TIPS RANCANG BERSARA AWAL DENGAN ILEARNFROMCLOUD.COM

Image
Assalamualaikum semua Situasi Covid19 yang melanda kini telah menghadkan pelbagai aktiviti kita diseluruh dunia termasuklah menimba ilmu. Namun, dengan bantuan teknologi, kita masih dapat belajar, semuanya bergantung pada diri sendiri. Luasnya ilmu tidak hanya terhad pada pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai platform eLearning yang boleh kita pilih bagi meningkatkan kemahiran diri. Memperkenalkn ILearnFromCloud.com adalah platform pembelajaran sosial yang direka untuk membantu korang bagi memperoleh kemahiran yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang. Setiap orang mempunyai kemampuan belajar yang berbeza-beza, terutama di bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang terhad. Tidak seperti laman web eLearning lain yang menyediakan kursus dalam talian, pembelajaran melalui ILearnFromCloud.com membawa kaedah yang paling berkesan untuk belajar, iaitu adalah dengan memiliki seseorang di sisi, membimbing kita di setiap langkah, dan mengarahkan ke arah yang betul

WORDLESS WEDNESDAY - TIKUS PENJEJAK PERIUK API

 Assalamualaikum semua



Wordless wednesday kalini nak cerita oasal seorang tikus. Tikus terkenal dengan haiwan perosak namun di Mozambique Afrika, ia terkenal sebagai pasukan penjejak periuk api. Diberi nama Kofi, adalah antara tikus terlatih selain 30 ekor tikus lain menjejak periuk api kesan perang saudara di Mozambique. Dengan deria bau yang tajam, mereka dapat mengesan periuk api dalam jarak 50m. 



Mempunyai badan yang kecil dengan berat badan Kofi sekitar 1.3kg, periuk api tak mungkin akan meledak dengan tekanan beratnya. Kesemua tikus ini dilatih seawal 5 minggu di lahirkan, kira lepas putus susu. Mereka semua diajar mengesan aroma atau bau khas casing logam sebuah periuk api dan akan diberikan ganjaran makanan iaitu sebiji avocado. Tikus terlatih ini akan menjejak periuk api dan mengorek tanah dimana lokasi periuk api dijumpai dan akan menunggu untuk diberikan makanan. Kemudian, pakar pemusnah periuk api akan datang untuk memusnahkan periuk api. Kumpulan tikus ini dapat menjejak kawasan periuk api seluas 100 meter persegi hanya dalam 30 minit bersamaan 2 hari jika manusia buat perkara yang sama.


Okay tu je nak kongsi untuk kali ni. Hope korang dapat manfaat dari perkongsian minggu ni. 

Comments

  1. aloo comei nyaa tikus..biasa denagr anjing je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aku pun first time tau. aku baca buku 1001 facts hehe

      Delete
  2. Pelik tapi benar ek.. biasa guna anjing, tak tau pulak tikus pun ada deria mengesan bau macam anjing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. saya pun First time tau. baca kat buku 1001 facts

      Delete
  3. Fuh tikus boleh jejak priuk api.. Hebat.. Kecik2 cili api.. Bagus dpt hidu.. Sekurgnya dpt musnhkan periuk api tu

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan dia punya upah. Avokado tu! Taste orang kaya, tikus ni.

    ReplyDelete
  5. Wow......what an interesting story. Tikus pun ada gunanya juga ya. Good sharing. Thank you for sharing this interesting story.

    ReplyDelete
  6. Pertama kali tau mengenai haiwan tikua begini.. satu info yg menarik.

    ReplyDelete
  7. wah tahu pasal ni..yg mana tikus boleh cari periuk api.. info yang sangat menarik

    ReplyDelete
  8. Wow! Menarik juga fakta ni.... Baru first time tahu tikus trained to do such an important task wor... Reminds me of some movie yang guinea pig tue.. Clever juga mereka ni...

    ReplyDelete
  9. Setial yang diciptakan di atas muka bumi ini pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  10. wah baru iena tau pasal tikus penjejak periuk api ni..logik juga kalau anjing yang jejak meletup terus dengan anjing anjing berkecai :D

    ReplyDelete
  11. Comelnya Kofi tu sebagai anggota Bomb Tactical Team. Betul la guna Kofi dan rakan2 sebab berat mereka tidak akan meledakkan periuk api sebab ringan kan

    ReplyDelete
  12. Wah baru tau pasal tikus penjejak ni. Yang tau anjing je . Thank you share info ni.

    ReplyDelete
  13. Hebat la tikus! Ingatkan anjing je jaguh dalam bidang macam ni. Tikus pun boleh rupanya.

    ReplyDelete
  14. Menariknya tentang tikus penjejak periuk api ni. Ingat guna anjing je boleh. Macam mana lah dorang latih tikus ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu la. dok pikir gak. takda plak tulis pasal tu

      Delete
  15. Bagusnya tikus jenis ni. Jarang nak jumpa tikus yang berguna untuk manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pa kalau lah bolrh train tikus kat malaysia ni haha

      Delete
  16. eh tikus pun boleh detect benda bahaya camtu ye? ingatkan anjing je boleh hidu. info menarik ni

    ReplyDelete
  17. what a cute and short article. really interesting haha, tiba2 learned about a very clever mouse today!

    ReplyDelete
  18. Kiut je bila cakap seorang tikus. Hahaha. Spesis tikus ni saiz berbeza ikut lokasi negara kan. Sebab yang ni macam tikus bijak je. Kikiki

    ReplyDelete
  19. This is interesting, baru tau dia orang guna tikus untuk track periuk api, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  20. Amboi pandai pula tikus tu cari periuk api ek... Mentang-mentang dia ringan je jadi taklah meletop.. Hati-hati juga ye cik Kofi jalankan tanggung jawab tu

    ReplyDelete
  21. Besarnya tikus ni!! mouse mommy pun kagum dengan keupayaan tikus ni. Terbaik!

    ReplyDelete
  22. This is amaze me! Thanks for sharing such an inspiring information with us

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers