Ad Code

RESEPI ROTI SARDIN 3M


Assalamualaikum korang. moga semua sihat-sihat saja. Dah lama tak share resepi, harini rasa rajin sikit so nak share Resepi Roti Sardin 2M. Apa 2M tu? 3M tu mudah, murah dan mabelesss haha. Roti sardin ni sesuai sangat untuk sarapan atau tea time atau time korang rasa macam lapar tapi taknak makanan berat. Resepi mudah yakmat, bahan-bahan pun mudah je. Ramai yang share resepi roti sardin ni dalam pelbagai versi korang boleh lah cari dan ikut yang mana mudah untuk korang but trust me, resepi yang saya share ni amatlah mudah. Dah jom kita masak.

Bahan-bahan :

Bawang (potong dadu) 1biji saiz sederhana
Cili padi/burung 2tangkai
Daun sup (optional)
Telur 2 biji (gred A)
Sardin 1 Tin
Lada hitam
Garam

Cara masak :

Asingkan ikan dan sos sardin dan hancurkan ikan sardin. Korang boleh hancurkan guna garfu je. Lepas tu masukkan sikit demi sedikit sos sardin tu (Kalau taknak campur pun boleh).

Potong bawang, cili, daun sup dan campur dalam ikan sardin tadi dengan telur. Mula-mula saya masukkan 1 biji telur je, tapi sardin jadi sangat likat, nanti susah nak lekat pada roti, jadi saya tambah sebiji lagi sebab saya guna sardin tin besar. Saya gunakan sardin jenama King Cup, ikan dalam tin agak besar. Saya tambah jugak sos sardin supaya mudah nak salut pada roti.

Haaa lupa pulak, tambah sikit garam ye. Masakan saya tak minat untuk tambah perasa, tapi kalau korang suka, boleh tambah bahan perasa tu.

Semua bahan-bahan tu hanya sebagai panduan, korang adjust ikut berapa banyak sardin yang korang guna ye. Kalau ikan sardin tu kecil-kecil je, kurangkan bawang, cili dan telur.

Dah campur semua bahan-bahan tadi, boleh potong roti. Saya suka roti di potong kecil senang sekali suap je, korang boleh potong ikut mana yang korang suka. Ada orang suka potong segi tiga, terpulang pada kreativiti ya.


Celup je roti dengan sardin tadi, salutkan seluruh roti tu, kemudian, goreng dengan butter/minyak yang sedikit. Minyak jangan banyak ye, roti serap minyak nanti bila makan akan jadi muak.

Tips :  Guna non-stick pans, lebih mudah untuk goreng dan kejadiannya lebih cantik. 


Mudah kan resepi roti sardin ni dan tersangat mabeles. Roti sardin ni sedap makan macam tu je, tak payah nak cicah sos ke apa.


Selamat memasak!



Post a Comment

27 Comments

  1. Saya pun kaki beli sardin mesti cari King cup sebab rasa pun sedap.. boleh la cuba lak cara macam ni drpd buat sandwic sardin je.

    ReplyDelete
  2. Sis ni memang tak boleh betul nengok ada sardin, kecur terus, sardin is my peberet...arghh nak kena buat juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa sardin everyone favourite lah kak lin hehe

      Delete
  3. Memang sedap pun masak sardin ni, mcm2 blh buat resepi dia, roti sardin lglah sedap mmg stok sardin sentiasa ada kat umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kak limah, paling mudah nak masak sardinnn lah

      Delete
  4. nice. baru beli roti dengan sardin kemarin. petang sikit bolehlah cuba untuk minum petang pula. terima kasih berkongsi resepi mudah bae :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya roti sardinnnn ni makanan common time hiking dulu dulu best jugak kalau buat kat rumah hehe

    ReplyDelete
  6. I love roti sardin. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  7. Oh yes. Kebetulan sardin tengah hari tadi ada balance and esok memang teringat nak buat french toast - now nak buat roti sardin la hehe

    ReplyDelete
  8. yes sedap camni juga kan. nanti saya nak cubalah. thanks sharing this resepi

    ReplyDelete
  9. Menarik juga resepi macam ni sekali sekala tukar selera duduk kat rumah sempena PKP ni walaupun kita asyik makan je kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, musim pkp ni, asyik nak ke dapur je

      Delete
  10. Ni pagi-pagi buat sarapan ni mau habis satu pack roti tu.. Hehe.. Nak pulak ada sardin tu... Berselera makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan sambil tengok tv pulak, sedar2 je dah habis sebuku roti haha

      Delete
  11. Thanks for sharing this! Since I have leftover sardine *smlm buat Sardine puff, I am going to do this later. TQ!

    ReplyDelete
  12. Hishh terliur pulak iena tengok roti sardin ni..Sardin banyak stock iena bali tu..boleh lah cuba buat :D

    ReplyDelete
  13. mudahnya nak masak roti sardin nie. bahan2 dia ringkas je. nanti nak cuba masak jugaklah utk sarapan

    ReplyDelete
  14. Oh senang nak masak ni kan, just celup dalam sardin mixture and deep fried.

    ReplyDelete