TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

REVIEW BUKU - COLD HANDS, WARM HEART OLEH JILL WOLFSON

Assalamualaikum semua

Saya suka beli buku dan banyak sebenarnya buku yang masih dalam waiting list untuk saya habiskan. Sejak PKP sangatlah malas nak membaca, untuk paksa diri untuk mula membaca balik saya rasa lebih baik saya buat review buku-buku yang saya baca di blog. Kononnya sebagai motivasi untuk diri sendiri agar konsisten membaca. Moga korang sudi la nak baca review buku saya ni ye. Ajommm start...


Tajuk: Cold hands, warm heart
ISBN: 9781406325416
Penulis: Jill Wolfson
Terbitan: Walker & Company (2009)
Bilangan mukasurat: 253 m/s
Rating: 8/10

SINOPSIS

Buku ini menceritakan tentang Dani yang dilahirkan dengan keadaan hati yang tidak berada di tempat yang sepatutnya. Disebabkan itu, sepanjang 15 tahun hidupnya banyak dihabiskan dengan temu janji doktor, dan pelbagai ujian di hospital. Manakala Amanda yang berusia 14 tahun, muda setahun dari Dani, adalah seorang yang kompetitif dalam aktiviti sukan. Mereka berdua tidak mengenali satu sama lain, tidak juga menghadiri sekolah yang sama atau mempunyai rakan yang sama. Penulis berjaya mengarang kisah mereka berdua menjadi suatu kisah proses transplan yang menarik untuk dibaca. Kisah suka duka Dani, Milo, dan Amanda ini banyak ikhtibar dapat korang pelajari. Adakah Amanda, Dani dan Milo berjaya mendapat penderma dan dalam pemindahan transplan?

REVIEW

Buku ini mengisahkan tentang proses transplan gadis remaja yang banyak bermain dengan emosi pembaca. Kita akan terbuai dan hanyut dalam emosi bila membaca kisah Amanda yang menyedihkan, keputusan keluarga yang dibuat memberi impak pada gadis remaja ini. Dengan memikirkan nyawa yang di ambang kematian di usia muda semestinya menyebabkan tekanan padanya. Milo dan Dani yang juga menunggu transplant, masing-masing cekal dan sabar. Hubungan antara mereka semua mula menjadi akrab, walaupun mereka sebenarnya menyimpan kesedihan, kisah lucu mereka di dalam wad membuatkan jalan cerita menarik.

Penulis menjelaskan tentang prosedur perubatan dengan jelas tanpa menggangu jalan cerita ini, saya rasa ia satu ilmu yang baru pada saya. Sedikit sebanyak dapat juga tahu tentang proses penderma dan penerima organ, masalah yang di hadapi mengenai transplant dalam kehidupan sebenar. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.

Kalau korang suka cerita yang berkisar tentang perubatan, korang akan suka baca buku ni. Walaupun buku ini dikategorikan sebagai young adult, sesuai je untuk orang dewasa baca. Banyak moral yang boleh kita belajar dari buku ni sebenarnya. Masa baca buku ni saya letakkan diri saya sebagai keluarga Amanda, memang perasaan jadi berbaur pelbagai rasa, apatah lagi Amanda yang masih remaja nak melalui ujian yang berat ini. 

Comments

  1. Lama sungguh tak baca buku . Dulu masa anak sorang dua gigih lagi la Sal beli novel dan baca . Tapi bila 'ninja' dah bertambah, alahai...memang tak sempat langsung. Rasa ade lagi buku dalam stor yang tak bukak plastik lagi. Sebenarnya membaca ni bagus untuk kita tambah lagi pengetahuan yang sedia ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun waiting list yang baca dah makin banyak tu yang paksa diri gak baca

      Delete
  2. Wow sounds like a very touching stories where 2 lives will be intertwined due to a transplant. Would love to read this book.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sedih dan berbaur perasaan bila baca

      Delete
  3. Memang rare cerita macam ni, sangat touching and nak tau perasaan yang terpendam dalam diri sebelum transplan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. by reading this book, kita boleh la selami perasaan seorang transplan

      Delete
  4. Menarik jalan cerita dia! Ala2 some yang dah diadaptasikan dalam filem2 juga.. Best ni.. Sure emotional kalau i baca ni...

    ReplyDelete
  5. Seronok bila dapat baca buku jalan cerita MCM ni. Genre berat ttp menghiburkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali memang best.. and banyak belajar benda baru

      Delete
  6. Lama tak membaca dan melayan emosi ketika membaca.. ingat nak cari juga bahan bacaan tapi tu le tak puashati nak beli on9 hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, nak jugak pegang buku tu kan haha

      Delete
  7. Macam best je.. Sebab kisah Amanda macam dunia realiti. Terpaksa harungi semua bnda dlm usia muda. Ninkalau dh baca sikit mau baca smpai habis. Kita dh lama tak baca buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan buku fiksyen memang berdasarkan kisah nyata

      Delete
  8. Rawlins ada 6 novel tak baca lagi nie. Tapi betul la, PKP nie malas nak membaca - banyaknya layan movie hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..memang sejak pkp mood membaca kelaut dalam haha

      Delete
  9. Lama dah tak baca buku. Dari review,buku dia macam best. Suka baca kisah suka duka bertarung nyawa untuk survive

    ReplyDelete
    Replies
    1. best buku ni sebab banyak benda kita dapat belajar

      Delete
  10. Lamanya tak baca buku macam ni. Bermain dengan emosi nampak berat tapi cerita dia mesti menarik. Tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, memang bermain emosi baca buku ni

      Delete
  11. Terima kasih untuk review ni.. Saya memang suka baca buku macam ni

    ReplyDelete
  12. Suka buku stail camni. Rileks je baca tapi terbuai-buai. Nanti nak cari kat Kinokuniya lepas habis baca buku yang sekarang ni. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku yang bermain dengan emosi ni buat kita rasa attached

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers