Ad Code

UJIAN KEHAMILAN DIRUMAH SECEPAT 3 MINIT DENGAN ALLTEST EARLY DETECTION

Assalamualaikum semua

Ramai yang belum tahu saya adalah pengantin PKP. hehe Merasalah nikah di pejabat agama je, walaupun tak sama seperti perkahwinan yang diimpikan, takpelah Alhamdulillah dah berkahwin dan sedang melayari alam perkahwinan. Doakan saya dan suami sentiasa menyayangi kerana Allah ye. Bagi pasangan yang berkahwin, dah tentulah mengimpikan cahaya mata yang soleh solehah, inshaaAllah. Begitu jugalah saya, dan daripada pembacaan dan ilmu yang dikongsikan oleh kawan2 yang dah berkahwin, saya pun haruslah mula mencari ujian kehamilan di rumah yang terbaik. 

Terdapat pelbagai jenama bagi ujian kehamilan di rumah atau dikenali sebagai UPT (Urine Pregnancy Test) dimana beberapa ujian kehamilan di rumah dikatakan dapat mengesan jika korang hamil atau tidak sehingga lima hari sebelum haid anda akan bermula. Betul ke? Haa betul lah tu. 

Kalau korang nak tau, ujian kehamilan di rumah menggunakan hormon chorionic human gonadotropin (hCG) untuk mengesan kehamilan, dan ada yang lebih sensitif terhadap hCG daripada yang lain. Oleh itu, beberapa ujian berfungsi lebih awal apabila anda kurang hormon, sementara yang lain tidak akan menunjukkan positif sehingga kemudian apabila anda mempunyai jumlah yang lebih tinggi. 

Bagaimana Ujian Kehamilan Berfungsi? 

Melalui pembacaan saya, apabila telur disenyawakan, badan kita akan mula menghasilkan hCG. Semasa awal kehamilan, tahap hCG meningkat dua kali ganda setiap dua hingga tiga hari dan memuncak menjelang akhir trimester pertama. Ujian kehamilan akan mengesan berapa banyak hCG yang terdapat dalam air kencing korang. Tapi, mesti ramai yang tanya (termasuklah saya sendiri) , seberapa tepat Ujian Kehamilan ni? Secara amnya, ujian kehamilan di rumah lebih tepat bilamana kita buat ujian pada waktu yang sesuai dan bertepatan. Maksudnya kita membuat ujian kehamilan selepas hari sepatutnya kita datang haid. Tapi walaupun boleh membuat ujian kehamilan lebih awal ia tidak bermakna korang boleh buat UPT seawal selepas hari ovulasi ye, besar kemungkinan korang akan mendapat negatif palsu dn perlu buat semula UPT. 

Berbalik pada alat UPT yang dicari-cari, akhirnya saya jumpa jenama UPT yang dipercayai iaitu AllTest Early Detection. Yang bestnya AllTest Early Detection ni senang sangat nak guna, lepas tu keputusan dalam 3 minit je tau, dan semestinya ketepatan keputusannya adalah 99% .


Cara penggunaan:

1. Keluarkan kit ujian dari plastik foil dan uji segera dalam satu jam

2. Buka penutup pada kit ujian dan letakkan bahagian hujung kit tu pada air kencing, korang boleh alirkan air kencing pada bahagian hujung kit tu atau boleh letakkan di dalam bekas air kencing yang bersih agar ia dapat menyerap dan biarkan selama 15 saat.

3. Kemudian, korang tutup semula penutup kit ujian dan dan letakkan di atas meja yang bersih.

4. Baca keputusan selepas 3 minit.

Seperti dalam gambar kat atas korang boleh nampak keputusan untuk positif akan ada dua garisan (terang/kabur), jika hanya terdapat satu garisan (pada C) bermakna keputusan adalah negatif dan jika terdapat satu garisan (pada T), ia adalah tidak sah. 

AllTest Early Detection pilihan saya

Untuk makluman lanjut dan pembelian korang boleh layari:

Instagram: 
https://instagram.com/longtravellove

Facebook page: 
https://www.facebook.com/longtravel8

Shopee Shop: 
https://shopee.com.my/longtravel

Lazada Shop: 
https://www.lazada.com.my/shop/alltest/


Post a Comment

50 Comments

  1. klu pengantin pkp, means baru kawen la :)
    selamat pengantin baru and hopefully the 3rd one will come soon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kahwin masa pkpp, alhamdulillah walaupun postpone sebab pkp. terima kasih atas doa

      Delete
  2. Alhamdulilah, tahniah Bae...moga kekal bahgia ke Jannah dan dipercepatkna menimamg cahaya mata ya...

