Ad Code

TERIMA KASIH SUKARELAWAN BANTUAN BANJIT VIT'S

Assalamualaikum semua

Bencana alam seperti banjir besar yang melanda beberapa negeri sehingga meragut hampir 50 nyawa, mengakhiri 2021 yang turut menyaksikan rakyat bersatu hati serta bangkit untuk saling membantu terhadap keluarga mangsa banjir. Kesannya ibarat dilanda Tsunami, puluhan ribu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan ribuan keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras, manakala ribuan kenderaan pula terdampar serta musnah selepas ditenggelami banjir.

Kes banjir di Malaysia kali ini adalah yang terbesar dan meragut banyak nyawa. Banyak video masa musim banjir di kongsi di sosial media, memang ngeri kan, ada yang hanyut rumah, tersadai di atas bumbung, binatang yang berenang mohon pertolongan, aduhhh sedih sangat. Kita yang tak terlibat dengan banjir pun turut terkesan.




Pada 19 Disember 2021, Vit’s sebuah syarikat pengeluar mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu telah memberi bantuan hampir ke semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir di Shah Alam dan Klang. Berikutan bencana banjir yang membadai hampir keseluruhan Lembah Klang dan Mentakab, Temerloh bermula 18/12/21, Vit's telah melancarkan satu program Bantuan Bencana Alam Mangsa Banjir di Mentakab Pahang kolaborasi dengan SME Association Malaysia dan kerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCORP) HRDCORP CARE pada 27 dan 29 Disember 2021 yang lalu.




Pada 27 dan 29 Disember 2021, Vit’s berjaya mengumpulkan sejumlah 80 orang sukarelawan yang bersama-sama turun padang membantu mangsa banjir di Mentakab, Pahang. Vit’s tidak menyangka rakyat Malaysia amat prihatin terhadap mereka yang terkesan oleh bencana banjir ini walaupun dalam tempoh masa yang singkat.



“Saya betul-betul tak sangka, sukarelawan ini semua sanggup turun padang walaupun ada yang datang dari negeri lain dan berlainan umur, bangsa bersama-sama bersemangat membantu mangsa banjir. Ini kali pertama saya melihat semua sukarelawan berganding bahu membantu dan saya amat kagum” kata Encik YT Lai selaku Pengarah Urusan VIT’S VITS juga telah menderma sejumlah 50 000 peket mee segera untuk meringankan beban mangsa banjir di Selangor dan Pahang serta amat berharap agar mangsa semua tabah dalam dugaan ini.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Puan Syazwany di syazwany@vit.com.my atau 603 6093 3999

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah..masih banyak agensi, organisasi dan orang ramai yang menghulurkan bantuan. Rakyat Malaysia ni memang semua baik hati. Semoga diberkati segala usaha kita membantu masyarakat.

    ReplyDelete
  2. Syukur sebab banyak syarikat yang tampil membantu apabila rakyat ditimpa musibah. Good job Vit's dan moga dilipatgandakan keuntungan berkat membantu.

    ReplyDelete
  3. Usaha yang bagus organisasi ini. Boleh la membantu mereka yang terkesan. Malaysia Boleh! Ini menujukkan rakyat Malaysia akan saling bantu membantu bila ditimpa musibah. Bangga jadi rakyat Malaysia. Terima kasih Vits!

    ReplyDelete
  4. Tahniah VIT'S! Inilah warga Malaysia! Kita sama-sama bantu-membantu dalam keadaan susah mahupun senang. Semangat kebersamaan ini sangat saya kagumi. Terbaik.

    ReplyDelete
  5. Its great to know that there so many prihatin companies and malaysians came to help.

    ReplyDelete
  6. terbaik vits.. effort csr yg sangat dibanggakan dan perlu dicontohi.. moga trs sukses vits

    ReplyDelete
  7. Ramai sukarelawan sanggup turun bantu kan, rasa kagum dengan deorang sebab benda bukan mudah. Tahniah!

    ReplyDelete