12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

WORDLESS WEDNESDAY - FAKTA MENARIK TENTANG IKAN

Assalamualaikum semua

IKAN TERPANTAS
Ikan layar atau Sailfish adalah ikan terpantas di dunia dengan kepantasan 110km/j. Berasal dari Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik membiak dengan pantas. Telurnya menetas selepas 36jam dikeluarkan dari induk.

IKAN TERTUA
Ikan Hagfish ikan tertua yang masih belum pupus. Hidup lebih dari 300 tahun hidup dengan memakan bangkai di dasar laut. Ia makan melalui mulut, kulit dan insang.

JERUNG TERBESAR DAN GANAS
Jerung putih besar (Carcharodon carcharias) mencecah kepanjangan hingga 8 meter dengan berat 2 tan. Jerung ini pernah di temui berhampiran pantai.

JERUNG TERANEH
Jerung gergaji memiliki muncung panjang yang aneh dan mirip mata pisau. Tubuhnya ramping dengan dua sirip di bahagian dada. Walaupun muncung seperti gergaji, jerung ini tidak berbahaya bagi manusia. Ia hidup di dasar yang berlumpur, pad kedalaman 40 meter dan perairan payau.

IKAN DAN VERTEBRATA TERKECIL
Ikan terkecil ini adalah Paedocypris progenetica. Panjang 7.9mm, hanya sebesar nyamuk. Ikan ini juga merupakan vertebrata terkecil di dunia. Ikan mini ini mempunyai tubuh lutsinar di tanah gambut.

Comments

  1. Memula ingat ikan layar tu ikan todak, sure ramai pun confuse kan. Banyak info baru yang I dapat harini. Thank you!

    ReplyDelete
  2. Macam-macma jenis ikan kalau masuk laut dalam ni hehehe kita ingat gambar apa tadi cerita pasal jenis ikan dan faktanya ok lah ada info yang kita tak tahu pasal ikan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak jenis ikan. kalau dive bestnyaaa

      Delete
  3. Banyak rahsia alam tersimpan di dasar laut kan. Double Burj Khalifa dan langit pun tinggi. MasyaAllah kita ni kecil je. Bagus perkongsian akak ni. Insaf kejap.

    ReplyDelete
  4. Seram pulak tengok muncung ikan layar tu , tu kalau kena cucuk mesti tembus. Bentuk ikan tu sendiri yang sangat aerodinamik membuatkan ikan tu jadi bertambah pantas bila berenang dalam air. Tu pasal design kapal layar yang laju2 pun ambik inspirasi dari ikan ni. Inilah bukti kebesaran Allah SWT dengan pebagai ciptaan haiwan yang pelbagai bentuk supay ada manusia dapat berfikir dan memanfaatkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sesungguhnya Allah Maha Bijaksana

      Delete
  5. Wow. Menetas selepas 36 jam. Rawlins jadi paling geli tengok ikan tertua tu.

    ReplyDelete
  6. Ikan layar tu sama dengan nama Sis, nama dia Malin, nama Sis Marlin hahahaha..

    ReplyDelete
  7. ikan layar jadi landmark tempat tinggal saya .. selain kuda.. hagfish tu kelihatan agak pelik dan menggelikan..

    ReplyDelete
  8. Banyak lahi kehidupan laut yang kita tak tau. sebab tu kena banyak membaca kan..

    ReplyDelete
  9. kalau hidupan laut ni, kadang2 terfikir jugak yang kita kenal ni barulah sedikit sahaja, masih banyak yang kita tak terokai dalam laut tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau dive banyakkkk sangat ikan yang kita tak pernah tengok

      Delete
  10. Yeah, i baca dalam dokumentari mana ntah! Walaupun kita dah ada banyak teknologi canggih2, actually banyak lagi species yang kita tak tahu lagi kan... This one also menarik 👍

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers