STAYCATION JOHOR - HOTEL REVIEW - TRINIDAD HOTEL PUTERI HARBOUR

Image
Assalamualaikum semua Balik dari Batam, saya dan beberapa kawan decide untuk menginap satu malam di Johor. Dah lama jugak tak staycation di Johor, dah alang-alang kan, so why not? Kami turun di Tanjung Pengelih, terus ke Laman Desaru Bistro untuk lunch. Korang boleh baca review makanan di Laman Desaru Bistro kat facebook saya ye. Ni antara menu yang kami makan haritu. Banyak jugak menu yang disediakan. Laman Desaru Bistro menyediakan pelbagai jenis makanan seperti Ala Carte Thailand, Punjabi, Western, Nasi Padang dll. Next time kalau ke sini lagi nak try Punjabi cuisine kat sini. Lepas tu, kami terus ke Puteri Harbour. Kami menginap di TRININAD SUITES PUTERI HARBOUR . Hotel ni sangat dekat dengan Terminal Puteri Harbour, kalau korang nak ke Batam or dari Batam, sangat recommended untuk stay kat sini. Hari yang saya menginap ada 2 biji bas baru datang dari Batam menginap di hotel ni. Lokasi sangat strategik, berbanding tahun sebelum covid, sekarang Puteri Harbour pun dah happenin

WORDLESS WEDNESDAY - JENIS-JENIS ANJING POLIS

Assalamualaikum semua

BELGIAN MALINOIS

Berat anjing ini sekitar 25-34kg mampu menyerang dengan melompat dan menggigit bahagian badan.

DOBERMAN PINSCHER

Anjing penjaga yang cergas ini memiliki muncung yang panjang. Ia sangat patuh dan berdisiplin.

GIANT SCHNAUZER

Tubuhnya yang besar boleh mencapai berat sehingga 45kg. Anjing ini sangat berani dan patuh arahan.

BOXER

Anjing ini suka meninju menggunakan kaki hadapan . Rahangnya yang aneh dapat memegang sesuatu dengan kuat.

LABRADOR RETRIEVER

Sejenis anjing yang mudah dilatih, kuat, cerdas dan tenang. Merupakan perenang yang hebat dan mempunyai deria bau yang tajam.

WEIMARANER

Ia dilatih untuk mencari benda-benda yang terlarang kerana kecerdasannya dan deria bau yang tajam.

BEAGIE

Dijadikan anjing pemburu walaupun mempunyai kaki yang pendek.

DOGO ARGENTINO

Merupakan baka dari cordoba fighting dog, anjing ini memiliki badan yang panjang dan berotot sebab itu ia dijadikan anjing penyerang.

BLOODHOUND

Ditugaskan untuk mencari jejak orang/benda hilang kerana mempunyai deria bau paling hebat di dunia.

GERMAN SHEPHERD

Dikenali sebagai herder, anjing ini memenuhi kriteria anjing polis iaitu penjaga, pengesan dan penjejak.

Comments

  1. Banyak rupanya jenis anjing polis ni. Baru tau. Terima kasih pengetahuan baru ni bagi Marsha

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi.. Baru tahu pelbagai jenis anjing yang berkhdmat untuk polis

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak jenis2 anjing polis ni ya. Selalu tgok kat tv je...takut tgok sb nampak garang sungguh anjing2 ni

    ReplyDelete
  4. Setiap anjing ada kelebihan dan fungsi tersendiri. Yang Beagie tu comel je tapi cargas haa.

    ReplyDelete
  5. payah nak sebut ni tahu color hitam je.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers