SIRI MI GORENG ITALI VIT PASTI MENYERLAHKAN HARI NATAL ANDA

Image
Rawang, 10 December 2021 - Hai, Pencinta Mi Vit! Ayuh sambut bulan Disember dengan meriah kerana kita pasti merasai semangat percutian! Krismas akan datang dan tidak ada kaedah yang lebih hebat untuk menikmati musim riang ini selain dengan beberapa makanan dan pastri Krismas. Tambahan pula, tiada apa-apa yang terngiang-ngiang dalam sorakan yang meriah seperti hadiah dan makanan Krismas, jelas sekali! Tahukah anda Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd bermula sebagai syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara beransur-ansur menceburi industri mi segera. Sejak pengembangan dan dengan orang yang terbaik dalam tangan, keupayaan dan sumber kami telah memperkasakan kami lebih dekat untuk menjadi pakar mi pilihan dunia yang menandakan piawaian global dalam nilai pemakanan, kualiti dan perkhidmatan. Krismas ialah musim yang ajaib dan dengan membeli produk Vit, anda benar-benar dapat merasakan jiwa Krismas! Vit's Noodles dengan sukacitanya akan memperkenalkan kepada anda tentang s

RESEPI AYAM BUTTERMILK PALING MUDAH


Assalamualaikum semua

Sempena ramadhan ni ibu-ibu lah yang paling sibuk di dapur dan selalu cari idea apa nak di masak untuk berbuka untuk keluarga tersayang. Saya pun setiap hari akan tengok apa yang kawan-kawan masak, dapat lah idea untuk masak berbuka nanti. Saya biasanya hanya akan masak sejenis lauk dan  satu portion sayur, kadang-kadang masak satu je lauk yang campur sayur macam paprik. dasar pemalas kan haha Al-maklumlah berbuka seorang diri, masak banyak kang tak habis pulak. Biasanya lauk-lauk yang saya pilih tu mestilah mudah nak masak dan bahan tak banyak, haha itu antara kriteria lauk pilihan saya. 

Ayam buttermilk ni antara lauk yang sangatlah mudah nak masak, bahan-bahan pun tak banyak, kira dah cukup kriteria lauk pilihan saya hehe. Kalau menu buttermilk ni, saya suka kalau ada rasa creamy dari campuran cheese dan susu tu. memang sedap jadi tak rugi kalau korang cuba. Jom saya share bahan-bahan dan cara memasak ayam buttermilk ni.

Bahan-bahan:

Dada ayam (dipotong kecil)
Tepung serbaguna 
Daun kari
Cili/Cabai (di hiris)
Bawang putih (di cincang halus)
Margerin/Planta
Susu cair/susu fresh
Cheese

Cara memasak:

1.Gaul ayam yang di potong dengan tepung serbaguna. Terpulang nak guna tepung bestari ke atau apa-apa brand pun boleh. Saya gunakan brand tepung dari Indonesia. Memang dah jadi habit kalau travel, mesti beli rempah-rempah di negara tu.

2. Ayam yang dah digoreng tu ketepikan dulu. Kemudian, cairkan planta.

3. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga garing.

4. Masukkan susu dan reneh seketika dan masukkan cheese.

5. Bila cheese dah cair, kuah akan jadi sedikit likat, masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Boleh di hidangkan.

Saya potong ayam size macam dalam gambar. Tak terlalu kecil.

Rupa ayam yang dah digoreng

Tumis jangan sampai hangit ye, bawang putih cepat hangit, so api sederhana je

Bila dah masukkan susu
Reneh seketika bila dah masukkan ayam
Siap dihidangkan. Sedap makan panas-panas

Selamat mencuba!








Comments

  1. Aduh sedapnyaa...lagi plak banyak kuah macamtu, menjilat bersudu makan sampai licinn...nak gak le nanti buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja buat berkuah sedap sikit meratah nanti

      Delete
  2. Selalu kalau buat buttermilk ayam ni mesti failed, tak tahu lah apa yang tak kena.

    ReplyDelete
  3. Wohoho sedapnya. Hari tu baru buat butter prawn. Cuba-cuba. jadi sedap pulak! Hahaha. Nanti nak buat ayam plak. nyummmmyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh butter prawn pun sodappp nanti nak buat lah

      Delete
    2. jom buat. memang sedap. hahaha

      Delete
  4. mmg fav anak menu ni tp dia suka lagi udang buttermilk dari chicken buttermilk

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja buat ayam ritu, nanti nak try udang plak

      Delete
  5. sedapnyaa ayam buttermilk.. suka makan tapi tak suka masak sebab pernah buat tapi failed haritu hahah

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap tapi mcm tak berani nak cuba sebab tak suka cheese hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak suka cheese, letak sikit je, just nak likatkan kuah je, tak terasa pun cheesenya

      Delete
  7. Perghh nasib baik tengok lepas berbuka, kalu x terbayang bayang..hehehe. Fav sis ni, tak kisahle letak ayam ke udang ke, kalau jenis masak mcm ni memang sis suka

    ReplyDelete
  8. Senang dan mudah je rupanya. Nampak sedap tu.

    Boleh la Matdrat try sendiri lepas ni

    ReplyDelete
  9. Rasanya resipi Buttermilk Chicken ini dalam bulan puasa ini, dah 3 kali dok ulang. Anak-anak tak jemu makan.

    ReplyDelete
  10. Dari nak buat ayam, tak jadi . Nak buat pulak udang, pun tak jadi. Tengok resepi Bella ni mcm senang je pulak

    ReplyDelete
  11. Nampak menyelerakan Bae... tak sangka pulak agak senang rupanya nak disediakan... bahan-bahan pun mudah nak didapatkan... insyaAllah balik rumah nanti nak cubalah... thanks for sharing the recipe ya...

    ReplyDelete
  12. sedap ni, sis.
    pernah buat sekali je kat rumah ni.
    sebab asben x brape makan. dia tu nak yg pedas2 aje.
    tapi aida suka. lemak lemak nyer tu, yum yum.
    couple kan la dgn sambal belacan or kicap cili. ummph!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah, sedap kalau letak cili sikit, dia lemak2 tapi pedas gittew

      Delete
  13. TB tak pernah masak ayam buttermilk.. rasa nak try tapi tak tahu hubby makan ke tak.. risau dah masak tak kena pada tekak dia.. hahaha.. tapi kalau tak cuba mana tahu kan.

    ReplyDelete
  14. Resepi ni memang mudah nak buat tapi paling sedap nak makan kan? haha.. saya pun ada share resepi buttermilk ni kat blog saya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers