Ad Code

TBF FOLDABLE HIKING STICK & TBF SEJADAH, AKSESORI HIKING YANG KORANG PERLU ADA

Assalamualaikum semua

Walaupun dah lama tak hiking, posting kalini nak kongsikan aksesori tambahan yang korang perlu bawa semasa hiking. Sebab rindu sangat nak hiking, saya pun saja browse website PTT OUTDOOR yang menyediakan keperluan sukan yang berkualiti tinggi tapi dengan harga yang sangat berpatutan. Misi PTT OUTDOOR adalah untuk mendorong lebih banyak individu untuk explore dunia luar yang lebih mencabar. Di PTT OUTDOOR ni ada lebih 700 barang dari lebih 30 jenama yang meliputi aktiviti mendaki, berlari, berbasikal dan banyak lagi dengan serendah RM2.90. Memang murah tau, dari dulu saya memang membeli di PTT OUTDOOR, banyak kelengkapan dan aksesori hiking saya beli di PTT OUTDOOR.

Bukan hanya menyediakan keperluan untuk beraktiviti, PTT OUTDOOR juga mesra alam tau. Mereka berkolaborasi dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) untuk menjayakan projek hutan bandar dimana PTT OUTDOOR akan menyumbangkan sebahagian dari hasil pembelian kepada MNS. Jadi secara tak lansung kita membeli sambil menderma.

Sejak covid melanda negara kita, saya memang dah tak hiking, takut diri sendiri tak disiplin untuk jaga jarak sebelum, semasa atau selepas hiking. Lagipun trip hiking bermalam memang dah tak dibenarkan, saya lebih suka trip bermalam sebab lebih santai dan boleh mandi sungai haha. Walaupun dah lama tak hiking, nak cerita gak la sikit pasal hiking ni. Kalau korang nak berjinak-jinak dengan hiking, kenali badan korang, sebabnya kelengkapan hiking setiap orang mungkin berbeza. Maksudnya, jika korang memerlukan kelengkapan tertentu, persiapkan diri dan guna semasa hiking walaupun korang mungkin tak suka.

Macam saya, sebab kaki saya pendek, untuk keadaan trek tertentu saya memerlukan hiking stick tapi saya memang jarang sangat guna masa hiking. Salah satu sebabnya, untuk keadaan tertentu yang mana kita tak perlukan hiking stick, ia akan melambatkan perjalanan kita, yelah kan panjang hiking stick tu. Tapi itu adalah kesalahan yang saya sendiri akui yang mana bagi efek pada lutut saya. Hiking stick ni sebenarnya baik untuk memberi keseimbangan pada korang dan ia juga dapat kurangkan tekanan pada lutut terutama bila korang mendaki turun dari gunung.

Setelah bertahun dalam dunia hiking ni, penggunaan hiking stick adalah mengikut keperluan korang. Saya selalu ikut trip bermalam yang akan bawa beg galas dengan berat +-15kg sepanjang trip. Jika dengan bantuan hiking stick, ia sangat membantu saya untuk tetap stabil, lagi-lagi kalau trek menurun yang curam. Tanpa hiking stick, korang perlu menggunakan teknik menurun dengan betul, agar tak bagi efek buruk pada lutut korang.

Lagi satu, bila korang melalui trek yang berlumpur, hiking stick sangatlah membantu korang untuk meneruskan perjalanan. Pernah sekali, saya tak ada hiking stick, jadi terpaksa berpaut pada pokok. Itu jika ada pokok yang boleh berpaut, kalau tak ada, memang kena redah je la, dan memang menggunakan kekuatan kaki untuk berpaut, kalau salah langkah memang menggelongsor turun lah jawabnya.

Gunung Yong Yap - Malaysia

Ini antara trek yang sebaiknya korang pakai hiking stick, Kalau tak, terpaksalah berpaut pada pokok. Bahagian bawah tu tak ada pokok nak berpaut, jadi mengesot perlahan-lahan turun ke bawah. Selalunya saya akan turun dengan memberi berat pada bahagian punggung. Tak boleh nak fikir dah baju kotor ke tak haha, daripada jatuh menggelongsor ke bawah baiknya turun dan berpaut pada akar.


Selain lutut, tidak menggunakan hiking stick juga akan memberi kesan pada tumit korang. Lagi-lagi kalau korang pakai kasut yang tak support kaki. Bukan cakap orang lain, diri sendiri lah tu haha Saya suka pakai kasut getah yang terkenal dengan nama Adidas kampung. Kasut tu sangat tak baik untuk kaki korang, tapi memang best pakai sebabnya bila ikut trip yang kena lalu sungai, kasut getah tu cepat kering hehe. Korang jangan ikut macam saya, cari kasut yang sesuai dan dapat support kaki dengan baik.

Sebab utama saya jarang bawak hiking stick bila hiking sebab hiking stick di pasaran kebanyakkannya besar, berat dan panjang, jadi tak selesa untuk saya dengan beban yang berat nak kena galas kan. Tapi, saya baru tau di PTT OUTDOOR ada jual TBF hiking stick yang boleh lipat. Memang teruja sangat, haruslah beli, walaupun taktau lagi bila boleh hiking, takpa kita beli dulu, janji nak guna nanti dah ada. Jujurnya memang best lah TBF 3 Section Foldable Hiking Stick ni. Lepas ni nak hiking, dah tak perlu risau nak sangkut kat mana, boleh selit tepi beg je. Paling best, lutut mesti dah tak sakit masa turun curam gunung tu.



TIPS BELI HIKING STICK :
Carilah hiking stick yang ringan, foldable ( boleh dilipat, i sangat menjimatkan ruang) dan harga yang mampu milik (klaau tertinggal dalam hutan pun tak rasa ralat). Senangnya beli je TBF Hiking stick.

Gunung Sibayak - Indonesia

Ini juga antara trek yang memerlukan pakai hiking stick. Trek di gunung berapi ini memang tiada pokok atau apa-apa untuk korang berpaut, jadinya penggunaan hiking stick akan sangat membantu untuk korang semasa mendaki. Masa hiking Gunung Sibayak, Indonesia ni saya memang tak bawak hiking stick, sebabnya nak jimatkan kos, kami semua tak bawa hiking stick.


TIPS LAGI: 
Kalau naik kapal terbang, hiking stick tak boleh bawa naik pesawat, kena check in luggage tau.

Satu lagi aksesori yang penting untuk korang bawa adalah sejadah (prayer mat) untuk yang muslim. Macam gambar saya kat bawah ni, dapat bersolat dengan selesa atas ground sebab kami camping. Kalau trip yang memerlukan kita solat semasa hiking yang ada cut off time (masa terhad dari satu check point ke check point yang lain) memang takkan ada masa nak bentang ground ni, kalau tak bawa sejadah, terpaksa guna windbreaker sebagai alas untuk sujud.


Seeloknya bawak la sejadah khas untuk kita hiking, kalau guna windbreaker nanti basah dah sejuk pulak nak pakai balik. Sejadah TBF ni memang idaman dari dulu lagi. Saya dah ada sejadah yang beli satu set dengan telekung khas untuk hiking. Tapi sejadah mudah alih TBF ni siap ada kompas dan penunjuk arah kiblat, memang menarik sangat.



Sejadah TBF ni nipis je, ringan dan waterproof tau. Memang ciri-ciri sejadah yang sesuai untuk dibawa masa hiking. sejadah ni sebenarnya bukan saja sesuai untuk hiking, kalau korang travel pun, lebih baik guna sejadah macam ni, jimat ruang dan beg pun tak berat. Nak cari arah kiblat pun senang kalau kita dalam hutan atau di luar negara, guna je sejadah TBF ni. Sejadah ni didatangkan dengan beg kecil yang juga kalis air tau, takyah risau kalau basah atau kotor, sejadah ni cepat kering atau korang boleh lap je sebelum nak lipat balik tu. 

Ciri-ciri Tikar Solat Portable TBF:
-Bahan: Serat poliester
-Saiz: 60 x 100 CM
-Ada kompas dan kiblat
-Gaya poket yang selesa
-Ringan, boleh dimasukkan ke dalam poket, dompet atau beg



Satu lagi yang best, sejadah ni disertakan dengan panduan untuk cari arah kiblat


Sejadah ni kalau korang nak hadiahkan pada kawan-kawan yang suka travel pun okay sangat. Walaupun sekarang tak boleh nak travel lagi, beli je dulu, nanti pun korang mesti akan travel jugak (InshaaAllah). Apa yang pasti dua aksesori hiking saya yang terbaru ni, sangat lah best, tak sabar nak guna TBF Hiking Stick dan TBF sejadah ni. Harap Malaysia cepat lah pulih dari covid-19 dah tak sabar nak masuk hutan semula ni. Rindu sangat nak tidur dalam hutan, mandi air sungai dan menikmati view awesome dari puncak gunung. Moga ada rezeki nak buat semua tu lagi. Next time saya kongsikan aksesori lain untuk hiking ye...Stay safe semua.

Post a Comment

38 Comments

  1. Wahhh minat kita sama lah Bae, rindunyaaa nak hiking! Tapi saya belum pernah bermalam, cuma pernah lah gerak seawal 4 pagi tapi tu pun semput juga nak daki. Habis PKP ni nanti share lah kegiatan hiking lagi kot one day boleh ikut haha. Tikar solat tu menarik, boleh lah ready dlm beg hiking nanti, buat masa ni kita verangan jela dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli je siap2, nanti boleh hiking terus angkat sauh je.. serius rindu sangat nak hiking

      Delete
  2. Eh. Elok benar ye TBF sejadah tu. Boleh bawa travelling ke mana pun, bukan hanya untuk hiking. Senang ada sejadah gini, sebab ianya kalis air dan mudah nak dibawa ke mana2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, untuk travel pun sesuai, ringan plak tu

      Delete
  3. Wahh ni cemua geng hiking lah ni hehehehe memang expertlah bab nak cari barang untuk hiking yer hehehe gunung paling tinggi di panjat mana.. Mesti dah banyak tempat pergi ni kan bestnya... Sejadah travel tu bagus lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling tinggi entah la tapi G7 dah setel semua Alhamdulillah

      Delete
  4. Hiking stick tu kan Sis ada, beli masa tu tak silap pi piknik, konon laaa nak buat senjata kat Hutan Bandar tu, duk simpan tu.. nanti mana le tau kan boleh guna..

    ReplyDelete
  5. Wah bagus ada penerangan sebegini jika ada newbie di dalam hiking boleh buat rujukan di sini. Sangat setuju bab Solat kena di utamakan walhal aktiviti hiking sangat mencabar bab hujan . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau time hujan memang agak mencabar la, tapi bestttt

      Delete
  6. nice...best nya dapat hiking dengan family macam ni. Rasa seronok je dapat spend time sama2 kan

    ReplyDelete
  7. Bagusnya sejadah TBS tu..siap ada kompas, senang nak tau arah kiblat. Memang suka gak bawak sejadah camni untuk travel.. nak letak dalam bag pun senang sebab tak makan ruang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejadah TBF dari ptt outdoor memang terbaik

      Delete
  8. Foldable hiking stick? This is awesome. Senang lah nak bawak pegi travel. Will check this out soon. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess untuk travel pun senang nak bawak, manatau ada hiking trip best kan

      Delete
  9. wah menarik! dulu pun khai pernah beli maps dekat sini. memang cantik.yang sejadah tu nampak menarik lah. macam nak beli satu letak dalam kereta. senang kalau nak solat masa musafir

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu, bae kena beli satu lagi la, buat spare dalam kereta

      Delete
  10. Wow these are essentials during hiking, i m looking for a new hiking stick will consider this.

    ReplyDelete
  11. Hari tu nak cari hiking stick yang lipat juga tapi tak jumpa , ni dah tau bolehlah cari. Sebaba leceh jugak nak simpan hiking pole yang panjang tu . Yerlah bukan guna setiap masa kalau boleh nak yang macam ni sebab mudah nak simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, hiking pole tu memang leceh sebab tu tak pernah beli haha

      Delete
  12. Bagus ade tick mudah lipat.. Takde la bawk panjang2.. Sejadah tu pun berguna sangat.. Bwk pergi travel pun ok.. Nanti nak usha website ptt outdoor ni

    ReplyDelete
  13. Best ni.. gadget mmg yg diperlukan masa nak hiking. Esp sejadah tu menarik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejadah tu memang best, letak dalam handbag pun ok, lani kan dah takleh kongsi sejadah

      Delete
  14. Ruby dulu ada hiking stick. Tapi tak boleh di cabut camtu. Kalau bleh cabut camtu lg bagus. Jimat ruang bag dan bahagian hujung tajam tu tak cederakan sesapa. Nanti nak beli!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha betul tu, better beli hiking stick camni, mudah nak bawa dan jimat ruang

      Delete
  15. Wahhh bagusnya ada foldable hiking stick macam ni.. jimat space kan! Boleh beli ni, lepas semua dah back to normal, nak pergi hiking la.. rindu the fresh air!

    ReplyDelete
  16. wahh bestnya ada sejadah yang dah siap ada kompas sekali dalam set tu, kalau bawak pegi hiking ke senang la nak cari arah kiblat lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bukan untuk hiking je, kalau travel pun sesuai, mudah nak cari arah kiblat

      Delete
  17. Hiking stick tu wajib bagi saya sebab mmg sejenis takut turun bukit. Haha. Bila ada hiking stick baru rasa stable n confident sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mendaki turun memang elok guna hiking stick, lutut tak mudah sakit

      Delete
  18. wah. sejadah tu memikat hati aida.
    aida ni bukan hikers, bae. setakat naik Bukit Beruang tu je. husband, yes. hikers. tu yg dia lemah badan tu lama sgt tak hiking. rinduuuuu katanya.
    utk aida memang amat perlu hiking stick meskipun Bukit Beruang je. lutut da tak kuat hu hu hu hu :( naik bukit was ok. bila nak turun bukit, tu yg seksa! hiking stick amat perlu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejadah tu beli untuk travel or musim pandemik ni kan, bawak sejadah ni je ringan

      Delete
  19. wahhhh sangat menarik. memang bagus juga ya ada produk sebegini. berguna untuk orang yang memerlukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejadah tu semua muslim perlukan. jom beliii

      Delete