Posts

Showing posts from March, 2021

HOTEL PREMIERE KLANG PERKENALKAN LAKSA FIESTA, PROMOSI BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2021

Image
Assalamualaikum semua Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang. Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan so

WORDLESS WEDNESDAY - 6 KEMBAR LUAR BIASA DI DUNIA

Image
Assalamualaikum semua KEMBAR TERTUA Kembar tertua adalah Qiao Senior dan Qiao Junior yang lahir pada 18 Jun 1905 di Weifang City, China KEMBAR TERPENDEK John Rice dan Greg Rice dengan ketinggian 64cm. Mereka lahir pada 3 Disember 1951 di West Palm Beach, Florida KEMBAR TERTINGGI James dan Michael Lanier dengan ketinggian 2.31meter KEMBAR TERBERAT Billy Leon McCrary dan Benny Llyoyd McCrary mempunyai berat 337kg dan 327.9kg. Billy meninggal pada tahun 1979 dan Benny pada tahun 2001. KEMBAR TERKAYA Mary Kate dan Asley Olsen adalah kembar terkaya dengan nilai syarikat mereka mencecah 1billion pada tahun 2011. KEMBAR SIAM TERTUA Donni dan Ronnie Galyon lahir pada tahun 1951 di Amerika Syarikat.

GIVEAWAY RAYA BERSAMA SHIDA REDZUAN BLOG

Image
Assalamualaikum semua Giveaway dari kak Shida. Click banner to join. "Perasaan menyambut bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi." Bulan Ramadhan Bulan Mulia, Sayu Hati Tanpa Keluarga, Tak Lama Lagi Kita Berpuasa, Moga Keluarga Dapat Bersama. Perasaan nak sambut bulan Ramadhan dan Syawal tahun ni bercampur baur. Rasa happy sebab tahun pertama nak berpuasa bersama suami dalam masa yang sama sedih sebab dah lama tak jumpa mak, dan potensi untuk berpuasa dengan mak pun macam tipis je. Risau pun ye jugak, sebab mak seorang diri di kampung, faham-fahamlah orang tua, taknak tinggal kampung halaman. Setiap kali Ramadhan, terus ingat pada arwah ayah, sayu hati ini, ayah pergi menghadap Pencipta bulan Syaaban, saat kita dah semakin hampir dengan Ramadhan. Apapun semua perasaan ini tak dapat dibandingkan dengan perasaan penuh syukur pada Allah, atas semua kurniaanNya. Moga-moga kita dapat bertemu Ramadhan dan Syawal tahun ini. Aamiin Selamat datang Ramadhan!

REKA BENTUK DALAMAN KINI BOLEH DIMILIKI OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA HANYA DENGAN BUKU IDW DESIGN COLLECTION

Image
Assalamualaikum semua Reka bentuk dalaman lebih daripada sekadar menghias dan kadang kita tak memahami betapa pentingnya reka bentuk hiasan rumah. Ia buka sekadar hanya pemilihan kain dan warna yang sesuai tau. Namun kini, dah ramai yang sedar akan pentingnya sesebuah ruangan di rumah dan menyerahkannya pada yang pakar, demi sebuah rumah impian. Rekaan dan hiasan dalaman rumah adalah sebuah proses yang untuk pengubahsuai ruangan dengan efisyen dan menjadikannya lebih baik. Pakar di dalam bidang ini akan menguruskan ruangan yang ada dan mengintervensikan ruangan tersebut dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan pengguna. Pereka hiasan merupakan pakar yang bertanggungjawab untuk reka bentuk rumah atau pejabat mengikut keperluan dan kehendak kita sebagai pelanggan dan mengoptimumkan setiap ruangan sebaiknya. Terdapat beberapa cabaran yang menjadikan pereka bentuk dalaman mengembangkan profesion mereka di bidang ini dan ini adalah cara mereka meningkatkan kualiti hidup. Saya memang zero k

WORDLESS WEDNESDAY - MAKANAN PALING UNIK

Image
Assalamualaikum semua BELUGA CAVIAR   Makanan termahal di dunia 10,000 USD untuk 10 ons caviar MI TERTUA  di dunia ditemui di laman arkeologi Lajia, China. Mi kuning sepanjang 50cm berwarna kuning dibuat lebih kurang 4000 tahun lalu. SAMBAL ULEK  Makanan terpedas 10 kali lebih pedas dari Thai Bird's Eye Chili sehingga boleh buatkan kehilangan bibir setelah makan. AIR MINERAL TERMAHAL Filicio Beverly Hills berharga RM365 per botol (750ml). Penutup botol air mineral ini dihiasi kristal swarovski. KETUPAT TERBESAR  Ketupat raksasa di Malaysia ini berukuran  Panjang 2.5m Lebar 2.5m Tinggi 0.9m mencecah 1 tan.

NUViT NEW ANTI-ACNE SERIES HILANGKAN JERAWAT DENGAN 3 LANGKAH MUDAH

Image
Assalamualaikum semua Bila sebut tentang jerawat, bukan saja wanita, lelaki masa kini pun dah ambil berat tentang kulit wajah. Menjadi suatu kepantangan bila naik jerawat. Semenjak covid, lagilah jerawat ni naik dah macam ada kenduri kat muka tu haha Jadi, penjagaan rutin kulit wajah terutama kalau berjerawat tu sangat penting. Ia akan membantu menghilangkan lebihan minyak, membersihkan pori-pori, dan membantu mempercepat hilangkan jerawat dan parut yang ada. Antara faktor yang mempengaruhi jerawat tumbuh adalah hormon, genetik, gaya hidup, diet, berpeluh, dan mungkin juga produk penjagaan kulit yang tidak sesuai. Banyak produk yang dijual di pasaran yang boleh kita beli dan cuba, namun tanpa rutin penjagaan yang betul, keberkesanan produk yang dibeli tu mungkin tak akan nampak. Jangan salahkan produk pulak ye. Korang hanya perlu cari produk yang memang khas untuk jerawat, ini kerana bahan yang digunakan sememangnya dapat mengelakkan jerawat dan kemerahan, keradangan, kesakitan, dan be

3 ASPEK PENTING PEMILIHAN TUALA WANITA YANG WAJIB KORANG TAHU

Image
Assalamualaikum semua Tubuh badan wanita sangat unik dan perbezaan setiap wanita berbeza dapat dilihat dari reaksi tubuhnya terhadap haid. Bagi memenuhi perbezaan ini, pelbagai jenis tuala wanita ada di pasaran untuk mereka pilih mengikut kesesuaian badan semasa haid. Faktor pemilihan ini kebiasaannya bergantung kepada kulit, bentuk badan dan aliran haid yang di alami.Sebagai seorang wanita, untuk memilih tuala wanita yang terbaik dan bersesuaian dengan saya, beberapa jaminan dari produk tersebut adalah antara faktor penting yang perlu ada untuk saya pertimbangkan. Ia seperti jaminan bahawa produk ini bukan sahaja memastikan kesihatan, kebersihan di bahagian vagina tetapi juga keselesaan semasa memakainya. 3 ASPEK PENTING MEMILIH TUALA WANITA PENYERAPAN Penyerapan yang baik adalah antara elemen penting bagi menentukan ia adalah produk yang baik. Keupayaan menyerap sejumlah besar darah dalam masa yang singkat bermakna ia mempunyai penyerapan yang baik. Ia tidak hanya penyerap dengan bai

WORDLESS WEDNESDAY - 7 IKAN PALING CANTIK DI DUNIA

Image
Assalamualaikum semua MANDARIN FISH CORAL BEAUTY KOI PARACANTHURUS HEPATUS PARROT FISH MOORISH IDOL FLAME ANGEL

MASAK NASI MINYAK DENGAN CHEF ADU AMRAN

Image
Assalamualaikum semua Kalau korang pernah baca blog ni, mesti korang tau saya pernah live masak bersama peserta Masterchef Abang Brian. Masa tu dah seronok sangat, ia suatu pengalaman yang baru buat saya. Dan kalini, lebih menarik, Sabtu lepas saya berpeluang untuk join Zoom Cookout bersama juri Masterchef iaitu Chef Adu Amran. Ini memang pengalaman yang sangat-sangat best. Rasa bangga dapat masak bersama chef yang terkenal. Walaupun hanya secara maya, tapi perasaan tu rasa macam ada dalam satu dapur je. Seramai 100 orang peserta di undang untuk masak secara live bersama Chef Adu Amran. Dalam kesemua peserta tu, ada juga beberapa selebriti seperti Atilia Haron, Hunny Madu, dan Linora Low (ini paling favourite, suka tengok badan sasa Linora, idaman sangat badan macam tu). Ada jugak kawan blog Sunshine Kelly, Auntie Lily, dan Racheal Loh. Rasa sangat-sangat excited bila nampak diorang, maklumlah tak pernah lagi join mana-mana program yang macam ni haha Selepas masak, kami semua bergamb

Birthday Giveaway by Eksplorasilea

Image
Assalamualaikum semua Kalini saya join giveaway Blogger Eksplorasilea sempenan birthday Lea bulan Mac ni. Jom tengok syarat-syarat nak join giveaway ni di bawah:   Syarat-syarat penyertaan : Follow blog  Eksplorasilea  &  About Ridan Subscribe Youtube channel  Elbylea (klik Sini) Copy and paste banner di atas. Buat entri " Birthday Giveaway by Eksplorasilea " Komen link penyertaan di komen di bawah. Semua penyertaan saya akan masukkan dalam  BLOGLIST tahun 2021 Hadiah bagi yang enam (6) orang peserta yang bertuah yang akan dipilih dengan cara cabutan ialah : 1 pemenang x RM 50 2 pemenang x RM 30 3 pemenang x RM 20 Marilah join beramai-ramai rakan blogger sekalian. Terima kasih sekali lagi untuk yang join ! Tarikh penyertaan :  3 March 2021 - 22 March 2021

WORDLESS WEDNESDAY - 7 TUMBUHAN KARNIVOR PALING GANAS DI DUNIA

Image
Assalamualaikum semua NEPENTHES (TROPICAL PITCHER PLANTS) VENUS FLY TRAP (DIONAEA MUSCICAPULA) BUTTERWORTS (PINGUICULA) SUNDEWS (DROSERA) TANAMAN KOBRA ATAU CALIFORNIA PITCHER PLANT (DARLINGTONIA) WATERWEEL PLANT (ALDROVANDA) PORTIGUESE SUNDEW (DROSOPHYLLACEAE LUSITANICUM)

Followers