Ad Code

BATAM BAHARI FESTIVAL 2019


Batam Bahari Festival telah diadakan pada 1-4 November di Kepri Coral, Pulau Abang, Kepulauan Riau, Indonesia. 'The welcoming party' ini adalah bagi menyambut dan meraikan para pelayar. Seramai 51 pelayar  dari 13 buah negara termasuk Australia, Amerika dan Kanada menyertai festival pada tahun ini.
Kedatangan para pelayar di sambut dengan paluan kompang dan pertunjukan silat dan dua wakil pelayar dipakaikan tanjak sebagai simbol adat dan budaya Indonesia.

Festival di mulakan dengan tarian kebudayaan Batam dan kata-kata aluan oleh Pemilik Kepri Coral, diikuti oleh Datuk Bandar Batam, wakil dari Kementerian Pelancongan Indonesia dan Wakil pelayar.


Setelah selesai ucapan, kami dihidangkan dengan makanan laut yang lazat. Makanan laut di kepulauan riau tidak pernah mengecewakan. Kemudian, festival berlansung dengan tarian dangkong, permainanan gasing, dan fashion show oleh duta-duta kecil batam dengan pakaian batik Batam. Fashion show juga di sertai oleh 3 orang pelayar. Pakaian batik batam cantik dan mempunyai kelainan dan identiti yang tersendiri.

Sesi berlansung dengan pertandingan egrang, iaitu perjalan di atas kayu oleh kanak-kanak tempatan. Nampak macam mudah, tapi sangat susah, saya sendiri mencuba egrang, nak berdiri di atas kayu saja pun tak boleh. Saya cuba minta tips dari kanak-kanak egrang tu, katanya kena seimbangkan badan. Suatu pengalaman yang sangat menarik.

Pertandingan kayak di antara peserta pelayar dan media juga menghiburkan. Festival petang itu berakhir dengan sesi berzumba bagi pecah peluh. Semua kelihatan seronok dengan aktiviti sepanjang festival.

Moga Batam Bahari Festival dapat di teruskan di tahun akan datang dan ukhwah serta pengalaman ini dapat di jadikan manfaat pada semua.

Salam persona Indonesia, Wonderful Indonesia...


Jom tengok video Batam Bahari Festival 2019. 


Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik dan seronok dapat beramah mesra dengan pelayar kapal. Syok tengok gambar cantik-cantik

    ReplyDelete
  2. Best..next time hope Leya pun join

    ReplyDelete