Ad Code

RESEPI AYAM POPCORN CHEESE


Assalamualakum semua

Tengok gambar tu terliur kan? Resepi ni mudah sangat, kira pejam mata pun boleh buat. Kalini saya nak kongsikan resepi mudah. Resepi ni saya ubah sikit dari yang asal sebab konsepnya guna apa yang ada di rumah. Popcorn cheese sesuai makan sebagai kudapan, ala-ala western snack. Sesekali ubah la selera sikit, takkan asyik nak masak cucur je kan, kita ubah selera sikit kali ni.

Bahan-bahan A:

1 Dada ayam dipotong dadu (Saiz sederhana) 
Tepung serbaguna (apa-apa brand pun boleh) 
Putih telur (Tapi saya guna kuning telur) 
Breadcrumb (Saya guna nestum sebab itu je yang ada kat rumah) 

Cara nak masak mudah je, 

1. Gaul ayam dengan tepung serbaguna

2. Lepas tu, gaulkan ayam dengan telur 

3. Celupkan ayam satu-satu dengan breadcrumb/nestum tu. Jangan terus tuang breadcrumb tu ye, nanti dia jadi tak sekata dan akan berketul-ketul.

Tipsnya bila minyak dah panas, baru celupkan pada breadcrumb dan terus goreng. Jadi, korang kena celup satu-satu bila nak goreng. Bila breadcrumb tu dah bertukar warna perang-perang, maknanya ayam dah masak, boleh angkat dan toskan.

Alkisahnya, kat rumah takda breadcrumb, tetiba teringin nak masak ayam popcorn ni, jadi guna je la nestum. konsepnya guna bahan yang ada kat rumah je, Korang boleh je guna nestum, dia akan ranggup macam guna breadcrumb cuma, kalau korang guna nestum, warna nestum tu akan hitam. Rasa masih sama cuma tak menarik sangat lah. Janji sodappppp..


Bahan-bahan sos:

1 sudu mentega
1 sudu tepung gandum
setengah cawan susu
1 keping cheese (kalau suka cheese letak lebih lagi sedap) 

Cara nak buat sos:

1. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum. Masa ni, kacau ye jangan biar nanti tepung tu berketul-ketul.

2. Masukkan susu, reneh sekejap. sos akan nampak likat sikit, 

3. Lepas tu masukkan cheese. kacau sampai cheese cair dan terus tuang atas ayam tu kalau tak nanti sos tu likat bila sejuk susah nak tuang. 

Itu je resepinya. mudah kan? Rugi korang tak cuba. 

Selamat mencuba! 

#LockoutProject 

Post a Comment

28 Comments

  1. Waaa senang sangat resepinya tu, boleh cuba ni, semua bahan ada tu..mesti sedap dan rangupkan..anak Sis sukalah kalau buat macam ni, sebab ada cheese..

    ReplyDelete
  2. Bahan pun tak banyak. Masa MCO ni boleh manfaatkan dengan aktiviti memasak untuk yang tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim mco ni macam-macam resepi timbul haha selamat mencuba!

      Delete
  3. Senang sangat nak buat ni. Terliur nampak cheese meleleh macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang suka cheese letak extra, memang sedap makan panas-panas

      Delete
  4. aduhai. lazat nyer nampak gambar :)
    dah le musim PKP ni, bahan byk susah nak dpt.
    cheese xde stok kat umah ni.
    kalau la ada, sure akan buat for dinner. mudah je ni.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  5. wa senang. janji sedap tu better. duduk rumah ni kadang makanan yang kita terasa nak makan tu susah juga nak keluar pegi cari kan. jadi, guna je lah apa yang ada ;)

    thank u share resepi simple!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, guna je apa yang ada janji sedap dan kenyang hehe

      Delete
  6. Yum!!!!!! This is a good snack to munch while binge watching movies or dramas. Thank you for the recipe.

    ReplyDelete
  7. okay nak try buat!! Ada juga nampak kawan buat. Mudah je ya. tapi esok dah tak boleh keluar. Next time restock nak cari barang lah.

    ReplyDelete
  8. Fuhhh memangs sedap tengok, kalau makan sure lagi sedap kan. Nampak gaya kena cuba gak ni..sis ni mmg hantu cheese sikit..hehehe

    ReplyDelete
  9. Satu lagi resipi mudah dan senang nak buat time duduk bekurung kat rumah ni hehehe rajin atau tidak jer wakakaka nak juga lah cuba hehehehe bahan tak banyak pun....

    ReplyDelete
  10. Sedp nyer.. Betul2 waktu2 camni haruslah kreatif.. Ini lah namanya survival..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. kreatif sampai ketandusan idea haha

      Delete
  11. Senangnya!!!! Boleh cuba nanti. Sekarang ni dah ketandusan idea nak masak apa pun tak tau. Last sekali, biskut hup seng cicah kopi pun dah lazat. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. hari2 cari resepi. makan tido je kejanya haha

      Delete
  12. nampak simpole jer cara nak sediakan..nanti nak try sendiri la buat..anak-anak mesti excited nak makan ni hehehe

    ReplyDelete
  13. Uish! Senangnya! Bahan pon ada ni . Esok nak try buatlah . Terliur pula rasa haa. Salah time dok baca ni hehehe

    ReplyDelete
  14. sedapnya, resepi baru ni ya. bolehlah cuba tukar2 respi kan. boring juga menu sama setiap hari

    ReplyDelete