan

Ada laksa sarawak ye, rasa laksa ni okay je, cukup la semua rasa, tapi pernah makan yang lagi sedap. kau ada pagi-pagi makan laksa sarawak haha

Menu ala western pun ada ye. Mac & Cheese tu takyah la ambik, keras kejung cheese nya

Review jujur tentang hotel ni, pada saya bilik luas dan selesa, kemudahan semua disediakan. Service dari reception semua okay. Makanan untuk buffet tak terlalu banyak pilihan, tapi masih okay untuk dimakan. Lokasi pun di tengah kota, jadi grab banyak je kalau nak kemana-mana. Kalau korang nak stay kat hotel ni pastikan sediakan card TnG untuk parking. Tak ada duit pun tak apa, nanti boleh validate kat reception masa check out. 

Itu sajalah staycation kali ini. Last minit percutian singkat ini di temani oleh pasangan merpati sejoli ni. Moga yang baik-baik saja untuk dua orang kesayangan ni.

Post a Comment

9 Comments

  1. Suspens juga bila nak masuk jalan kita teragak-agak. Mesti jalan nak masuk ke hotel ni kecik ye?. Hotelnya pun not bad juga.

    ReplyDelete
  2. Best tu cermin besar puas nak selfie 😂😂

    ReplyDelete
  3. I always appreciate those hotels with go green initiatives, thanks for sharing this, gonna check more about it, this is a nice hotel for a staycation from your experience sharing here. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. cantik juga hotel ni . btw koleksi beg penan tu semuanya nampak menarik

    ReplyDelete
  5. Wah siap ade jual beg semua. Walau hotel nampak simple tapi smuanya tengok menarik. Makanna pun nampak menyelerakan. Best ada swimming pool semua

    ReplyDelete
  6. Same here. Agak-agak dah drained sangat, mesti nak amik angin lain. Kadang tu kat JB pun jadi. Staycation layan facilities kat hotel je, fefeeling me-time gitu. Menarik ya, siap ada jualan barangan kraftangan. Terbaik.

    ReplyDelete
  7. Dah lama saya tak pergi staycation... Review yang just nice..boleh try ni..

    ReplyDelete
  8. Waah best nyer staycation and jejalan sekitar KL, the laksa sarawak kat hotel nampak sedap

    ReplyDelete