Posts

Showing posts from September, 2020

STAYCATION JOHOR - HOTEL REVIEW - TRINIDAD HOTEL PUTERI HARBOUR

Image
Assalamualaikum semua Balik dari Batam, saya dan beberapa kawan decide untuk menginap satu malam di Johor. Dah lama jugak tak staycation di Johor, dah alang-alang kan, so why not? Kami turun di Tanjung Pengelih, terus ke Laman Desaru Bistro untuk lunch. Korang boleh baca review makanan di Laman Desaru Bistro kat facebook saya ye. Ni antara menu yang kami makan haritu. Banyak jugak menu yang disediakan. Laman Desaru Bistro menyediakan pelbagai jenis makanan seperti Ala Carte Thailand, Punjabi, Western, Nasi Padang dll. Next time kalau ke sini lagi nak try Punjabi cuisine kat sini. Lepas tu, kami terus ke Puteri Harbour. Kami menginap di TRININAD SUITES PUTERI HARBOUR . Hotel ni sangat dekat dengan Terminal Puteri Harbour, kalau korang nak ke Batam or dari Batam, sangat recommended untuk stay kat sini. Hari yang saya menginap ada 2 biji bas baru datang dari Batam menginap di hotel ni. Lokasi sangat strategik, berbanding tahun sebelum covid, sekarang Puteri Harbour pun dah happenin

RESEPI KARI DAGING KAMBING DAN REBUNG IBU MERTUAKU

Image
Assalamualaikum semua Sebelum nak cerita resepi suka untuk saya kongsikan khasiat rebung. Mungkin tak semua tau apa itu rebung. Kalau korang nak tau, rebung adalah pucuk buluh yang masih muda dan lembut serta boleh dimakan. Rebung ni merupakan sejenis sayuran, yang memiliki pelbagai kandungan nutrisi di dalamnya seperti karbohidrat, protein dan dua belas asid amino penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Sebelum memasaknya, adalah sangat disarankan untuk merebusnya atau merendamnya di dalam air selama semalaman kerana dikhuatiri ada spesies yang mengandungi sianida, yang boleh disingkirkan melalui rebusan atau rendaman.  Antara khasiat rebung adalah : 1. Membantu mencegah kanser sayuran ini juga mengandungi phytonutrients dan chloropll. Phytonutrients berfungsi sebagai antioksidan yang sangat kuat manakala chlorophyll mampu membantu menghalang mutasi sel. 2. Membantu merendahkan kolesterol Sayuran ini mengandungi serat yang sangat tinggi sekali gus menjadikannya sebagai

TRIP HIKING 2 HARI 1 MALAM DI GUNUNG SARUT, TERENGGANU I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua  Terengganu merupakan sebuah negeri yang indah dan terkenal dengan kecantikan pulau yang ada di negeri Darul Iman itu, Namun, ramai dari kita yang tak tau Terengganu juga terdapat Gunung-gunung yang mana tersembunyi air terjun yang indah di dalamnya, hanya dengan mendaki sahaja kita dapat sampai ke sana. Salah satunya adalag Gunung sarut yang terletak di Lata Payung, di daerah Setiu, Terengganu. Gunung Sarut mempunyai ketinggian 2000m dengan jarak 30km. Gunung Sarut terkenal dengan dengan keindahan Blue pool, iaitu air terjun yang jernih dan berwarna biru. Memang teruja sangat nak hiking ke sini.  Untuk trip kali ini, saya mengikuti trip bermalam, dan dah tentu lah saya pergi masa hujung minggu. Trip yang saya ikut sediakan bas dari Kuala Lumpur ke Terengganu, kiranya kos trip termasuk pengangkutan, permit, makan dan pengurusan. Seramai 40 orang line up, kami menaiki bas dari LRT Gombak pada jumaat malam dan tiba di Setiu keesokkan paginya.  Selepas ration dia

PEMBELIAN GAS ONLINE LEBIH MUDAH DENGAN BELIGAS.MY

Image
Assalamualaikum semua Zaman teknologi kini, orang kata semua benda boleh beli secara online. Jangan tak percaya, gas pun dah boleh beli secara online tau. Saya pun baru je tau pasal platform BeliGas.my yang menawarkan pembelian gas murah dan mudah secara online. Pengalaman saya sendiri, pernah masa tengah masa gas pula habis, bila call kedai kadang pekerja tak ada nak hantarkan. Tapi kini, dah tak perlu tunggu lama untuk dapatkan gas, boleh order awal untuk penghantaran keesokkan hari, yang penting murahhhh. BeliGas merupakan platform pembelian gas secara online yang berpusat di Seri Kembangan. Berita baik untuk korang yang ada di Lembah Klang, BeliGas mempunyai 67 lokasi servis di Lembah Klang, jadi jangan risau kalau korang tinggal kat Ampang pun, penghantaran tak akan ambil masa lama. KENAPA PERLU BELI GAS DARI BELIGAS.MY 1. Harga Terjamin  Kami menjamin harga seperti yang kami tawarkan di laman web kami apabila sampai ke pintu premis anda. Harga kami meng

ELAK KEROSAKAN GIGI DENGAN YUNNAN BAIYAO

Image
Assalamualaikum semua Penjagaan gigi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita kan makan setiap hari, dah tentulah sisa makanan yang melekat di celahan gigi dan perlu dibersihkan bagi menjaga kesihatan gigi. Selain mendapatkan pemeriksaan doktor gigi setiap enam bulan sekali, kebersihan gigi amatlah penting dan perlu diterapkan dari kecil lagi. Korang tau tak apa punca-punca kerosakan gigi? 5 PUNCA UTAMA KEROSAKAN GIGI 1. Kurang penjagaan kebersihan mulut. Gigi hendaklah dibersihkan sekurang-kuranganya dua kali sehari selain membersihkan lidah, dan menggunakan ubat kumur. Pemilihan ubat gigi juga penting tau, nanti saya huraikan kat bawah. 2. Pemakanan yang tidak sihat Makanan yang mengandungi gula dan karbohidrat dan asid yang tinggi antara penyebab kerosakan gigi. Kita perlu makan makanan yang sihat bagi menjaga kesihatan gigi. 3. Mulut kering Air liur sebenarnya diperlukan bagi menghalang pembentukan plak, jadi kalau mulut korang kering, gigi akan mudah rosak. Jadi, minu

Followers