Ad Code

HIKING GUNUNG SEMANGKUK, FRASER HILL I BAE ROSLAN

Sunrise di Pine Tree 
Gunung Semangkok terletak di Fraser hill, Selangor dan mempunyai ketinggian 1824meter (5984ft) merupakan antara gunung idaman para pendaki. Menurut Federation Museums Journal (1971), Gunung Semangkok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Istilah- istilah ini adalah bagi membezakan keadaan dan struktur hutan dan ketinggian sesebuah gunung. 

Pendakian Gunung Semangkok kali ini adalah trip bermalam iaitu 2 hari 1 malam. Trail Gunung Semangkok merupakan tahap yang agak mencabar jadi untuk pertama kali saya cuba trip untuk bermalam supaya dapat mendaki dengan agak santai memandangkan trail Gunung Semangkok agak panjang.


Bagi mendaki Gunung Semangkok, trailhead bermula di pintu rimba Fraser Hill. Ia adalah laluan yang sama jika mendaki ke Gunung Pine Tree. Pendakian bermula seawal 4.30 pagi supaya semua dapat sampai ke campsite di sungai merah sebelum menjelang malam.  Trail ke puncak pine tree bermula dengan turun tangga batu yang dipanggil tangga penyesalan oleh kebanyakkan pendaki. selepas tangga berbatu, trail agak landai dan agak roller coaster (naik dan turun tapi tidak pacak). 


Sebelum sampai ke puncak, terdapat batu bertali yang memang terkenal level kesusahan untuk mendaki batu ini. Keadaan batu yang menegak 90 darjah dan bertali, di tambah pulak dengan kami yang membawa load, lebih menyukarkan pendakian.


Keadaan trail berbatu ini agak curam, jadi sangat di nasihatkan untuk berhati-hati ketika mendaki. Selepas trail berbatu, puncak pine tree hanyalah dalam 5 minit sahaja. 

Kami meneruskan pendaki ke Twin peak untuk tidak menlengahkan masa kerana perjalanan ke sungai merah masih jauh. Setelah sampai ke twin peak, guide memberi arahan untuk regroup. Regroup merupakan terma biasa digunakan oleh para pendaki yang bermaksud berkumpul dimana semua akan berkumpul dan menunggu pendaki yang terakhir tiba sebelum memulakan perjalanan kembali. Setelah berehat agak lama, kami semua meneruskan perjalan ke campsite.

Di puncak Twin Peak

Pendakian dari twin peak ke sungai merah agak pacak di beberapa tempat dan landai di sebahagian yang lain. Cabaran trail ini adalah melalui buluh-buluh tumbang. Jadi pendaki perlu merangkak untuk melepasi buluh tersebut. keadaan ini agak menyeksakan sementelah kami semua masing-masing membawa beg besar. Tapi itu semua adalah kebiasaan yang para pendaki perlu hadapi. 



Kami tiba di campsite sekitar tengahari, terus set up fly dan ground. Saya memasang hammock, dan makan tengahari sementara menunggu yang lain tiba. Semua line up tiba sebelum pukul 2 dan kami bersiap-siap untuk summit peak. 


Perjalanan ke puncak agak panjang, permulaan trek akan melalui trek balak dan sekitar 1 jam dari campsite akan tiba di kem helipad. Perjalanan dari helipad ke puncak akan melalui lembah yang seakan sama, rollercoster iaitu trek naik dan turun sehingga ke puncak. perjalanan lebih kurang 1.5jam terakhir ini agak memenatkan dengan keadaan trek naik turun. Alhamdulillah kami tiba di puncak sekitar 4.30pm. Rehat dan makan sehingga semua tiba di puncak dan kami turun 5.30pm, menurut guide (atok) kami perlu tiba di helipad sebelum gelap. Gunung semangkok terkenal dengan binatang buas seperti harimau, jadi atok lepaskan kami semua balik ke campsite mengikut pace masing-masing. 


Pada keesokkan hari, kami semua bersiap untuk pulang, sekitar 9am kami semua mula mendaki pulang dan akan regroup di twin peak sekitar 10 minit dan meneruskan perjalanan ke Pine Tree. 

Nak di jadikan cerita, saya bersama dua orang line up meneruskan perjalanan ke pine tree, kira kami adalah pendaki yang terawal turun. Selepas setengah jam kami mulakan perjalanan, kami dengar suara berborak dan radio, menunjukkan kami hampir ke pine tree. Jadi kami teruskan perjalanan, tapi selepas 15minit berjalan, masih belum sampai pine tree dan suara yang kami dengar tadi semakin menjauh. Ibarat kena pukau, kami semua hanya berjalan dan tak bercakap sepatah pun, padahal masing-masing tahu yang kami dah salah jalan sehingga kami dengar air terjun, kami semua tersentak dan ibarat baru tersedar yang kami salah jalan. Dengan lemah kami patah balik ke jalan yanh benar haha. Sampai je kami di pine tree, geng yang lain dah menunggu, semua pelik kenapa kami baru sampai. Semua tertawakan kami setelah tahu apa yang terjadi. 

Kami semua selamat tiba di trailhead pine tree sebelum 8pm. Alhamdulillah for everything. Okay, time log perjalanan saya sertakan kat bawah moga dapat beri manfaat pada korang. Enjoy your hiking! 

TIME LOG GUNUNG SEMANGKOK

Day 1

0430 Pine tree trailhead
0730 Puncak Pine Tree
0830 Puncak Twin Peak
1030 Ascending to Twin peak
1330 Sungai Merah. Setup open tent
1500 Ascending to Helipad
1700 Summit peak semangkok
1730 Descending
1900 Arrived Campsite

Day 2

0900 Descending to Twin peak
1100 Arrived Twin peak
1200 Arrived pine tree
1400 Descending to trailhead
1700 Arrived trailhead


Berjaya menawan puncak Gunung Semangkok. Alhamdulilah!



Post a Comment

32 Comments

  1. Menarik sangat aktiviti hiking ni. Saya pernah hiking pun naik bukit bendera jalan kaki. Skrg geng2 hiking dah tak ada, jadi jarang lah nak p hiking..

    ReplyDelete
  2. Tahniah berjaya naik. Stamina kena padu nak hiking ni. Ku dah bersara huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu padu tapi memang kena training lah. semangkuk ni kira hardcore trail

      Delete
  3. Percaya atau tidak saya belum pernah sampai ke Frasers Hill. Inilah yg dikatakan dekatbapi jauh. Bukan apa mengenangkan jalan nak ke atas tu bnyk sgt belok tu yg mcm malas ke.Harap2 akan tiba juga lah ke sana.. tapi tak larat la nak panjat gunung dah haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, jalannya simpang siur. peningggg haha

      Delete
  4. Pertama kali dengo nama gunung tu..Agak tinggi dan curam gak ye, ini kalau takde stamina atau kekuatan diri, memang suku jalan je lee (macam Sis).. Tapi seronok gak ada geng hiking macam ni, dari takde minat, terus rasa enjoy kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, semangkok memang hardcore trail. memang kena training.

      Delete
  5. Eh nama gunung ni rare la....rupanya di Faraser Hill. Gayat betul nak panjat gunung nak nak seorang yang bukan outdoor person.

    ReplyDelete
  6. Baru tau mengenai Gunung yang terletak di Fraser Hill ni sebab belum pernah ke sana lagi. Kaki panjat gunung mesti suka dengan entri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tiga gunung di fraser hill. semangkuk salah satunya

      Delete
  7. cantiknya view. kita tak pernah pegi mendaki seriously. daki bukit rendah-rendah ada jugalah. tapi yang betul-betul untuk mendaki macam ni, tak pernah. sedihnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas PKP ni boleh la try mendaki gunung pulak..hehe

      Delete
  8. Ya Allah, curamnya huda tengok pun dah takut. Tapi aktiviti extreme macam ni, kalau buat dengan kwn kwn memang best. Pula tu bila dapat naik ke puncak, lagi perasaan seronok tu ada. Cantiknya pemandangan ni. Best pula baca experience orang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pengalaman tu yang paling berharga. jom cuba hiking sport

      Delete
  9. Menarik kalau dapat samapi sini. Pokok tu cantik kalau bergambar. Nak masuk hutan tu je la yg takutnya tersesat ke apa ke. Nasib la tak ada apa yg berlaku. Btw, opis ada grup hiking. Nak suggest pi sini lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya opis ada group hiking. semangkuk ni memang trek idaman hikers hehe

      Delete
  10. Bestnya dapat hiking. Cantik sangat pemandangan dia. Dah lama tak hiking. Nama gunung pun jarang dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung ni antara gunung idaman para hikers. hehe

      Delete
  11. Sis skrg memang tak leh hiking, mau kena berpapah nanti dibuatnya..hehehe. Tapi seronok tgok anak muda buat aktiviti cam gini

    ReplyDelete
  12. Ohhh kaki hiking ye... Sis dah lama sgt tak buat aktiviti2 lasak hiking, camping, hutan sejak2 dah tuo ni. Paling2Paling2i pun berenang kat swimming pool dgn anak haha 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara takda anak ni lah boleh pi, esok2 dah ada anak join akak swimming je lah haha

      Delete
  13. Tahniah berjaya menawan puncak ye. Rawlins sejenis yang tak gemar memanjat dah sebab masa kecil selalu memanjat gunung dengan atuk nak pergi dusun durian. Hehe

    ReplyDelete
  14. Wahhh.. Tahniah sebab berjaya dalam pendakian.. Kita dulu zaman sekolah merasa la. Lepas tu takde dah join mana mana. Adik adik kita ada juga join hiking dengan kengkawan dorang.

    ReplyDelete
  15. Assalam boleh tk saya dapatkan tour.guide.utk ke. Gunung semangkok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. boleh email saya for fast respond ya. robaeyah.roslan@gmail.com

      Delete