CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

NUKILANBAE - AMUHKU PADA OMBAK

Pulau Batu belubang, Lingga

Aku Suka Berbicara,
Bersama Bahasa Alam,
Yang Tersimpan Seribu Asrar,
Selulus Membisikkan Bait Bait Cinta,
Pemeluk Erat Diri Yang Alpa.

Amuhku pada Ombak,
Tampak Lembut Beralun Dikejauhan,
Terkadang Derunya Menghibakan,
Berkeluk-keluk Nan Gelisah,
Namun, Jauh Ia dari Rapuh,
Tetap Utuh Melawan Arus.

bae@16062019


Aku petah bermain dengan kata-kata, berbicara sendirian melalui tarian pena. Serasakan tenang bila dapat menzahirkan emosi melalui puisi. Ekspresikan emosimu melalui apa cara agak kau tidak memendam rasa dan berdarah. Moga kita semua sentiasa dibawah rahmatNya.

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. aduh. puitis sungguh.
    tapi tu la, aida ni kurang seni, tak brape pandai nak kupas in terms of puitis.
    cantik nya pantai & laut tu! bersih. biru kehijauan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai tu lebih memang cantik sebab tourist takda sangat area sini...

      Delete
  2. Amboi berpuitis di tepi pantai pula dia ye. Hihi suka baca puisi orang tapi nak tulis sendiri, kita tak pandai bermadah helah.. Eh tiberr πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang minat berpuisi, hanya untuk koleksi peribadi

      Delete
  3. Pandainya dia berpuisi..tapi jap (malas nak google), amuh tu apa ek? Hehehe...
    Dulu zaman sekolah Sis suka nulis gini, maklum laa bidang sastera hahaha sekarang pun masih ookay, cuma ikut mood hehehe

    ReplyDelete
  4. wow sastera ni. hebat betul. saya tak reti nak bermadah pujangga. teringat masa zaman sekolah, kalau turn saya je mesti kena syair la, sajak la, pidato la. semua jadi bahan lawak kat kelas. memang takda jiwa. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya bila sedih ke selalunya memang menjadi puisinya haha

      Delete
  5. Wahh puitisnya hehe. Ada jugak perkataan yang tak pernah dengar dalam tu macam asrar, berkeluk-keluk. Berkarat dah bahasa puitis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saja sesekali, kena perbaiki lagi penggunaan bahasa sastera

      Delete
  6. Lingga ni ada Gunung Daik dan Pulau Pandan kan?. Macam ala ala dalam pantun Melayu pulak padehal Lingga ni kat Indonesia.

    ReplyDelete
  7. Another beautiful poem by you. Keep it up. Insya’Allah, Nanti boley la you publish Buku poem ya. Btw, hope to work with you one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah hopefully. I am planning for a making a manuscript. pray for me...

      Delete
  8. banyak pulak perkataan yg saya tak faham, haish nampak gaya kena belajar bahasa melayu balik ni. tahniah sebab pandai berpuisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. takpa tak faham, lama2 nanti boleh faham hehe

      Delete
  9. Asrar tu tak pernah dengar. Jenis tak pandai jgak nal interpret puisi dan madah. Sikit2 la faham ttng hati n perasaan kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puisi ni sebenarnya tentang seseorang yang memuji penciptaNya

      Delete
  10. Pandainya berpuisi.. Kalau pandai tulis puisi mesti boleh tulis lagu juga kan😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum pernah tulis lagu. nanti nak cuba asah bakat hehe

      Delete
  11. Alaaa gambar ni buat saya sedih... sebab rindukan pantai,laut dan pulau, puisi ni sangat kena dengan saya ketika ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rinduuuu sangat pulau... moga baik2 saja ya...

      Delete
  12. Allah tingginya level bahas ni hehehe kita sendiri pun tak faham sebab kita ni bukan orang sastera hehehe suka baca kalau orang menggunakan bahasa yang begitu ilmiah ni banyak kena belajar lagi ni...

    ReplyDelete
  13. Boleh buat buku puisi ni..hehehe..hebat dia ni..Amuh tu ape? hehe..maaf kurang paham bahasa macm ni..

    ReplyDelete
  14. Bestnya pandai berpuisi. Sis teringin gak nak berpuisi tapi tak pandai menyusun ayat. Dulu cuba2 gaklah buat sendiri tapi simpan buat pekasam je..hehehe

    ReplyDelete
  15. Wah berpuisi pula ya. Pandai juga menggunakan kata-kata tersirat bagi menggambarkan perasaan sendiri. Saya reti baca je.. hehe

    ReplyDelete
  16. Cantiknya pemandangan sambil2 berpuisi indah-indah ya sis, begitulah perasaan sendiri bila melihat kecantikan itu

    ReplyDelete
  17. Bersajak sis... memang rindu nak pergi bersantai with family kat pantai and berkelah tapi nak buat macam mana kan, now MCO so kena stay at home je la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers