Ad Code

USTAZAH ASMA NASIHAT AYDA JEBAT PADAM MUZIK VIDEO PARAH

Assalamualaikum semua

Ramai dah unsubscribe selepas teguran ustazah

Semalam saya ada muat naik status di facebook tentang cerita viral parah yang menjadi isu hangat sekarang. Ingatkan tak ramai yang tau tentang isu parah yang viral sekarang. Kalau ada yang tak friend dengan saya di facebook, status saya seperti di bawah

Kalau ada yang tak tau tentang isu ni meh nak story. hehe Alkisahnya muzik video terbaru Ayda Jebat iaitu Parah Parah tu ditegur oleh Ustazah Asma Harun

Korang boleh like page ustazah kalau nak baca dan boleh jugak dengar ceramah ustazah.  Saya suka dengar ceramah, dengan intonasi yang lembut, seakan memujuk kita ke arah kebaikan.  Korang boleh baca sendiri nasihat ustazah pada Ayda Jebat menerusi facebook page ustazah. Kalau malas, jom saya kongsikan petikan nasihat ustazah. 

BUAT ADINDA ARTIS YANG DIHORMATI DAN DIKASIHI

Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di Page Rasmi beliau. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya. 

Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.

MUZIK VIDEO PARAH MUSIBAH UMMAH

Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan !

Di dalam status facebook ustazah, Ustazah Asma atau singkatannya UAH menyatakan rasa sedih dengan klip muzik video yang menampilkan wanita islam separuh bogel dengan tarian yang mengghairahkan dikala kita sedang menghadapi pandemik covid. Sepertinya musibah ini teguran yang di ambil enteng oleh segelintir dari kita

Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur Fitnah Akhir Zaman.


Kalian bangga menjadi Top 10 youtube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah Wanita Islam 😢, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu ?. 

Top 10 You Tube kerana nilai yang baik atau sebaliknya, kekuatan pada bakat atau maksiat ?. Saya tak pasti jika kalian fikir bahawa esok bila hari tua jika ingin taubat, bolehla dipadam, hari ni nikmati dulu hasil duniawi sementara masih hidup lagi, namun bagaimana jika mereka yang download dan jadikan simpanan peribadi ?. 

Ustazah Asma bukan saja menasihatkan Ayda Jebat, tapi seluruh krew yang terlibat dengan muzik video tersebut melalui Surah Al Maidah ayat 2 yang mengingatkan kita untuk tidak memberi pertolongan di dalam kemaksiatan kerana siksa Allah amatlah berat.


Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan islam atau tidak. Saya juga tak pasti, penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat.

Allah SWT berfirman:

 وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۖوَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kejahatan. Dan bertakwalah (takutlah) kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]
.
.
Saya yakin kalian melakukan ini dalam keadaan tahu dan faham bahawa klip video muzik tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar samada dari sudut Islam ataupun adat Melayu kita yang penuh sifat malu, lembut dan sopan. Ia jelas adalah satu dosa yang besar.

TEGURAN TANDA KASIH SESAMA ISLAM

Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu dan rasa hormat pada suami kamu. Ingatlah bahawa kemasyhuran, kekayaan, kasih cinta, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, ia adalah musibah !

AYDA JEBAT DISARAN PADAM MV PARAH

Semoga dirimu kuat untuk padam video tersebut, sebelum ia mengambil bahagian tenang hidupmu, saat tidur malam, dosa masih berjalan 😢. Saya pasti kos penghasilannya sangat tinggi, kerugian tak boleh lari, namun ia amat berbaloi untuk nilai SyurgaNya 🤲.

Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkaiNya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaatiNya.

Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, saya lihat sudah ramai yang menegur dan mengkritik video klip tersebut secara terbuka, bahkan di kalangan fans kamu sendiri mereka rasa tidak senang, teguran di media sosial kamu sendiri juga tidak diendahkan, bahkan dijawab dengan tidak rasa bersalah.

Namun saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, Kerana kamu sendiri penampilan yang tidaklah keterlaluan. 

USTAZAH RASA BERTANGGUNGJAWAB MENEGUR

Saya juga bertanggungjawab dengan ruang yang Allah berikan kepada saya untuk melakukan Nahi Mungkar, iaitu mencegah kemungkaran. Jika saya hanya berbuat kebaikan namun meninggalkan cegah kemungkaran, maka saya benar-benar menzalimi diri sendiri. 

Ustazah juga tidak hanya mengkhususkan teguran ini hanya untuk Ayda Jebat, tetapi untuk semua artis untuk yakin dengan rezeki Allah. Jangan risau rezeki yang telah ditetapkan pada kita semua sedari masih di dalam rahim ibu.


DUHAI PARA ARTIS PENGHIBUR HATI

Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi keperluan fitrah insani, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali.

Adakah kalian bimbang tentang rezeki ?, adakah tiada tuhan untuk dicari, adakah serapuh itu keyakinan kita pada Ilahi, bukankah Dia Maha Memberi, bahkan daripada alam rahim hingga kini, Dialah yang mencukupkan segala keperluan kita tanpa henti 😢.

