Ad Code

AYAM GEPREK VIRAL @KL TRADERS SQUARE

Salam korang.. maaflah dah lama tak menulis akibat kekangan waktu dengan tugasan hakiki. Lapar tak tengok gambar makanan kat atas tu? Kali ni saya nak share satu menu yang viral iaitu Ayam Geprek.

Saya berkesempatan untuk rasa ayam geprek di Kampung Station yang terletak di KL Traders Square. KL Traders Square ni baru di buka dan kat sini berjenis kedai beli belah dan kedai makan termasuk lah kedai Eco RM2. Parking agak susah tapi inshaaAllah ada je. 

Kampung Station ni baru je dibuka pada September 2019 kira baru kurang lebih 5 bulan di buka, dan menu viral di Kampung Station adalah ayam geprek!!!! Kira best selling di kedai ni. Harga pun sangat lah berpatutan, hanya RM7.50 je, korang akan di hidangkan dengan nasi putih, ayam goreng, sambal, tempe dan tauhu goreng serta ulam-ulaman seperti salad, timun dan kobis. Haaa dan juga sup kosong.

Ayam Geprek ni lebih kurang macam ayam penyet cuma bezanya adalah pada sambal. Pada saya sambalnya tak terlalu pedas kira just nice, tapi tak dinasihatkan untuk kanak-kanak ye. Untuk harga RM7.50, portion nasi yang disediakan 1 penuh mangkuk bersama ayam (quarter portion) kalau makan tengahari boleh kenyang sampai malam hehe

Sambil makan tu sempat berbual dengan pemilik restoran Kampung Station, iaitu Puan Seema. Kata puan seema sambal di restoran ini di masak menggunakan empat jenis sambal. Patutlah rasanya berbeza dengan tempat lain.

Kalau korang nak try ayam geprek Kampung Station ni korang waze KL Traders Square. Kampung Station ni dibuka dari pagi hingga malam bermula dengan menu lauk-pauk. Ayam geprek hanya akan disediakan selepas pukul 2 petang serta masakan panas. Selamat mencuba!

Alamat:
Kampung Station
A-G-41, KL Traders Square, Jalan Gombak, Setapak 53000 kuala Lumpur

Waktu operasi:
8.30 pagi - 11.30malam

Post a Comment

30 Comments

  1. Owh..lebih kurang mcm ayam penyet yer.tapi sambal tu kalau x pedas,x kick pulak kan.hehe..tapi kena try juga ni kalau nak tau...

    ReplyDelete
  2. Dah pernah makan juga Ayam Geperek ni, siap masa tu Sis tanya lagi, sama ke dengan Ayam Penyet, katanya sama aje, sebab ayamnya di hentaknya hahahaha..
    Cuma sambal aje laa, ada yang merah ada yang hijau kann..

    ReplyDelete
  3. lapar lah tengok sis share. dah lama tak makan kat luar sejak PKP ni. haha. ar tu lah macam sis linda cakap, macam ayam penyet pula tadi. ok lain peniaga, lain lah resepi dak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 18 hari pkp tapi rasa macam lama sangat tak keluar rumah kan haha

      Delete
  4. nampak rupanya tu ala-ala nasi ayam penyet ekk.
    nasi ayam penyet or nasi geprek ni, always the special is the sambal, kan.
    yg lain dihidangkan simple. sambal tu yg bikin customer ulang dtg lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau sambal sedap baru puas makan

      Delete
  5. ingat ke ayam penyet? ke sama je? haha yg saya tau makan je hehe

    ReplyDelete
  6. Terliur pulak tengok ayam geprek ni. Sedap tu.. Tak pernah try lagi kat situ. Harga pun padan la dengan ayam besar tu.

    ReplyDelete
  7. Selalu gak pergi KL Traders ni sbb ada umah anak kat sana tapi tak perasan lak restoren Kmapung Station ni... nanti nak carikah tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. happening betul kl traders ni, macam-macam kedai ada, nanti try lah

      Delete
  8. Tak pernah sampai lagi sini, nanti habis PKP bolehlah datang ke sini. Nampak menarik makanannya tu. Waktu petang buka pula, terasa lapar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang baru ada nasi geprek,kalau pagi/lunch nasi lauk-lauk tu

      Delete
  9. Tak pernah makan ayam geprek nih, nanti lepas bebas PKP bolehlah cuba nampak sedap!moga covid19 dapat diputuskan dan PKP berakhir

    ReplyDelete
  10. Nampak macam sedap ayam geprek viral ni..iena tak pernah makan lagi.Tapi location tu dekat setapak, tak jauh da dari rumah iena..lepas PKP nanti boleh la pergi ;)

    ReplyDelete
  11. Pernah makan ayam geprek tapi kat subang. Memang sedap n sambal dia memang pedas ya amat

    ReplyDelete
  12. Macam ayam penyet pulak..ala rindu nak makan dekat luar..harap dapatla atasi masalh covid ni..boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam lama sangat tak makan kat luar kan

      Delete
  13. ooo beza dia dgn ayam penyet ialah sambal je ke? tapi ayam geprek ni tak dipenyet kan? hihih menarik nih... bila la dapat rasa ...

    ReplyDelete
  14. Ayam geprek? Sama ke dengan ayam penyet? Ke lain. Tak pernah lagi makan ayam geprek ni. Nampak sedap pulak.

    ReplyDelete
  15. Huwaaaa rindu ayam goreng. Lepas PKP ni nak cari la menu ni. Nak order, makan kat rumah macam tak feel pula. Nak pi restoran. Hahaha

    ReplyDelete