12 IDEA REKAAN ROTI JALA JELITA VIRAL

Image
Assalamualaikum semua Saya suka tengok hiasan untuk roti jala jelita yang viral sangat sekarang menggantikan kek di hari jadi atau apa-apa sambutan keraian. Posting facebook ini di kongsi oleh Puan Fairus Yus , yang mana semuanya adalah hasil air tangan beliau. Bukan mudah nak cari idea kan, pembuat roti jala mesti kreatif dalam hiasan dan gabungan warna roti jala agar tampak lebih menarik. Saya kongsikan 10 rekaan roti jala jelita untuk korang, mana tau ada yang nak cuba buat kan. Boleh juga dapat kan ilham dari hasil karya orang lain. Tapi bukan tiru bulat-bulat lepas tu claim pulak rekaan sendiri. NO... NO.....NO...... Jangan buat macam tu tau. Kesian tuan punya idea mengerah otak untuk hasilkan rekaan yang kebabom. Gittewww Cantik kan semua rekaan roti jala ni? Tak nampak macam roti jala, nak makan pun macam rasa sayang pulak hehe. Sangat-sangat kreatif pada mereka yang hasilkan roti jala ni, yang menariknya, tulisan ucapan Happy Birthday, semuanya dari roti jala tau. Pada yang be

NUKILANBAE - BUNGA LAYU ITU

Layunya bunga bukan untuk dibuang, 
Tapi untuk dikenang, 
Pernah ada yang sayang, 

Bukan untuk di ratapi, 
Tapi untuk diperbaiki, 
Agar tak kecewa lagi, 

Hidup ini hanya pementasan, 
Bukan asbab riak luar batasan, 
Tapi untuk utuhkan iman, 
Kelak disana pasti nyaman. 

bae@4062019

Bunga yang menjadi saksi akan kasih sayang yang pernah terbina. Biar ia layu dan mengering, tapi bukan kenangan kita. Kau adalah kenangan terindah yang tercipta. Moga kau baik-baik saja ❤️

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.

Comments

  1. aida masih simpan roses dpt dari hari grad november lepas.
    sayang nak buang. but, one day akan buang jugak. dpt 3 bouquet.
    keringkan.
    sayang sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang nak buang, dok cari idea nak modified hehe

      Delete
  2. Puitis sangat hang ni bae. Mommy bunga-bunga yang layu terus mommy buang. Takut anak ambil masuk dalam mulut

    ReplyDelete
  3. Tak tau nak komen apa, tapi kalau pasal bunga teringat time konvo duku dapat banyak bunga, penuh tangan nak pegangnya.

    ReplyDelete
  4. menusuk puisinya. namun bukan kenangan kita untuk dibuang. moga baik-baik sahaja ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja kadang puisi agar kenangan tu tak layu bersama bunga haha

      Delete
  5. Hehehe nak tau, Sis masih ada lagi simpan bunga konvo anak Sis, dah kering macam haperr, sampaikan Suami dah bising..tapi suka..cantik juga tau simpan biar je gitu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak lin, boleh olah bunga tu, buat frame ke.

      Delete
  6. Amboi bae, awat jiwang sangat time2 nie...xpa2..teryskan berkarya.

    ReplyDelete
  7. Ada juga memula simpan. Bila dah stress rasa menyemak teros masuk tong sampah. Hehe. Maaf tak pandai nak react puisi atau sajak. Btw, bunga sebagai pengganti tanda ingatan dan penghargaan kita pada seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah tengah fikir nak modified bunga tu jadi hiasan yang tak semakkan mata

      Delete
  8. Awak jangan buang bunga tu, keringkan, beli frame dekat Daiso or Kaison, framekan. Cantik gantung dekat ruang tamu. Beli frame warna putih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youuuu fikir gak nak frame kan je..

      Delete
  9. You know, I love keeping dried flowers & put them in a frame! This will be really beautiful!

    ReplyDelete
  10. Cintakan bunga akan layu, cintakan manusia akan mati, cintakan Allah s.w.t akan kekal. :)

    ReplyDelete
  11. Kite pun sayang nak buang bunga kalau husband bagi... simpan jer sampai kering, iss teringat pulak moment masa dapat surprise tu he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, surprise tu yang jadi kenangan terindah kan

      Delete
  12. Nunga layu jgn dibuang blh diganti dgn bunga segar yg lbh cantik... biar dia jd kenangan

    ReplyDelete
  13. Apa yg sis faham..bila bunga mekar kita suka tp dh layu kita buang..mcm manusia..time cantik kemain sayang dn dipuji tp bila dh ada yg lagi cantik kita dibuang..haaa mcm tu lah kan kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. auchhhh...so true sis...begitulah kehidupan

      Delete
  14. Tengok bunga ni teringat masa konvo dulu. dapat bunga simpan sampai kering hehe. tulah last dapat bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time konvo je la peluang nak dapat bunga kan

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

Followers