Posts

Showing posts from November, 2020

NUKILAN BAE - MY PIECES HEART

Image
Assalamualikum semua Nukilan kali ini adalah antara koleksi poems saya. Sebenarnya saya jarang menghasilkan puisi dalam bahasa english sebabnya penguasaan bahasa untuk saya berpuisi lebih kepada bahasa ibunda. Sesekali cuba untuk menghasilkan kelainan dalam berpuisi. Jika ada kesalahan tatabahasa harap dimaafkan hehe Sumber : Google My Pieces Heart ‘We are Just Friend’ Has Slide, Like I Expected It Would, Everything Is Just In Place, And Hits Me On Time. A Friend Of Mine Once Said, 'Delay Aren't Denials', I Can See Clearly Now, As An Expiry Never Wait, Separation Never Late, Karmic Cycle Keeps Changing, No Matter How Hard You Trying. My Pieces Heart, Just A Literal Separation, After A Lesson Plays Their Part, Makes Us Stronger And Wiser, A Blended You And Me, That Tie Us Forever, In Our Own Beautiful Way. bae@14062019 Puisi ini mengenai sebuah kekecewaan yang menggambarkan hati yang berderai. Lafaz perpisahan yang sudah dijangkakan namun hati selalu menidakkan. Manusia ni s

GIGI PUTIH SEAWAL 7 HARI DENGAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL

Image
Assalamualaikum semua Sesetengah orang kurang ambil berat tentang kesihatan gigi, lagi lah nak ambil tahu tentang kecantikan gigi. Terutamanya pada yang merokok tu kan, boleh pulak biarkan sampai berkarang gigi. Mungkin ramai yang tak tahu arang aktif ni boleh bantu putihkan gigi secara alami. Namun, haruslah ada ilmu ye, bukan main suka hati je gosok gigi guna arang aktif tu. Masih ada yang tak tahu ke apa tu arang aktif?  Arang aktif adalah serbuk hitam halus yang dibuat dari pelbagai bahan semula jadi, seperti tempurung kelapa, lubang zaitun, kayu yang dibakar perlahan, dan gambut. Serbuk menjadi aktif apabila teroksidasi dalam keadaan panas yang melampau. Arang aktif sangat berpori dan sangat menyerap toksin dan bau. Penggunaan arang aktif kini menjadi trend bagi memutihkan gigi dan menyingkirkan bau mulut akibat merokok atau tidak mencuci mulut dengan betul. Tapi, ramai yang kurang yakin dengan penggunaan arang aktif ni kan? Betul ke arang aktif boleh putihkan gigi? Secara teoriny

4 FAEDAH BERMAIN VIDEO GAME YANG MINE BLOWING BERDASARKAN KAJIAN

Image
Assalamualaikum semua Kalau korang tau gambar apa yang kat atas tu, memang tak syak lagi korang adalah gamers sejati. Sejujurnya saya tak berminat nak ambil tahu pasal game, nama game pun saya salah sebut. haha Ada sekali tu sembang-sembang dengan kawan, saya nak cerita pasal game yang viral masa tu lah, saya bagitau, "alahhh game P. U.B.G (sebut huruf tu satu-satu)".  Yang kawan ni terpinga, jenuh dia pikir game apa tu, tak pernah dengar. Pastu dia tanya "maksud hang PubG ke?"  "Ohh itu ke sebutannya." Mengekek la kami bersama haha. Tapi sampai lani saya lebih selesa sebut P. U. B.G rasa sebutan tu lebih sesuai untuk game tu (sukahati je kan haha). Nak cerita sebenarnya saya tak berminat nak ambil tau pasal game ke, play station ke, jenis-jenis game pun memang tak. pernah ambil tau.  Sumber : Google Semalam adik ipar baru beli PS4 Pro, saya suka controller PS4 ni, cantik je dan berseni designnya. Malam tu sakan depa dok main game PES2021, yang taktau tu

MANFAAT BISABOL UNTUK KULIT WAJAH

Image
Assalamualaikum semua, Korang pernah dengar BISABOL tak? Sebelum ni saya pun tak pernah tau pasal Bisabol ni, nama pun dah unik, pada saya la, sebab belum pernah dengar pasal Bisabol ni. Al kisahnya saya baru tukar produk pencuci muka dan nampak Bisabol sebagai salah satu bahan. Jadi rasa nak tau apa dia Bisabol tu kan. Bisabol ni biasanya akan ada pada produk skincare yang menggunakan bahan-bahan natural. Rupanya banyak manfaat Bisabol ni untuk kulit wajah kita.  Sumber : Google Apa itu Bisabol? Bisabol, juga dikenali sebagai levomenol, adalah cecair berminyak pekat, yang merupakan komponen utama minyak pati chamomile. Ia tidak berwarna, namun mempunyai aroma bunga manis yang halus. Walaupun tidak ramai yang mengetahui penggunaannya, ramuan ini telah digunakan selama beratus-ratus tahun sebagai agen penjagaan diri kerana sifat anti-perengsa, anti-radang dan anti-mikroba yang kuat. Secara ringkasnya, ia adalah chamomile. Hanya dalam bentuk yang lebih pekat. Dan dengan manfaat yang lebi

APA BOLEH BUAT DENGAN TAUHU LEMBUT

Image
Assalamualaikum semua Musim PKPB ni ramai yang bekerja dari rumah termasuklah saya. Taktau la sampai bila kita perlu bekerja dari rumah, harapnya covid akan cepat menghilang dan kita dapat jalankan kehidupan seperti biasa. Bila bekerja di rumah ni, rasa macam banyak pulak masa, yela kan kita dah jimat masa untuk ke office, kalau saya, perjalan pergi tempat kerja satu jam je ergi balik tu kira tak termasuk singgah beli nasi lemak lah, takoyaki lah, tealive lah haha So, bila rasa macam banyak nau masa, kepala ni mula la pikir macam-macam nak masak padahal rumah ni dua orang je, sapa je la nak makan. Saya suka buat kuih muih dan kek sebenarnya, kira kalau dapat baking tu macam satu terapi untuk diri sendiri.  Haritu nampak tauhu lembut masa beli barang dapur, terus beli walaupun masa tu taktau lagi nak masak apa haha Dah empat hari dalam peti baru lah ada mood nak masak tauhu lembut tu. Masak pun perlukan mood tau kalau tak masakan kang tak jadi sedap, ye ke? hehe Korang pun mesti pernah

Followers