Ad Code

BUKU REVIEW - MY SISTER'S KEEPER BY JODI PICOULT

Assalamualaikum semua

Buku ni dah lama saya baca, few months back, saja baca semula dan terfikir untuk review. Penulisan Jodi Piccoult ni best jugak, ada beberapa buku Piccoult yang saya baca tapi kalini nak kongsikan kisah pengorbanan dalam keluarga. Kalau korang belum pernah baca, boleh la try baca. Buku ini sesuai untuk pembaca young adult. 


Tajuk: My Sister's Keeper
ISBN: 9780340960509
Penulis: Jodi Picoult
Penerbit: Hodder & Stoughton (2008)
Mukasurat: 407 m/s
Rating : 7.5/10

SINOPSIS

Buku ini menceritakan tentang Kate, anak perempuan Sara Fitzgerald yang didiagnosis menghidapi penyakit leukemia sedangkan kate baru saja berusia 2 tahun. Penyakit leukemia yang dihidapi Kate jarang ditemui dan ini membuatkan Sara merasa tak berdaya tapi dia sanggup melakukan apa sahaja demi anak tercinta. Doktor menyarankan Kate melakukan pemindahan sumsum tulang, namun tiada seorang pun ahli keluarga yang sesuai untuk menderma. Pada fikiran Sara, hanya satu pilihan yang ada, iaitu melahirkan adik kepada Kate. Dia merasakan itu adalah pilihan terbaik untuk Kate, bukan saja untuk menyelamatkan Kate, tetapi Kate akan dapat seorang adik. Mereka memberikan nama Anna, sesuai dengannya yang cantik.

Setelah Anna berusia 13 tahun, dia merasa lelah dan memutuskan untuk di mahu menolong Kate hidup lagi. Dia ingin menuntut ibu bapanya untuk hak ke atas badannya sendiri. Sara menggegarkan dunia apabila dia memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas ibu bapanya demi membebaskan dirinya dari terus menolong kakaknya. Dia ingin menuntut bukan sahaja kerana penderitaan fizikal yang di alami tetapi juga emosi yang terganggu. Buku ini memang bermain dengan seluruh emosi pembaca sehingga ke akhirnya. Adakah Anna menang dalam tuntutannya ke atas ibu dan ayahnya sendiri?

REVIEW

Buku yang menarik untuk dibaca, Gaya penulisan, plot dan watak dalam buku ni akan buatkan korang taknak berhenti membaca samapai habis. Jalan cerita ini digarap dengan baik oleh penulis. Piccoult menulis dari pandangan beberawap watak utama, jadi kita yang membaca dapat menyelami perasaan watak-watak utama dan memberi sudut pandang yang berbeza bagi setiap watak sehingga pembaca sendiri akan keliru. Pada satu sudut kita merasakan apa yang Anna buat hanyalah untuk dirinya sendiri, terkadang penulis membuatkan kita menyelami sudut hati seorang ibu yang miskin dan terhimpit dengan situasi. Saya jadi tak sabar nak habiskan buku ni sebab nak tau keputusan terakhir yang akan di tulis oleh penulis. Bermula dari baca yang Anna memperjuangkan hak untuk dirinya tu, terus tertanya-tanya apa yang akan dilakukan seterusnya, perasaan tu buatkan kita nak baca sampai habis. Saya bagi rating 7.5/10 untuk buku ni sebab saya suka gaya penulisan Piccoult dan kisah pengorbanan seorang ibu ini agak menyentuh hati. Buku ini adalah sebuah novel yang penuh dengan kasih sayang, pengorbanan, kesakitan, dan nilai kekeluargaan. Sebenarnya buku ini buatkan saya terfikir andai saya di tempat Kate, bukan diminta dilahirkan dengan berpenyakit, nilai yang saya dapat dalam buku sangat jelas, pengorbanan seorang memang tiada tara. Sebab tu apa pun keadaan jangan abaikan ibu, hanya ibu saja yang akan menerima apa saja keadaan kita, buruk macam mana pun seorang ibu takkan biarkan anak dia susah. Ahhhh sedih la nak cerita, korang bacalah sendiri, nangis sama-sama dengan saya haha

Post a Comment

16 Comments

  1. Nampak macam menarik betul kisah ni sebab dia sanggup membuat tuntutan undang2 kat ibu ayahnya. Kalau kita mesti tak sanggup kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tapi kena baca baru faham keadaan masing2

      Delete
  2. Good review. My Sister's Keeper is a popular novel and Jodi Picoult is a well-known novelist. In fact, this novel has already been adapted into a movie staring Cameron Diaz. Saya pernah baca karya Jodi Picoult yang bertitle The Pact. It was a good read.

    ReplyDelete
  3. menarik jalan ceritanya. kekeluarga. konflik. undang-undang. surely bila start baca novel ni, takkan boleh stop. sebab nak tahu what next.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss sebab tu bila dah start baca takleh nak stop hehe

      Delete
  4. Wah nampak menarik jalan cerita buku ini..sejujurnya kita xminat sgt baca buku tp boleh try baca juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku ni ada movie. tak minat baca boleh je tengok movie

      Delete
  5. Cerita ni mcm pernah difilemkan.. ehh ke silap.. tapi suka dengan jakan ceritanya lain drpd yg lain

    ReplyDelete
  6. Kisah keluarga ni kalau di jadikan buku memang membaca jd sedih.. ni lagilah ada sakit plak adeiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis. jalan cerita camni senang nak hayati watak

      Delete
  7. Wah buku ni macam best juga, memang hidup ni memang banyak cabaran and dugaan yang tak disangka.

    ReplyDelete
  8. Mmm... Tertarik nak baca! Nampak Jalan cerita nya penuh konflik. Nak cari laaaa

    ReplyDelete
  9. terimakasih atas perkongsian. boleh nanti dapatkan dah baca :)

    ReplyDelete