Ad Code

KEMPEN DUDUK RUMAH OLEH MALAYSIAN HEALTH COALITION (MHC) #COVID19 #CORONAVIRUS



Assalamualaikum semua

Kita semua sedia maklum dengan wabak corona virus yang melanda negara kita sekarang, dan semua orang nampaknya berlumba-lumba berkongsi maklumat terkini tentang covid-19 melalui perlbagai platform media sosial. Bagi memerangi pandemik covid-19, kita semua bertanggungjawab membantu Gabungan Kesihatan Malaysia dalam menyampaikan mesej kesihatan yang tepat dan sahih sahaja.

Harini saya nak galakkan pada semua agar mendapatkan maklumat kesihatan yang sahih hanya daripada Malaysian Health Coalition (MHC) agar tiada maklumat kesihatan yang bercanggah. Disini saya sediakan beberapa platform media sosial yang korang boleh dapatkan maklumat yang sahih.





Dengan penambahan 2 minggu untuk perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 14 April, hargai masa bersama keluarga, dan keluar hanya jika ada keperluan. Jom #dudukrumah, kita semua bertanggungjawab untuk memerangi wabak covid-19. Sayangi keluarga anda, sayangi orang tersayang dari pandemik covid-19.




#mhc #messagesfromdoctors #kitajagakita #dudukrumah #covid19 #coronavirus

Post a Comment

21 Comments

  1. wa nice. we hope so the kempen akan terus terusan berjalan. no pelanjutan lagi ;(

    ReplyDelete
  2. kekal di rumah untuk semua rakyat malaysia tidak kira bangsa apa sekalipun. sama2 kita putuskan rantaian virus covid19.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tak kira bangsa dan agama kita kena bersatu

      Delete
  3. Saranan kerajaan sudah di beritahu , semoga covid -19 ini segera lenyap sebelum tiba bulan Ramadhan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Semoga wabak ini menjadi asbab terhapus dosa-dosa kita.

    ReplyDelete
  4. Walaupun banyak dah kempen kesedaran. Tapi masih ramai yang ambil ringan. Teruskan share perkara ini sehingga habis #MCO. Sebab manusia mudah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la masalahnya yang segelintir ni degil nau2

      Delete
  5. Pun degil jugakan orang-orang ni nak duduk rumah, kempen pelbagai orang dah buat..yang degil ni bagus letak kat Zoo laaaa

    ReplyDelete
  6. Jom lah dok umah..jangan le degil2, kesian le kat kami yg berusaha dok umah ni. Harap2 cepatlah selesai semua ni supaya kita boleh jalani kehidupan spt biasa semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. unfair untuk orang yang ikut arahan

      Delete
  7. Sis Bell masih kena kerja. Nasib baik hours dipendekkan dan cuti 3 hari. Waktu cuti tpaksa keluar juga urusan beli brg dan urusan lain. Hmmm. Kalau tak de keprluan memang wajib duduk rmah. Risau!

    ReplyDelete
  8. Yes... kite kena la ikut and duduk rumah buat kerja jangan asyik nak keluar jer

    ReplyDelete
  9. Stay in stay save. Jangan keluar kalau xde keperluan. Semoga rantaian dapat dihentikan. Insya Allahh mudah mudahan

    ReplyDelete
  10. sekarang ni memang duduk rumah je. keluar pun untuk beli makanan je. in shaa Allah doa sama2 supaya situasi ni akan berakhir :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, doakan bumi semakin sembuh.

    ReplyDelete