CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

RESEPI MUDAH KERABU KACANG PANJANG DENGAN IKAN REBUS

Assalamualaikum semua

Dah lama tak kongsikan resepi. Banyak je resepi tapi selalu share dekat IG Reels je. Okay kalini nak kongsikan resepi paling mudah iaitu kerabu. Tapi bukan kerabu yang selalu kita makan, saya pun sebenarnya baru pertama kali buat dan makan. Not bad, pada saya sedap je. Makan dengan nasi panas-panas, dah tak perlu lauk lain sebab dalam tu dah ada lauk dan sayur.


Kalini saya nak kongsikan resepi kerabu ikan dan kacang panjang. Kita boleh pelbagaikan kerabu ikan ni. Saya pernah juga buat kerabu ikan dengan terung. Tapiiiii dengan kacang panjang lebih sedap sebab ranggup kacang panjang tu kot.

Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Resepi ni tak ada sukatan tau, korang agak-agak saja ikut kesukaan, kan mudah gitu hehe


Bahan-bahan

Kacang panjang
Bawang merah/besar
Cabai/Cili padi merah
Ikan kembung
Limau kasturi/Nipis
Garam dan perasa

Cara penyediaan

1. Rebus ikan dan asingkan isinya macam nak buat laksa tu

2. Celur kacang panjang dan racik halus

3. Racik bawang halus, jangan tebal sangat nanti tak sedap. Kita nak bila makan tu tak terlalu rasa bawang mentah

4. Gaulkan kesemua bahan, dan perasakan dengan garam, perasan dan perahan limau

Dah siap!

Senangkan resepi ni. Tak sampai 10 minit pun dah siap (kalau ikan dah siap rebus) hehe. Kerabu ni sedap kalau korang lebihkan pedas dan masam. Ya ampun serius sedap. Selamat mencuba.

Comments

  1. Okayyyy bende ni mcm menarik sbb kalau bab sayur ni I mmg memilih sbb I tak makan sayur and I tak pandai masak. So ade certain sayur je I makan, macam kacang pnjg I makan hahaha 😂

    Nanti kalau I sempat buat bende ni nanti I post kat blog and mentioned this particular post of yours eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerabu ni memang perfect for you. tak perlu masak pun hehe nanti cuba tauuu

      Delete
  2. Tak pernah cuba lagi kerabu ni. Tapi Eiza memang hantu kerabu. Sedapkan. Tak kisahla apa jenis kerabu. Nanti nak try resipi ni pula.

    ReplyDelete
  3. Resipi gini bagus untuk nak start diet kan. Rasa ada tap tetap sihat. Dah la mudah nak sediakan.

    ReplyDelete
  4. Kerabu sedap masam-masam. Senang je nak buat kerabu ni kan. Tapi malas part nak racik tu. Lagi banyak nak buat lagi malas sebab nak kena racik banyak. Huhuh! So beli je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul, senang nak buat, renyah nak racik halus tu je

      Delete
  5. Wow.....this kerabu looks so sedap-licious! This is one of the reasons why I like reading your blog. You always share delicious recipes. Thank you for sharing this kerabu recipe. Insya'Allah will try it soon.

    ReplyDelete
  6. Interesting sebab sis suka sayur dan ikan dan pulak resipi ni mudah. Masak 1 lauk pun dah ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul satu lauk pun dah cukup, sebab ada ikan dan sayur

      Delete
  7. ni dapat makan nasi panas, leps tu gaul terus jadi nasi ulam! kalau ikan tu ganti gn ayam boleh tak? hahaha sebab khai tak makan ikan. teringat pula kg bila tengok menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti la pulak, nanti nak try r&d ganti dengan ayam rebus hahaha

      Delete
  8. tak pernah lagi cuba kerabu kacang panjang macam ni. nampak sedap, boleh cuba ni. thanks for resepi :)

    ReplyDelete
  9. Fuhh sedap ni. Ruby fav semua jenis kerabu. Nampak mudah kan. Tapi nak sediakan bahan tu. Memang kena penuh kasih sayang memotong satu persatu. Bila semua cun, kita gaul. Kemudian rasa sesuap. Perghhhh nyummy! Nak buat kerabu esok! Hahaa.

    ReplyDelete
  10. Saya suka semua kerabu kak. Memang sedap. Kadang itulah salad versi saya. Sebab takleh telan mayonaise semua tu. Esok nak buat lah. Kerabu kacang panjang. Sedapnya.

    ReplyDelete
  11. Oo mudahnya buat kerabu ni ya. Kalau kerabu kelantan yang buat nasi kerabu tu banyak bahan2 dia. Segala macam jenis daun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi kerabu tu lagi banyak bahan guna ehehe

      Delete
  12. Boleh buat ni.. kebetulan kacang panjang ada kat rumah.. nampak sedap pulak tu

    ReplyDelete
  13. Wow, nampak sedap la resipi kerabu ni. Time lockdown ni la kena try makan haha

    ReplyDelete
  14. Kerabu kacang panjang..tak pernah buat lagi kerabu kacang panjang. nampak sedap.iena memang suka makan sayur sayur ni.Boleh lah cuba buat

    ReplyDelete
  15. Sedapnya , rasa macam pernah makan tapi tak ingat kat mana. Tapi tengok ni macam mudah jer bolehlah buat. Mesti nanti makan bertambah . Nak makan dia saja pun boleh nak makan dengan nasi pun boleh kan. Pastu extra cili dengan bawang...yummmm

    ReplyDelete
  16. Dulu Sis rajin buat kerabu dengan ikan rebus, lepas kucing Sis termakan dengan lahapnya, terus tak buat dah.. hahahaha tak tau kenapa..

    ReplyDelete
  17. Uishhh sedap ni.. Boleh try for dinner nanti ni... Favorite juga ni...

    ReplyDelete
  18. Terliurnya tengok. Rasa semua bahan ada dalam fridge nanti nak buat la

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers