Ad Code

REVIEW BUKU - KILLING FLOOR BY LEE CHILD (SIRI JACK REACHER)

Assalamualaikum semua


Tajuk: Killing Floor
ISBN: 9780553826166
Penulis: Lee Child
Siri : Jack Reacher
Penerbit: Bantam (2010)
Mukasurat: 525 m/s
Rating : 9/10

SINOPSIS

Killing Floor adalah buku pertama dalam siri Jack Reacher yang menjadi fenomena bagi penulisan fiksyen. Ia memperkenalkan Reacher untuk pertama kalinya, sebagai polis yang juga merupakan bekas tentera terlatih bertindak dan berfikir dengan pantas, Reacher adalah wira aksi yang sempurna. Setelah menghabiskan seluruh hidupnya dalam tentera (Reacher dibesarkan dalam keluarga tentera), dia kini benar-benar bebas. Setelah menghabiskan sebahagian besar hidupnya di luar negara, dia ingin mengembara ke seluruh negara.. Seperti yang akan terjadi, Reacher melakukan perjalanan santai dengan hanya menaiki bas.

Reacher meminta pemandu bas menurunkannya di persimpangan untuk Margrave kecil, sebuah bandar kecil di Georgia. Reacher telah mendengar cerita tentang seorang lelaki Blues kuno yang pernah menghabiskan masa di bandar dan memutuskan untuk memeriksanya. Dia berjalan sejauh empat belas batu ke kota, memesan secangkir kopi di restoran, dan segera ditangkap kerana dituduh membunuh pemain gitar itu sedangkan Reacher baru saja tiba di bandar kecil itu.

Reacher tahu bahawa dia tidak membunuh sesiapa pun, sekurang-kurangnya tidak di Margrave dan tidak untuk beberapa waktu, jadi dia jelas merasa bingung. Dia tahu bandar kecil ini agak pelik dan menyimpan suatu rahsia. Dia tidak peduli. Dia hanya ingin melepaskan diri dari tuduhan pembunuhan, kembali ke dalam bas, dan meneruskan kehidupannya yang mengembara. Tetapi dia dengan cepat berfikir cara untuk meloloskan diri dalam kes pembunuhan yang dia tak lakukan. Adakah Reacher terlepas dari tuduhan pembunuhan tersebut?

REVIEW

Watak Jack Reacher adalah seperti gabungan Detektif Conan dan sherlock home di versi moden. Reacher adalah watak yang dicipta oleh penulis seorang pejuang yang berjiwa besar. Dia selalu menemui masalah yang perlu diselesaikan dimana saja dia pergi tetapi sangat cekap dan tangkas dalam berlawan.

Lee Child sangat teliti dalam penceritaan, pembaca seperti dibawa beraksi bersama Reacher saat dia bertempur dengan pihak lawan. Walaupun buku ni agak tebal (bagi saya) tapi kita akan tertanya-tanya apa yang berlaku selepas ni, membuatkan kita teruskan bacaan, sedar-sedar dah nak habis satu buku. Disebabkan ia cerita pembunuhan, jadi kisah misteri ini memang membuatkan pembaca seakan bersatu dengan penceritaan Reacher.

Antara sebab yang saya suka mengenai Jack Reacher:
  • Seorang yang baik, misteri, bijak, dan dia dapat kawal diri sendiri walau dalam apa situasi pun
  • Sangat pantas berfikir dan cara dia menilai situasi tu sangat mengkagumkan terutama dalam menyelesaikan masalah.
  • Menjalankan sesuatu dengan adil. Dia tidak membiarkan peraturan menghalangnya untuk melihat keadilan dilakukan
  • Dia memperlakukan orang dengan hormat, kecuali mereka tidak layak untuk diperlakukan dengan hormat.
Kalau korang peminat genre Mystery &Thriller, Siri Jack Reacher ni akan memenuhi selera bacaan korang. Korang pasti jatuh cinta dengan penulisan Lee Child yang kalau korang baca buku ni.

Post a Comment

10 Comments

  1. Oo nie siri Jack Reacher ek. Ok. Boleh tambah dalam my reading list nie. Nak cari bahan bacaan baharu gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. siri jack reacher ni best, dah macam tengok fbi je

      Delete
  2. Bahan bacaan yang menarik. Boleh lah untuk tambah dalam koleksi bahan bacaan, lama dh tak telaah novel sebelum tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la musim pkp ni la ada masa nak membaca

      Delete
  3. I suka siri Jack Reacher by Lee Child juga, best! Tak bosan baca dan penulisannya berjaya buat kita nak tau apa jadi seterusnya kan 😁

    ReplyDelete
  4. X pernah baca novel ni.. tapi baca sinopsis not bad...bagaimana nak keluar dari jerat yg memakan diri

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak baca buku. cerita Jack Reacher lakonan Tom Cruise tu adaptasi novel rupenye ye

    ReplyDelete
  6. Buku dalam bahasa inggeris erk.. Buku killing2 ni mestila suspen.. Baca sinopsis pun not bad jalan cerita dia. Kalau dh best mesti nak baca sampai habis

    ReplyDelete
  7. Wow, this is story line yang sangat menarik ye! Tertarik pulak untuk find it out what's happen next to this beautiful soul.. should be a great one kan..

    ReplyDelete