Posts

Showing posts from December, 2020

EARTH HOME PRODUK RUMAH YANG WAJIB KORANG ADA

Image
Assalamualaikum semua Serangga adalah penyebab utama penyakit dan ketidakselesaan di seluruh dunia. Penyakit yang disebabkan oleh serangga, seperti malaria, boleh menghalang perkembangan ekonomi dan sosial negara. Ini terutama berlaku di kawasan tropika dan sub-tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia. Contohnya penyakit Malaria lebih daripada 300 juta kes setiap tahun dan beberapa juta kematian, yang disebabkan oleh nyamuk Anopheles. Denggi berdarah pun berjuta-juta kes ada yang sehingga menyebabkan kematian disebabkan oleh nyamuk Aedes. Dan banyak penyakit bakteria, virus dan parasit, seperti kolera, disentri, kepialu, kusta, poliomielitis, hepatitis berjangkit, cirit-birit, jangkitan helminthik, dan sindrom hospital yang disebut dipercayai disebarkan secara mekanik oleh lalat, lipas dan perosak lain. Selain daripada risiko digigit serangga, alergi yang berkaitan dengan lipas dan serangan tungau debu rumah juga bahaya untuk kesihatan. Sebuah rumah pasti tak lengkap kalau tak a

MOMEN BAHAGIA 2020 ~ SELAMAT TAHUN BARU 2021

Image
Assalamualaikum semua Rasa masa berlalu terlalu pantas, 2020 dah melabuhkan tabir. Hari ini pembuka tirai 2021 untuk kita lalui seperti sebelumnya. Tahun 2020 banyak yang berlaku, suka duka kehidupan. Yang paling kita semua terkesan semestinya penularan wabak covid yang melanda negara. Semoga kita semua dipelihara dari covid dan Malaysia bebas dari penularan penyakit ini yang dah mengakibatkan banyak kematian diseluruh dunia.  Apa pun yang berlaku, kita perlu tabah menghadapinya. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan, itu janji Allah. Di penghujung 2020 ni nak imbas kembali kenangan yang mengembirakan hati. Yang sedih-sedih simpan rapi takmau ingat dah recap yang gembira saja. hehe DARI CIK KE PUAN Kenangan paling membahagiakan tahun 2020 semestinya direzekikan bertemu jodoh. Alhamdulillah pada 20/06/20 status bertukar juga dari cik ke puan. Syukur sangat, saya ni kira lambat juga berkahwin, tapi takpalah rezeki masing-masing. Allah Maha Bijaksana mengaturkan perjalanan hidup kita. S

CARA MUDAH MASAK SOTONG REX DALAM TIN

Image
Assalamualaikum semua Terdapat banyak makanan dalam tin yang dijual di pasaran sekarang. Selalu kalau masuk hutan antara yang favourite adalah kari kambing atau kari ayam. Itu yang paling senang, dah siap masak tinggal panaskan dan masak nasi je. Masa beli barang dapur haritu, roomate tiba-tiba ke bahagian makanan dalam tin dok meninjau cari sesuatu. Dok pikir apa dia nak beli ni? Kami jarang beli makanan tin kalau kat rumah, sebab memang masak, kalau nak beli pun sardin je. Impian nak masak sardin sendiri suatu hari nanti, taknak guna dalam tin dah. Pelan-pelan kumpul duit beli pressure cooker pulak lepas ni inshaaAllah korang doakan tau, mudahan ada rezeki nak beli. aamiin Alkisahnya roomate tengok group Suami masak apa di facebook dan ada yang kongsikan masak guna sotong dalam tin, dia nampak macam sedap jadi dia pun beli, tapi bukan dia nak masak, saya lah yang kena masak. Dah kita pulak kena getah kan haha  Jangan risau tau, sotong ni halal ye Sotong ni isinya agak kenyal, jadi

Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com

Image
Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020.  Semua blogger dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog MiaLiana.com  /  Like Fanpage MiaLiana.com  / Follow Instagram @mialiana  (mana-mana yang ada) Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI 10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020 . ** jom support Mia Liana....

PAUL PASTRIES ATAU MADAM KWAN'S? PILIHAN MAKANAN DI PAVILLION KL

Image
Assalamualaikum semua Paul Bakery, French pastries Saya peminat pastry, pantang kalau nampak kedai bakery mesti nak singgah beli. Pastry ni walaupun resepi yang sama tapi rasa dia berbeza tau. Saya suka baking roti dan kek, jadi saya sangatlah hargai pastry yang saya makan lagi-lagi yang homemade. Yelah kat rumah ni pun takda breadmaker, buat roti memang uli tangan, kalau yang pernah buat roti tanpa breadmaker akan faham. haha Roti ni lagi lama kita uli, lembut dan kenyal tu kita boleh rasa masa makan tu, sedap je makan kalau roti fluffy.  Okay sebenarnya nak cerita haritu ke Ritz Carlton Kuala Lumpur, kononnya nak ke Valiram Sales tapi barang-barang banyak dah habis. Penyudahnya hanya beli coklat stevia je untuk mak. Jadilah kan ada juga benda yang dibeli. Kemudian terus ke Pavilion untuk Lunch. Sepanjang hidup ni, walaupun dok kat Klang Valley tapi boleh kira dengan jari berapa kali je pernah masuk Pavillion ni. Jangan kata Pavillion, memang jarang sangat lah nak shopping kat area KL

PROMOSI GILER GILER SALES #MYCOOKINGSTORY BERBAKI 4 HARI LAGI

Image
Assalamualaikum semua Kalau korang peminat kitchenware, korang mesti tau tentang #mycookingstory atau lebih mudah disebut MCS yang kini hangat diperkatakan. Manalah MCS tak viral, jual barangan premium tapi harga sangatlah murah. Saya suka guna istilah barangan kayangan dengan harga marhaen. Serius tau korang, rasa macam MCS ni buat amal jariah je, bagi harga promosi murah sangat-sangat, lepas tu siap tawarkan PERCUMA PENGHANTARAN . Dasyat betul lah. Bermula dari 23 November, pihak #mycookingstory adakan GILER GILER SALE sehingga 31 Disember 2020. Berbaki 4 hari lagi, sangatlah rugi kalau korang tak beli set yang ditawarkan oleh MCS sebabnya semua barangan ada diskaun extra 10% jika korang guna promo code MCSBAE sebelum checkout di www.mycookingstory.com Jom tengok antara koleksi GILER GILER SALE #MYCOOKINGSTORY. Ini adalah set paling bestseller. Asalnya saya terjebak dengan MCS sebab tengok Ena hidangkan spagetti dengan mangkuk ni. Memang cantik sangat dan semestinya harga tak m

RESEPI AIR GARAM MAKANAN TRADISI PATTANI GUNA TEMPOYAK

Image
Assalamualaikum semua, Kalau sebut tempoyak semua pun dah tau diperbuat dari durian. Bukan nak cerita pasal tempoyak tapi nak kongsikan resepi yang gunakan tempoyak ni Tempoyak ni kira all time favourite lah, especially ikan patin masak tempoyak. Paling suka bahagian ekor, sedapnyaaaa, menaip ni pun jadi teringin nak makan patin haha Sejak kahwin ni tak pernah masak patin tempoyak dah sebabnya roomate tak minat masak ikan yang tak goreng, lagipun dia tak makan ikan patin. Malas la pulak nak masak seketul dua je kan, so beli je lah. Ikan patin sangkar murah je, tapi kalau makan kat kedai kemain mahal kan? Makan patin tempoyak ni dekat pahang jugak yang sedap. Berbalik pada resepi air garam ni, ini adalah versi sambal tempoyak Pattani style. Kenapa saya cakap Pattani, sebabnya resepi ni dari opah saya sebelah suami, dia orang Pattani dan air garam ni memang jadi kegemaran turun temurun. Masa mula-mula cucu-cucu opah dok mintak buatkan air garam saya ingatkan nasi letak air dan garam haha

BLOGGER SENDU TERSENARAI 100 BLOGGER MALAYSIA

Image
Assalamualaikum semua Menjadi blogger yang memberi manfaat pada pembaca memang niat saya dari awal berblog dulu. Asalnya memang niat nak kongsikan hiking log, boleh la dijadikan panduan untuk para pendaki. Sebabnya menjadi kebiasaan sebelum mendaki, hikers akan membuat sedikit rujukan di internet, untuk study trek, supaya boleh bersiap siaga dari segi fitness, kelengkapan hiking dan mental sebelum menawan puncak gunung. Lagipun ada la juga sedikit kenangan dan boleh buat comparation untuk personal best nanti. Bunyi macam otai hikers otai je kan padahal newbies je haha Alhamdulillah niat untuk menjadi part time blogger, dari hanya untuk berkongsi kisah hiking dan resepi masakan (senang nak cari in future kan) tak sangka pula tersenarai dalam 100 SENARAI BLOGGER MALAYSIA yang ditulis oleh Kak Bella Jamal. Kak Bell ni kaegori otai tau, dah ada buku masakan sendiri, memang inspired sangat. InshaaAllah mudah-mudahan ada rezeki juga nak terbitkan buku sendiri. Kalau korang nak baca artikel y

NUKILANBAE - BONEKA

Image
Assalamualaikum semua, Dah lama tak menarikan pena, berpuisi meluah rasa. Rasa tenang bila dapat hasilkan sesebuah puisi. Setiap puisi yang saya nukilkan, sangat dekat di hati saya. Biasanya ia berlaku disekeliling sebab tu boleh hayati dan terhasillah puisi. Saya suka melihat dan amati apa yang berlaku disekeliling, baik pada keluarga, kawan-kawan atau pun diri sendiri. Sangat rindu nak dating dengan alam semulajadi, sebabnya ilham mencurah-curah bila kita bersatu dengan alam ni.  Dah baca tu, boleh komen agar ada penambahbaikan untuk saya menghasilkan puisi yang terbaik. Manatau kot ada rezeki untuk compilekan semua puisi saya ni menjadi sebuah buku. InshaaAllah. Saja la berangan, rezeki manausia siapa tau kan. Ada rezeki teringin jugak, nak mengikut jejak Rahman Shaari ke, Lim Swee Tin atau Muhammad Haji Salleh. Mak jenin di siang hari. Jom hayati bait-bait nukilan saya bertajuk BONEKA.  Sumber Google BONEKA  Sebermula Sandiwara Dunia,  Perihal Jiwa Yang Tertambat,  Piantan Bukan W

MOVIE REVIEW ~ VERSI TAMIL

Image
Assalamualaikum semua Ada tak peminat filem tamil kat sini? Saya antara top fans movie tamil, telugu, malayalam sebab movie diorang biasanya berdasarkan kisah benar. Saya suka movie berdasarkan kisah benar, kalau buku pun kurang baca fiksyen, tapi kalau fiksyen lebih suka realistik fiksyen, rasa lebih dekat dihati dan cepat sikit nak habiskan baca buku tu haha Harini saja nak review beberapa movie tamil yang saya dah tengok dan semua movie ni berdasarkan kisah benar ye. Mungkin ada yang korang dah pernah tengok kalau belum tengok ha boleh la baca review ni pastu pilih je nak tengok yang mana. Kebanyakkan movie yang saya pilih ni adalah kisah misteri pembunuhan dan penyiasatan, genre macam ni rasa suspen sikit nak tau kesudahannya, kadang tak terfikir kita siapa pembunuh sebenar. Dah jommm baca.. ANKUR ARORA MURDER CASE Pengarah : Sohail Tatari Penulis : Vikram Bhatt, Shagifta Rafique Pelakon : Kay Kay Menon, Visshesh Tiwari, Tisca Chopra IMDb rating : 6.5/10 Sumber Google Filem ni dite