Ad Code

RESEPI POPIA SARDIN MUDAH


Assalamualaikum semua

Harini saya nak kongsikan resepi popia sardin atau omputih kata sardin roll. Popia ni korang boleh buat dan frozenkan, kalau tetiba ada tetamu datang rumah takda lah tuan rumah kalut nak fikir apa nak hidang, sepantas kilat boleh buka peti ais dan gorengkan je untuk tetamu. Korang boleh jimat jugak kalau sendiri nak makan pun, ni tak hari-hari nak beli kudapan, bazir je beli kat luar. 

Untuk buat popia ni haruslah buat inti dulu. Buat inti awal sebab kita perlu sejukkan inti sardin ni sebelum kita nak balut dengan kulit popia. 


Bahan-bahan inti sardin:

1 tin sardin
2 biji ubi kentang di potong kecil
1 biji bawang besar di mayang
1 biji bawang putih di mayang
1 inci halia di mayang
3 biji cili padi (letak lebih kalau nak pedas) 
2 sudu cili boh (cili kering yang di blend)

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau dan masukkkan cili boh.

2. Bila cili boh nampak dah garing, masukkan kuah sardin dan ubi kentang.

3. Masak sampai kentang separuh lembut, kemudian, masukkan ikan sardin dan cili padi. Hancurkan ikan sardin tu dan masukkan garam/secukup rasa/gula ikut citarasa korang.

4. Masak sampai sardin betul-betul kering, kalau kuah tu ada nanti kulit popia akan koyak.

5. Bila inti sardin dah sejuk, boleh lah balutkan dengan kulit popia. Letak inti kat bahagian tengah dan gulungkan. Lekatkan hujung kulit popia dengan bancuhan air dan tepung gandum supaya bila goreng, kulit popia tak terbukak.


Ni bentuk bila dah gulungkan popia tu, makesure korang betul-betul toskan inti sardin tu ye, bila sardin b=masih berkuah or berminyak, kulit popia akan mudah terkoyak. Mudah je kan? Boleh la korang cuba nanti, buat stock kuih frozen kat rumah. 

Selamat mencuba!

#LockoutProject

Post a Comment

22 Comments

  1. wahhh sedapp nyaa tgk gmbar..terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. buat sendiri sumbat inti banyak2 haha

      Delete
  2. woow...so sedap looking popiah, am now craving hungry for :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Yum!!!!!!! Nampak sedap sgt popia sardine nie. Tringin nak try. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya awak memang fav kita ni tapi selalu guna roti bila tengok guna popia dalam resepi ni dah dapat bayangkan mesti lagi sedap dengan kerangupan popia selepas digoreng kan hee thanks share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna roti pun sedap. nanti nak buat lah hehe

      Delete
  5. Sedapnya popia ni. Nanti nak cuba buatla. Nampak pun simple jer

    ReplyDelete
  6. Owh mudah hendak buat boleh cari bahan-bahan mentah dan mencuba resipi makan bila hujun mnggu kan. hehe. Terima kasih berkongsi resipi ini. mantap!

    ReplyDelete
  7. suka sardin, so popia ke roti ke yang inti sardin.. memang wajib belajar resepinya

    ReplyDelete
  8. fav zul ni, tapi selalu tambah isi daging n ayam sekali heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke, nanti nak try tambah daging. macam sedap je

      Delete
  9. owhhh baru tahu kalau inti tu berminyak n berkuah dia akan memudahkan kulit popiah tu terkoyak.nice sharing n nice tips. boleh cuba buat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, apa2 inti pun untuk popia kena makesure kering betul2

      Delete
  10. wuuu sedap ni. nanti boleh cuba buat :) thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. Oh yumsss... i think i tried to do this before but i use kentang kari instead of sardin.

    ReplyDelete