Posts

Showing posts from August, 2021

SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT BERKESAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Image
Assalamualaikum semua Kecantikan bermula dari kulit yang sihat, bagi rambut sebagai mahkota wanita, ia bermula dari kulit kepala yang sihat. Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, kemungkinan besar berpunca dari kulit kepala yang tidak sihat. Menggunakan produk rambut seperti syampu, perapi, mask atau serum, sudah tentu akan memberi kesan kepada penipisan rambut. Tetapi untuk menjadikan produk tersebut seefektif mungkin, kita harus bermula dari asas dahulu. Kita perlu konsisten di dalam penjagaan rambut dan produk penjagaan kulit kepala seperti tonik kulit kepala atau serum akan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk rambut korang tumbuh. Secara umum, jika kulit kepala korang tersumbat, kering, meradang, atau gatal, ia menjadi punca kepada banyak masalah yang lebih besar seperti kelemumur dan keguguran rambut. Keguguran rambut pada wanita boleh disebabkan oleh tekanan, diet tidak seimbang, perubahan hormon dan lain-lain. Keguguran rambut bagi

HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

YOUR PRIORITY DETERMINES YOUR DESTINATION

Image
Assalamualaikum semua Dah lama tak menulis, rindu nak menulis blog tapi masa dan komitmen hakiki tak mengizinkan. Selain kerja hakiki, saya juga sedang menjalani sesi latihan dengan pihak PERNAS untuk menjadi ushawan franchise. Mohon doa dari semua agar saya berjaya menjadi seorang usahawan franchise, agar dapat membantu lebih ramai orang. inshaaAllah Harini curi masa sikit untuk express update melepaskan rindu pada blog sendiri. Hari jumaat yang barokah ni, nak celoteh sikit tentang 'PRIORITY'. Pagi ini, terdetik tentang keutamaan dalam hidup, terus buat status di Facebook dan rasa nak elaborate lebih di blog ni. Kebanyakkan dari kita ada impian tetapi terkadang kita tak memberi keutamaan untuk mencapai impian. Tiada usaha ke arah itu, jadi bagaimana nak capai arah yang nak kita tuju kan? Saya hanya bercakap secara general, tak tujukan pada sesiapa secara specific. Cuma nak meluahkan rasa yang terbuku di hati haha Apa saja tujuan hidup kita, apa saja yang kita nak capai,

Followers