Mohon duhai semua artis tanah air, atas tiket apapun, pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, dll. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini. Hentikan persembahan atau pertandingan maksiat, berunsur lucah dan menjatuhkan maruah. 

Disana terdapat ramai artis hiburan yang membawa imej yang baik, berkaliber, berbakat, membawa diri dengan bijak, bermaruah, menjaga batasan, namun tetap mampu bertahan dan berjaya dengan cemerlang.

Teguran ini jug tidak hanya untuk para artis, ustazah juga menyeru agar pihak berwajib untuk membendung isu seperti ini agar tidak menjadi lebih parah. Hadith dari Riwayat Muslim yang ditulis ustazah juga adalah pesanan dari Nabi junjungan pada umatnya setiap yang dilakukan oleh kita baik atau buruk ada ganjaran yang menanti. Jika kita menyumbang pada keburukan, yang buruklah juga akan terpalit pada kita. 

Diharapkan KEMENTERIAN KOMUKASI DAN MULTIMEDIA, PIHAK BERWAJIB, SENIMAN DLL  turut boleh memainkan peranan dalam isu begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku. 

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ

Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” 

Riwayat Muslim (1017) 

"Sebaik baik manusia adalah yang mengajar kebaikan dan sejahat jahat manusia adalah yang mengajar kejahatan. 

Orang yang pertama tadi kebaikannya terus mengalir hingga selepas kematiannya , dan orang kedua tadi pula kejahatannya terus mengalir hingga selepas kematiannya, tiada siapa yang dapat menghalangnya". 

(Syeikh Abdul Aziz Al-Toranfi)

Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq hidayahNya..bersegera memohon keampunan dan rahmatNya 🤲

Asma' binti Harun
31.01.2021

#UAHSahabatDuniaAkhirat

Betapa lembutnya teguran ustazah, sangat berhemah untuk menegur. Diakhir nasihat ustazaha mendoakan pada semua. Akhlak yang baik untuk kita contohi. Moga kita semua mendapat manfaat dari teguran ustazah ini. Pada saya nasihat ini bukan untuk Ayda Jebat saja, tapi untuk kita semua. 

Stay safe everyone!

Post a Comment

24 Comments

  1. Memang perlu patut Ustazah Asma memberi teguran tanda ingatan pada kita semua. Ya bila terlena terleka, golongan ilmuwan ini lah berperanan ketuk kasi sedar diri. Harap dah padam laaa mv tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasihat ni berguna untuk kita semua jugak..

      Delete
  2. tak pernah tengok pun my ayda jebat ni. tapi bagus juga ada yg menegur semoga dijadikan tauladan buat semua. nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tahu pun tentang isu ni, sebab memang tak minat Ayda Jebat kot. Dan jarang follow perkembangan dunia artis, baik tempatan atau luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ustazah tegur baru tengok mv apooo hehe

      Delete
  4. LH memang kurang minat kalau Ayda Jebat menyanyi sebab lagu dia tak kena dengan jiwa jadi LH memang tak pernah tengok MV dia tu. Tapi, memang ada ternampak juga lalu dekat timeline youtube yang UAH tegur MV tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mv dia makin popular la lepas ustazah tegur heeeee

      Delete
  5. very interesting to read about the view of a Muslim about the video. you shared a few valid points

    ReplyDelete
  6. Bersyukur Ayda Jebat dan seluruh yang terlibat tu di tegur.. sebelum Allah yang menegur, eloklah amik teguran sesama manusia dulu..

    ReplyDelete
  7. tak tahu nak komen apa sebab industri hiburan memang macam tu. Pakaian pun tak lah seksi sangat sampai ramai nak perbesarkan isu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustazah tak pernah tengok wanita seksi, jadi maybe tak aware yang retis dah lama pakai seksi gitu

      Delete
  8. lepas baca je entri nie terus pergi tengok kat youtube. nampak nohh kita nie tak berapa up to date dengan lagu artis malaysia.dah sebulan rupanya. hahahhaa. Nampaklah kenapa UAH concern dengan MV tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann samalah, lepas tau ustazah tegur baru tengok mv haha

      Delete
  9. Jarang tgok MV even minat pun sebab bnda mcm ni lah , salam perkenalan saya follower baru :)

    ReplyDelete
  10. Memang nampak over sikit design fashion dia yang awal2 tue, tapi overall, I am impressed with her boldness and the creativity of the choreographer MV ni.. betul2 cuba try test the market ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually when it comes pasal creativity no doubt cuma in the point of muslim view je tak kena nell

      Delete
  11. Semoga menjadi pedoman buat kita semua. Semoga menjadi ikutan yang baik untuk orang lain juga dalam setiap segala sesuatu yang kita buat

    ReplyDelete
  12. Sekarang baru tahu pasal isu ini. Ada gak terbaca PARAH tapi tak tahu menahu isu sebetulnya.
    Teguran membina sewajarnya diambil tahu dan perhatian

    ReplyDelete