Posts

Showing posts from August, 2020

VIT'S KAN ADA, MERIAHNYA RAYA

Image
Assalamualaikum semua Bulan Ramadan sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia pasti teruja nak sambut bulan mulia walaupun kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) dan masih belum dapat merentas negeri. Syukur kita semua masih dapat menunaikan ibadah terawih di masjid dan surau dengan SOP yang ketat berbanding tahun lepas kita semua hanya di rumah. Bazaar Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung masing-masing untuk menyambutAidilfitri bersama keluarga tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaandah bagi sedikit kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan ye. Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena menyambut Ramad

RESEPI POPIA SARDIN MUDAH

Image
Assalamualaikum semua Harini saya nak kongsikan resepi popia sardin atau omputih kata sardin roll. Popia ni korang boleh buat dan frozenkan, kalau tetiba ada tetamu datang rumah takda lah tuan rumah kalut nak fikir apa nak hidang, sepantas kilat boleh buka peti ais dan gorengkan je untuk tetamu. Korang boleh jimat jugak kalau sendiri nak makan pun, ni tak hari-hari nak beli kudapan, bazir je beli kat luar.  Untuk buat popia ni haruslah buat inti dulu. Buat inti awal sebab kita perlu sejukkan inti sardin ni sebelum kita nak balut dengan kulit popia.  Bahan-bahan inti sardin: 1 tin sardin 2 biji ubi kentang di potong kecil 1 biji bawang besar di mayang 1 biji bawang putih di mayang 1 inci halia di mayang 3 biji cili padi (letak lebih kalau nak pedas)  2 sudu cili boh (cili kering yang di blend) Cara-cara: 1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau dan masukkkan cili boh. 2. Bila cili boh nampak dah

UJIAN KEHAMILAN DIRUMAH SECEPAT 3 MINIT DENGAN ALLTEST EARLY DETECTION

Image
Assalamualaikum semua Ramai yang belum tahu saya adalah pengantin PKP. hehe Merasalah nikah di pejabat agama je, walaupun tak sama seperti perkahwinan yang diimpikan, takpelah Alhamdulillah dah berkahwin dan sedang melayari alam perkahwinan. Doakan saya dan suami sentiasa menyayangi kerana Allah ye. Bagi pasangan yang berkahwin, dah tentulah mengimpikan cahaya mata yang soleh solehah, inshaaAllah. Begitu jugalah saya, dan daripada pembacaan dan ilmu yang dikongsikan oleh kawan2 yang dah berkahwin, saya pun haruslah mula mencari ujian kehamilan di rumah yang terbaik.  Terdapat pelbagai jenama bagi ujian kehamilan di rumah atau dikenali sebagai UPT (Urine Pregnancy Test) dimana beberapa ujian kehamilan di rumah dikatakan dapat mengesan jika korang hamil atau tidak sehingga lima hari sebelum haid anda akan bermula. Betul ke? Haa betul lah tu.  Kalau korang nak tau, ujian kehamilan di rumah menggunakan hormon chorionic human gonadotropin (hCG) untuk menge

Mudahnya shopping di PGMall dengan C-Wallet dan Grabpay

Image
Assalamualaikum semua  Zaman teknologi sekarang semua benda pun kita boleh beli online. Saya pun selalu beli online je, barang dapur pun beli online. Terdapat banyak platform e-dagang untuk korang semua shopping kini. Shopping online ni lebih mudah, dan sangatlah jimat masa, yang penting tak perlu nak bersesak-sesak di kedai, lagi-lagi time covid ni kan, #dudukrumah dan boleh membeli guna phone je.  Kalau korang pembeli online yang tegar, korang mesti tau PG Mall  platform e-dagang No 1 di Malaysia dimana PGMall menawarkan barangan kecantikan, pakaian, barangan elektrik, barang sukan, keperluan harian sehinggalah barangan dapur pun ada tau. PGMall ni ditubuhkan pada tahun 2017, merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. Menurut laporan laporan Iprice insight PGMall juga menduduki tempat ketiga teratas bagi laman web e-dagang tau. Korang boleh tengok laporan tu kat sini 50 e-dagang teratas di Malaysia. Yang paling best PGMall menerima pembayaran secara c-wallets

Followers