    ReplyDelete
  3. wahhh pengantik PKP yer....pengalaman seumur hidup dan rare. Harap tak terlambat nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.

    majlis tu takper yang penting buat yang wajib. Pregnant test tu memang wajib ada stok kat rumah kalau dululah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. sekarang memang stock up kat rumah hehe

      Delete
  4. First time dengar brand jenama kehamilan ni. Boleh rekomen pd mrk yg memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time. not bad. share tau nanti

      Delete
  5. Wahhh tahniah pengantin PKP !! 🤗 Semoga berkekalan hingga ke syurga. Xper, asalkan dah halal, itu yg penting. Semoga cepat2 dikurniakan zuriat ya

    ReplyDelete
  6. tak semua alat ujian kehamilah boleh detect awal, kan! Good sharing ;) And selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. if boleh detect awal, why not kan. terima kasih

      Delete
  7. Perkongsian yang sangat bagus untuk sape2 yg akan menimang cahaya mata.. Apa2 pun tahniah atas perkahwinan sis. Semoga berbahagia

    ReplyDelete
  8. Tahniah dah bernikah. Saya rasa lebih suka cara nikah masa PKP. Jimat banyak kos dan kita ada simpanan untuk enjoy dengan husband. Deko rumah ke, masak-masak sesama, subscribe netflix dan macam-macam lg. Hehehe. Syukur dapat peluang gitu tau. UPT ni, pada peringkat awal nak detect tu, lepas bangun tidur terus pi kencing dan cek. Sebab protein dalam air kencing kita banyak utk support HCG. Kalau positif Alhamdulillah. Kalau tidak, sabar k. Cuba lagi. Lepas dah positif, akak suka beli Clear Blue Digital UPT tu. Kat situ bleh tahu berapa minggu dan bulan. Excited kan? Hahaha. Then awak download apps theAsianparent untuk track baby progress, pregnancy journey. Nah akak bg url. Hehe

    Download 'theAsianparent' app. Asia's largest parenting network chosen by more than 30 million parents.
    https://theasianparent.page.link/6TGZoMxismyGg2vv5

    ReplyDelete
  9. Selamat Pengantin Baru ye. Tak kisah la Pengantin PKP ke apa ke janji yang wajib tu dah selesai. Tapi kahwin masa PKP jimat banyak kan?. Alhamdulilah. Moga dikurniakan kebahagiaan sehingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jimat aamiin atas doa. terima kasih tauu

      Delete
  10. can buy this to leep at home.. but kinda tired for the negative result.. well.. hopefully coming month i will have good news!!

    ReplyDelete
  11. Pengantin PKP.. senang jimat belanja semua.. semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  12. First of all, congratulations on your recent marriage. Syukur Alhamdulillah, you dpt juga rezeki utk menikah. All the best in your married life. Semoga dimurahkan rezeki ya.

    ReplyDelete
  13. Congrats on your marriage! Selamat menempuh alam perkahwinan. Nak komen banyak bab pregnancy test ni tak reti sebab bujang lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin. nanti sampai la jodoh awak inshaaAllah

      Delete
  14. menarik ujian kehamilan ni sbb dia boleh beritahu ujian dengan pantas. btw selamat pengantin baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. 3 minit je dapat result. terima kasih ayu

      Delete
  15. Tahniah Bae! Lepas ni travel sesama dengan husband lah kan. Ingatkan tadi dah double line :D *InshaAllah*

    ReplyDelete
  16. Tahniah di atas pernikahan ye. InsyaAllah akan kekal ke Jannah. And all the best with the test ye.

    ReplyDelete
  17. Wah. Selamat pengantin baru. Bestkan kahwin masa PKP ni. Tak perlu jumpa makcik2 bawang haha. InsyaAllah test ni result cantij tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin terima kasih. mudahan2 cantik la result lepas ni

      Delete
  18. Selamat pengantin baru bae. Btw, betul ke org cakap upt tu boleh digunakan untuk test hiv juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh. upt hanya detect level hcg je.. terima kasih lh

      Delete
  19. Selamat pengantin baru bae.. Pengalaman kawin masa pkp.. Tahniah bae.. Ujian kehamilan ni memang banyak.. Ikut mana rasa bagus.. Menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan terlampau banyak brand upt. taktau nak pilih mana. heheyang ni macam bagus tu yang try

      Delete
  20. Tahniah pengantin PKP, doakam saya juga. Nanti boleh try test kehamilan ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah untuk awak juga. moga kita sama2 pregnant lepas ni

      Delete
  21. wahh selamat pengantin baru..kawan iena pun merasa jugak menikah kat pejabat agama..senang ade pregnancy test mcm ni

    ReplyDelete
  22. Selamat Pengantin PKP, sokong pun kawin time ni sgt jimat and semoga cepat dpt baby

    ReplyDelete
  23. selamat pengantin baru bae..nice sharing especially untuk yang pengantin baru..mudah nak check early pregnancy sebelum pergi ke klinik untuk pengesahan lanjut if positive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sebab tu now stock up upt kat rumah hehe

      Delete
  24. Ya its better to get a test that cuba guess samaada hamil ke tidak. Plus this one is easy to use too.

    ReplyDelete
  25. Tahniah awak. Pengantin PKP rupanya. saya pulak pengantin sebelum PKP. hehe :) All Test Pregnancy Test ni nampak mahal sgt dia punya packaging hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak je mahal tapi harga reasonable sangat.

      Delete