Ad Code

NUKILANBAE - KENANGAN KITA




Ibarat angin di dedaunan, 
Lembut nya hembusan, 
Damai dan mengasyikkan, 
Namun, seketika cuma, 

Tanpa sedar, 
Tiga tahun kenangan indah dititip, 
Menjadi kenangan terakhir kita, 
Tawa duka dikongsi bersama, 

Perbezaan haluan yang menjauhkan, 
Tapi kau sentiasa di ingatan, 
Dua tangan dijadikan tadahan, 
Pada yang Maha Mengembalikan, 

Moga sentiasa dalam lindungan, 
Bersamaku pulang ke pangkuan, 
Tuan yang Maha Memaafkan. 

bae@26022020

Puisi ini nukilan saya buat seorang sahabat yang kini tidak seakrab dahulu. Jika dia bacakan puisi ini, hanya dia paling mengerti apa maksud dan simboliknya puisi ini. Saya sangat sayangkan dia sebagai seorang sahabat, namun saya akur akan pertemuan dan perpisahan yang ditakdirkan. Saya tahu dia lebih bahagia dengan dunianya sekarang. Sahabatku, moga kau tahu, tak pernah aku lupa mendoakanmu. ❤️

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Post a Comment

30 Comments

  1. Huhu. Sabarlah setiap org ada jalannya. Mungkin akan dipertemukan dgn seorang sahabat bukan seorang kawan.

    ReplyDelete
  2. Huhuhu i feel you Bae...sebab Sis pun dah rasainya juga...yang dulunya raoat tiba-tiba jauh dan menjauhkan diri...tanpa sebab dan jadi tanda tanya hingga sekarang...kita doakan mereka yang baik-baik ajalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sentiasa doakan yang terbaik untuk dia..

      Delete
  3. Biasalah awak. Kalau jenis mcm mommy plak, dah berkahwin. Duduk Kampung plak tu. So kawan-kawan sek dan study jauh. Payah nak hangout sama-sama. So kita cari kawan yang dekat Kampung. Haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kawan2 dah berkahwin mesti dah kurang rapat kan..

      Delete
  4. dah besar ni mula terasa rindu dengan kawan-kawan yang dah takde. Ramai yang dah berkahwin lebih fokus dengan keluarga masing-masing. Apapun semoga masing-masing sihat dan bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, masing2 pun dah ada komitmen sendiri

      Delete
  5. Betsabarlah. Klu dia masih ingat dan rindu pasti dia akan berhubung kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an...tapi sedih dah tak serapat dulu

      Delete
  6. Ruginya sahabat awak tu lepaskan awak sbg sahabatnya kerana nampak keikhlasan awak bersahabat dengannya. Moga sillaturrahim dpt dikembalikan.

    ReplyDelete
  7. So sweet hehehehe rindu juga lah zaman nak keluar dengan kawan-kawan dan juga belibur wakaka harap segalanya dapt selesai dengan aman...

    ReplyDelete
  8. sabarlah. jalani hidup seperti mana dia menjalani hidupnya. andai dia sahabat dunia dan akhirat, pasti dia juga tidak melupakan kamu seperti mana kamu tidak melupakannya. stay strong.

    ReplyDelete
  9. Nice poem. I can feel what you mean. I pun pernah experience apa yg you rasa skrang. I have a friend yg dulu nyer memang bff but now not close anymore. I pun x tahu kenapa is terjadi. Hanya Allah S.W.T shj yg tahu. However, I just be grateful and enjoy my life with friends yg masih rapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, saya bersyukur untuk semuanya, things happen with a reason..right?

      Delete
  10. Biasalah, lumraj kehidupan, datang dan pergi sentiasa akan bermain dalam hidup kita. Bertabah dan terima hakikat, berfikir positif..Allah rancang begini mungkin ada sebabnya

    ReplyDelete
  11. Indah kata-kata puisi yang dinukilkan betul-betul menggambarkan perasaan dalam hati. Semoga kekal tabah dan sentiasa bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah..puisi ni memang nukilan ikhlas hati ini...

      Delete
  12. indahnya puisi tu, lama dah tak buat puisi puitis macam ni. thanks berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi koleksi puisi, rajin lah singgah ke sini

      Delete
  13. Indahnya kata-kata puisi ni. Kadang-kadang ada masa kita akan tak sependapat. iena pernah juga lalui sekali tapi lepas tu kami get back balik. Kalau betul dia sahabat sejati kita dia akan sedar dan dia akan kembali balik.Perlu ada tolak ansur antara kita. Mungkin kalau dia yang ego, kita turunkan ego kita tegur dia. kalau kita da cuba tegur dia tapi dia still mcm tu. Takpelah mungkin lepas ni akan hadir sahabat yang lebih baik sebagai pengganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkadang, kejauhan ini yang lebih membahagiakan..pasti ada hikmahNya

      Delete
  14. Cantik puisi ini, Memang agak sukar mencari sahabat yang boleh ketawa dan menangis bersama jadi pilih betul-betul ya semua...

    ReplyDelete
  15. Semoga you boleh bertemu dengan your bff after MCO

    ReplyDelete