Ad Code

RESEPI BISKUT NESTUM SUKATAN CAWAN


Assalamualaikum semua

Selamat berpuasa untuk semua. Walaupun PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei, kemeriahan bulan puasa tak lengkap tanpa persiapan raya, antaranya biskut raya. Tempoh PKP ni, ada baiknya kita manfaatkan dengan buat sendiri biskut rasa, mana tahu kan ada bakat terpendam buat biskut hehe. Boleh lah azam buat sendiri biskut raya tahun ni boleh juga berjimat kan. Jom saya kongsikan resepi biskut nestum yang paling mudah, hanya guna 8 barang je.

Bahan bahan A:

1 cawan tepung gandum
1 cawan nestum di kisar halus
1 setengah sudu kecil tepung penaik
1 cawan nestum - untuk di salut kemudian


Bahan-bahan B:

setengah cawan mentega
setengah cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A

Cara-cara buat biskut nestum:

1. Campurkan dan ayak semua bahan A (kecuali nestum untuk disalut kemudian), dan ketepikan.

2. Gaulkan gula dan mentega, boleh guna hand mixer je kalau adunan sikit. Jangan sampai kembang, cukup sekadar gula sebati dengan mentega.

3. Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi sampai betul-betul sebati.

4. Masukkan tepung dan gaulkan. Gaul guna tangan je, tak perlu pakai mixer.

5. Balut doh dengan plastik dan masukkan dalam peti ais (chiller) selama 30 minit.

6. Boleh bentukkan doh dan salutkan dengan nestum. Saya bulatkan kecil-kecil lepas tu saya tekan je dengan garpu. 

7. Bakar 150 celcius selama 15 minit. (Korang adjust ikut oven masing-masing ye, sebab watt oven tak sama. Biarkan sejuk baru masuk dalam balang tau.


Inilah hasilnya. Jika kita bentukkan kecil-kecil boleb dapat 95biji. 1 balang kecil ni muat saya letak 75 biji je. 

Selamat mencuba! 

#LockoutProject


Post a Comment

39 Comments

  1. tahun lepas buat dah biskut ni..jadi keras tapi still sedap makan sebab rangup. Boleh la tahun ni try plak ikut sukatan macam ni..hope menjadilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukatan cawan biasa lebih mudah. selamat mencuba

      Delete
  2. Senang je rupanya buat biskut ni. Tengok orang lain semua biskut ni mesti mwnu wajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat biskut yang mudah2 je time pkp ni hehe

      Delete
  3. Boleh cuba ni kat rumah buat masa tengah free ni. nampak macam okay je

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, resepi pun senang dan mudah aje yekk..boleh cuba ni nanti ..

    ReplyDelete
  5. Yummy cookie Raya for the whole family! I like to make cookie because the whole family can enjoy together ya

    ReplyDelete
  6. Mudah juga buar biskut nestum ni ek. Mesti kanak2 suka makan... nak try tapi emak2 lak tak minat jd klu budak2 ni beli je hihi..

    ReplyDelete
  7. mudah je ekk. bahan pun mudah cari kat kedai dedekat ni.
    tapi tu la. aida da buat keputusan utk tak buat biskut thn ni.
    concentrate on buat kek or roti, sis. anak2 x brape makan biskut raya.
    tetamu pun nanti this year, ntah ada ntah takde, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cari resepi yang mudah2 je untuk buat hehe

      Delete
  8. Sennag saja nak buta biksut nestum ni kan. Sebelum ada juga buat biskut raya. Tahun ni tak pasti lagi kerajinan nak buat biskut ada ke tidak

    ReplyDelete
  9. Biskut ini tak pernah miss lagi nak buat. Enak dimakan begitu sahaja, krup krup krup rasanya. Tahu-tahu dah setengah botol makan. Tahun ini tak tahu buat ke tak. ;(

    ReplyDelete
  10. Simple je bahan-bahan nak buat ni. Saya antara manusia yang suka makan nestum. Boleh cuba biskut nestum resepi mudah ni. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. Sedap tu biskut nestum, rajinnya buat biskut kak pun lg suka sukat guna cwn klu pakai timbang mmg xjd lah jwbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bae tak da scale untuk baking kak, apa2 resepi memang sukatan cawan

      Delete
  12. Yeay ada projek buat biskut favourite dah lepas ni. Thanks share resipi biskut ni bae 😍

    ReplyDelete
  13. biskut ni dalam list akak. memang nak buat. sebab senang. anak confirm makan. hehehe

    ReplyDelete
  14. This looks easy ! Since I have nothing to do~ I am gonna bake cookies too! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  15. Mudahnya bahan-bahan dia. TEringin nak buat tapi iena dok bujang takde oven..ade microwave je :D
    boleh ke bakar dalam microwave :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bakar guna dapur gas sebenarnya. ada teknik dia.

      Delete
  16. Haha ni kunyah sendiri. Takde yang datang rumah nak makan biskut ni.
    Singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, sendiri buat sendiri makan haha

      Delete
  17. Nampak macam senang ni. Bolehlah cuba nanti jadi ke tidak. Tq share resepi

    ReplyDelete
  18. Cantik kejadian die..
    tapi sedih xde oven xboleh cuba..

    ReplyDelete
  19. Sedap nampaknya biskut Nestum tu. Kuih macam ini kalau sedap memang tak sempat sampai raya nanti.

    ReplyDelete
  20. I tried to make my own nestum cookies also, its so so crunchy and nice.

    ReplyDelete