12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

WORDLESS WEDNESDAY - 7 BUNGA TERCANTIK DI DUNIA

Assalamualaikum semua

Untuk segmen wordless wednesday, saya akan kongsikan fakta-fakta menarik yang saya dapat hasil dari pembacaan. Kali ni saya nak kongsikan tentang bunga-bunga yang tercantik di dunia.

BLEDING HEART
Bunga ni biasanya terdapat di hutan hujan Australia dan mekar sekitar bulan April hingga Jun. Bleeding heart bunga yang indah untuk menghiasi taman agar teduh dan segar. Ia mempunyai gabungan warna merah, merah muda dan putih.

SAKURA
Korang mesti tau bunga sakura, kalau pernah ke Negara matahari terbit, mesti dah pernah tengok bunga sakura ni. Bunga sakura adalah lambang kebanggaan rakyat Jepun. Berwarna merah jambu dan putih, dan sangat indah bila mekar, dan masih cantik walaupun dah jatuh ke tanah.

BEGONIA
Bunga yang sangat popular di Amerika ini diperkenalkan di England pada tahun 1977. Ia berbentuk lipatan-lipatan dan sangat terkenal bukan sebab bukan saja bunganya cantik, daun bunga begonia ini pun cantik tau.

BLUE BELLS
Merupakan bunga kebanggaan rakyat Scotland, ianya berwarna ungu. Ia banyak tumbuh di dataran Eropah terutama di hutan-hutan Eropah. Bunga ni sangat mudah nak hidup, dan kalau ia gugur, nampak macam permaidani. Orang Amerika suka sangat bunga ni, kononnya ia melambangkan kesendirian.

BLACK EYED SUSAN
Nama yang unik ini membawa erti bunga abadi yang kelihatan ceria. Bunga ini berwarna kontra dengan kelopak kuning dan bahagian tengah yang gelap menjadikan bunga ini nampak cantik. Ia tumbuh subur sekitar Jun-Ogos di Amerika Utara. Ia juga digunakan sebagai simbol di Amerika di bahagian Maryland.

LILY OF VALLEY
Bunga yang mekar di musim bunga ini, umumnya di sekitar Mei. Ia berwarna putih dan sangat cantik . Yang menariknya, bunga ini mengeluarkan buah berry yang manis berdiameter 5-7mm di bulan September. Ia menjadi inspirasi bagi lagenda Nasrani yang percaya bunga ini terhasil daripada air mata Mary.

HYDRANGEA
Saya bukan penggemar bunga, tapi ini antara bunga favourite saya. Berbentuk bagaikan bola salji di musim luruh sangat sering kita nampak pada gubahan bunga. Bunga ni mempunyai warna pastel dan polos dan kelompok bunganya berbentuk bintang.

Comments

  1. Cantiknya semua bunga bunga ni... pertama kali nampak ‘bleeding heart’ tu... menarik merah menyala mcm lampu gantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kebanyakkan takda kat malaysia so kita tak familiar

      Delete
  2. Dalam banyak2 bunga nie, Bleeding Heart tu Rawlins tak pernah dengar atau jumpa lagi.

    Cantik plak rupanya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat. sebab tu tersenarai bunga tercantik di dunia

      Delete
  3. Cantiknya bunga2 yang sis share ni.. some pun ada kat Malaysia kan macam yang last one tue.. kan best kalau ada laman yang luas boleh tanam bunga2 cantik macam ni... tengok bunga2 ni reminds me of my trip time spring.. time ni la paling cantik untuk travel around.. cuba sis cari Claude Money Giverny.. :)

    ReplyDelete
  4. Yang bleeding heart tu Sis jumpa masa kami pergi Medan Lake Toba.. serius memang snagat cantikkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ada kat medan je rupanya..pi medan dulu tak perasan pulak hehe

      Delete
  5. I loke Sakura and Hydrangea a lot too, they are so pretty

    ReplyDelete
  6. wah unik betul bunga bleeding heart tu. baru tahu ni , thanks sharing info menarik ni.. best yer kalau dapat tengok depan mata sendiri bunga ni

    ReplyDelete
  7. Baru tau nama2 bunga ni semua. Saya paling suka daisy, sebab simple je. But pretty.

    ReplyDelete
  8. sis macam dah salah konsep ni. Kalau wordless wednesday letak gambar je tanpa ayat langsung sebab tu wordless. Tapi nice info tentang bunga ni. Suka dengan bunga blue bells tu. Dah lama teringin nak tanam hydrangea tapi rumah saya tak sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo salah konsep eh hahahaha, okay next posting ubah tajuk lah haha

      Delete
  9. Canteknyaaa Bunga.. nampak indah jer semua.. suka dengan Bunga tapi.menanam belum lg berminat ekekeke

    ReplyDelete
  10. Sejuk hati kalau nampak bunga, i love flowers my favourite is rose and sakura.

    ReplyDelete
  11. Lovely blooms indeed. Wow! I didn't know that begonia can be this beautiful. :)

    ReplyDelete
  12. Memang cantik2 la semuanya. warna pun menaikkan mode yang baik je bila tengok. nice

    ReplyDelete
  13. cantik-cantik semuanya :-)
    sisyat cuma ada rose je..hehe

    ReplyDelete
  14. Cantik-cantiknya bunga-bunga ni... Subhanallah

    ReplyDelete
  15. Cantiknyaaaa bunga terutama yang Beginia tu..kak min suka gak bunga2 ni

    ReplyDelete
  16. you are right, these flowers are incredibly beautiful! so attracted to lily of valley, it's so unique!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers