Ad Code

APA BOLEH BUAT DENGAN TAUHU LEMBUT

Assalamualaikum semua

Musim PKPB ni ramai yang bekerja dari rumah termasuklah saya. Taktau la sampai bila kita perlu bekerja dari rumah, harapnya covid akan cepat menghilang dan kita dapat jalankan kehidupan seperti biasa. Bila bekerja di rumah ni, rasa macam banyak pulak masa, yela kan kita dah jimat masa untuk ke office, kalau saya, perjalan pergi tempat kerja satu jam je ergi balik tu kira tak termasuk singgah beli nasi lemak lah, takoyaki lah, tealive lah haha

So, bila rasa macam banyak nau masa, kepala ni mula la pikir macam-macam nak masak padahal rumah ni dua orang je, sapa je la nak makan. Saya suka buat kuih muih dan kek sebenarnya, kira kalau dapat baking tu macam satu terapi untuk diri sendiri. 

Haritu nampak tauhu lembut masa beli barang dapur, terus beli walaupun masa tu taktau lagi nak masak apa haha Dah empat hari dalam peti baru lah ada mood nak masak tauhu lembut tu. Masak pun perlukan mood tau kalau tak masakan kang tak jadi sedap, ye ke? hehe Korang pun mesti pernah beli tauhu lembut kan? Selain masakan biasa, sebenarnya tahu lembut ni boleh diperbagaikan tau. Jom harini saya nak kongsikan, apa je yang boleh dibuat dengan tauhu lembut ni. 

Setiap kali saya beli tauhu lembut, saya paling suka buat Tau Fu Fa. Alkisahnya teringin nak makan tau fu fa, dah lama tak makan, kat area rumah saya ni tau fu fa jual di pasar malam je, jadi baik buat sendiri je la dari nak masuk pasar malam tu. Peniaga pun dah kena rotate, penah pi pasar malam, peniaganya taka ada sebab bukan giliran dia berniaga minggu tu. 

Senang je nak masak tau fu fa ni, jom saya bagi cara-cara masak di bawah:

1. Kukus tauhu lembut sehingga lembut, saya kukus sekitar 30 minit. Walaupun tauhu tu memang dah lembut, bila kita kukus lebih lama, teksturnya akan jadi lebih lembut. 

2. Dah siap kukus boleh la sendukkan tauhu tu macam entuk tau fu fa ke dalam bekas berasingan.

3. Lepas tu, tuang air gula dalam tauhu yang dah disendukkan tu.

Korang boleh masak sendiri air gula, nak air gula hitam ke, putih, pandan, rose ha pilih la sendiri nak warna apa, Kemanisan pun kita boleh adjust sendiri je, kalau suka manis boleh letak gula banyak. Tapi lebih baik kurangkan gula ye, tak baik untuk kesihatan.


Inilah hasilnya, saya buat sebekas kecik tu je nak hilangkan mengidam nak makan tau fu fa

Teksturnya  seakan sama macam tau fu fa tau, kalau makan sejuk-sejuk lagi sedap. Senang dah lepas ni, bila-bila nak makan boleh buat sendiri je. Mudah je nak buat.Saya masak guna air gula hitam je, guna apa yang ada kat rumah je.


Selain tu, korang boleh buat tauhu berlauk dengan menggunakan tauhu lembut. Ada yang guna tauhu biasa tu, tapi guna tauhu lembut tekstur tauhu berlauk akan lebih lembut berbanding guna tauhu biasa tu. Kalau inti kita dalam tauhu tu rasa akan jadi lebih sedap, boleh la jadikan kudapan, buat sarapan pun kenyang tau.

RESEPI TAUHU BERLAUK

Bahan-bahan:

Tauhu lembut
Dada ayam/udang diblender halus
Lobak merah dicincang halus
Daun bawang di potong halus
Garam
Lada hitam
Telur 1 biji

Cara-cara memasak:

1. Blend tauhu lembut, dada ayam, telur sehingga sebat dan halus

2. Gaulkan bersama lobak dan daun bawang, garam dan lada hitam.

3. Masukkan dalam bekas bersegi dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Bila dah keras tu maknanya dah masak.

4. Biarkan sejuk dan potong ikut saiz yang korang nak.

5. Untuk makan tauhu berlauk, lebih sedap jika celup dalam telur dan goreng. Kalau taknak boleh terus goreng tauhu berlauk.

6. Kalau nak frozekan, goreng seketika tauhu berlauk tu tanpa telur. Jangan lama tau, dalam 5 saat setiap bahagian. Tunggu sejuk dan boleh letak dalam plastik atau bekas untuk frozen. Boleh tahan sehingga 3 bulan.

Inilah hasilnya tauhu berlauk saya

Ini tauhu berlauk saya dan jugak nugger tempe yang saya frozenkan

Senang je kan nak buat tau fu fa ekspres dan tauhu berlauk ni. Lepas ni dah boleh tambahkan tauhu lembut dalam list arang dapur korang. Musim PKPB ni adalah masa sesuai nak tambahkan stok frozen, sebab masa kita lebih banyak di rumah.

Dengan kes yang makin meningkat sekarang, saja nak pesan, kurangkan keluar rumah juka tak perlu dan jika keluar jaga SOP yang telah kerajaan tetapkan ye. Kita semua perlu berganding bahu bersama untuk bebas dari penyebaran covid-19.

Selamat mencuba dan stay safe semua!

Post a Comment

32 Comments

  1. Wow the taufu can really be a versatile ingredients to be used in the kitchen right? Thanks for sharing the recipes. Yes, you are right. It is better to stay at home and cook on our own.

    ReplyDelete
  2. Ok yg taufu fa tu memang menarik..so far kak min selalu buat lauk je tak tau leh wat tau fu fa hahah ok nk try la.tqqqqq

    ReplyDelete
  3. Yum!!!!!! I love eating taufu fa. I love the taste. Thank you for sharing your recipe with me.

    ReplyDelete
  4. Senang buat tau fu fa pakai tauhu lembut. Selalu tengok resepi yang leceh-leceh tu and susah

    ReplyDelete
  5. Wah. Mudah je nak buat tau fu fa rupanya. Rawlins pun sejenis gemar makan tau fu fa. Yes - boleh try nie kelak

    ReplyDelete
  6. tengok tau fu fa tu rindu bazar ramadhan. dulu kalau pergi bazar ramadhan, itu antara menu wajib dibeli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..ini Les teringin nak makan la buat sendiri hehe

      Delete
  7. Taufufa buat dari tauhu lembut ke? Masa kecik kecik dulu pernah tengok mak buat taufu fa tu tapi guna kacang soya lepastu dia letak apa tah nk bagi jadi mcm taufu fa tu hehehe..iena tau makan je..masak kurang arif..tau sikit sikit je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang buat dari kacang soya, tapi proses nya susah, ini taufufa ekspress haha

      Delete
  8. Boleh erk dibuat dri tauhu lembut. Hushh bgus. Menjadi macam taufufa.. Kita pun suka makan.. Makan sejuk2.. Yummy. Menarik tauhu berlauk tu.. Boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..Rasa dia memang seakan2. Makan sejuk2 best

      Delete
  9. Terbaikla! terima kasih share resipi ni. Bolehla mengesyorkan kat wife nanti untuk cuba buat pulak. hehehe. Asik beli kat luar je, ni dah ada cara and apa perlu buat, tak payah susah nak bazir, buat je pun boleh.

    ReplyDelete
  10. Taufufa pun Sis suka, tauhu berlauk pun sis suka, memang sis suka makan tauhu.. goreng pun sedap..tapi sejak dh lama tak pi pasar malam, lama sungguh tak makan taufufa tu laa...

    ReplyDelete
  11. Nampak menarik je tau fu fa tu. Tapi tekak marina takleh terima. Hihi

    ReplyDelete
  12. Saya tak berani beli tahu lembut sbb tak reti nak masak, asyik pecah. Thanks for sharing these tips.

    ReplyDelete
  13. Tengok tauhu berlauk tu kemain cantik. Tetiba rasa nak buat jugalah. Boleh jadi snack sihat utk anak nur yg 2 tahun tu. Tq bae utk idea masakan tauhu :)

    ReplyDelete
  14. i love this! i didnt know there are so many things that can be done using soft tofu. thanks for sharing the recipes! ;)

    ReplyDelete
  15. lama betul tak pekena tau fu fa. boleh la cuba buat sendiri nanti. selalu jumpa masa puasa je bnda ni kat kedai.

    ReplyDelete
  16. I love tau hu dishes. haha thanks for sharing this I go to buy them now

    ReplyDelete
  17. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66
    -perang baccarat (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete