Ad Code

MISI DAYHIKE GUNUNG BEREMBUN DAN GUNUNG TERBAKAR, CAMERON HIGHLANDS


Berkesempatan mengikuti ekspedisi anjuran Red Ants Hikers ke Gunung Berembun dan Gunung Terbakar untuk trip hiking bulan February 2019. Asalnya trip ini bukanlah trip daypack dimana kami akan hiking Gunung Berembun pada hari sabtu dan hiking Gunung terbakar pada hari ahad. Namun, atas level confident semua line-up, semua bersetuju untuk daypack dua gunung pada hari sabtu. Kiranya pagi sabtu mula mendaki Gunung Berembun dan turun dari Gunung Berembun terus mendaki Gunung Terbakar.

Gunung Berembun terletak di Cameron Highlands pada ketinggian 6924 kaki atau 2110m dari aras laut manakala Gunung terbakar yang juga di Cameron Highlands, dimana jarak dari Gunung Berembun adalah lebih kurang 20 minit dengan ketinggian  Kami mula. mendaki Gunung Berembun melalui trail 6 yang bermula dari kem sungai pauh yang terletak di dalam Jabatan Perhutanan Pahang. Pendakian bermula pada pukul 8.30pagi dan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke peak dengan moderate pace.  Trail 6 ini agak penat sebabnya trail yang menaik dan menurun berulang kali. Baru nak hilangkan lelah trek pacak, dah kena mendaki semula.  Antara view trail 6 ke peak Gunung Berembun.



Alhamdulillah semua selamat sampai ke peak pukul 11pagi. Dipuncak aktiviti bergambar adalah wajib. Lunch pack untuk hari itu adalah nasi berempah ayam goreng dan air asam. Gigih Kak Dewi selaku organiser masak. Dan nikmat terindah di peak adalah air teh/kopi panas. Suhu di puncak tidak terlalu sejuk.


Disebabkan semua agak kepenanatan dengan puncak tipu sepanjang melalui trail 6, kami mintak guide trail yang lebih landai untuk turun. Untuk pengetahuan, ada 7 trail berbeza untuk naik dan turun di Gunung Berembun. Menarik kan?

Untuk pendakian turun, kami melalui trail 7 iaitu lebih dikenali sebagai trail Mardi kerana trail ini akan tamat di Mardi. Tetapi di sebabkan starting point kami di Sungai Pauh, jadi terpaksa berjalan keluar dari Mardi dan kemudian melalui trail 4 iaitu Hutan Lipur untuk ke Sungai Pauh semula untuk ambil kereta dan bergerak ke Gunung Terbakar. Kami tiba dia Sungai Pauh sekitar 3 petang.




Perjalanan dari Gunung Berembun ke Gunung Terbakar mengambil masa sekitar 20 minit. Trail Gunung Terbakar ini merupakan trail yang baru di teroka oleh guide disini. Trailnya pendek namun pacak terus ke puncak tanpa belas kasihan. Kami mula mendaki pukul 4.30pm. Gunung Terbakar ini adalah gunung 360 jadi ianya gunung botak yang kurang pokok bukan seperti gunung berembun yang merupakan gunung mossy. Dengan trek pacak tanpa pokok, agak mencabar mental dan fizikal. Kami semua sebenarnya dah keletihan mendaki gunung berembun tapi memikirkan dah sampai kesini, sayang juga kalau tak hiking gunung terbakar, nak datang semula entahkan bila. Pendakian ke puncak Gunung Terbakar mengambil masa satu jam slow pace tanpa henti. Trek ke Gunung Terbakar ini bermula dengan melalui kebun sayur milik orang tempatan. Dimana terdapat tangga-tangga simen di sepanjang laluan kebun sebelum berjumpa dengan trek sebenar gunung terbakar. View 360 disini memang cun.  View trail Gunung Terbakar.

 


Dipuncak kami masak air teh o dan juga maggi. Suhu di sini tidak sedang-sedang saja tidak terlalu sejuk dan panas. Sebelum pukul 6 petang kami semua dah mula bergerak turun. pendakian turun lebih mencabar, memandangkan ini adalah trek baru, tali belum di pasang sepenuhnya. trek yang licin, kami hanya dapat berpaut pada lalang dan pokok-pokok kecil di sepanjang trek. Jika ada yang gayat lebih 'mind blowing' untuk mendaki turun. hehe

Perkara paling best di peak adalah MAKAN haha

Alhamdulillah I made it!


Maggi and bestie
Kami semua selamat tiba di starting point pada pukul 6.30petang. Alhamdulillah.

HIKING LOG GUNUNG BEREMBUN

Level difficulty: Moderate

Trail 6
8.30 - 10.00am - sampai 1st check point
10.30 - 12pm - sampai peak
Trail adalah pacak naik turun dari starting point ke peak

Level difficulty: Easy to moderate

Trail 7
1.30 - 3.30pm - sampai ke MARDI
3.30 - 4.30pm -  sampai ke starting point sungai pauh melalui Hutan Lipur.
Trail lebih landai dan trail yang paling mudah di Gunung Berembun

HIKING LOG GUNUNG TERBAKAR

Level difficulty: Moderate

4.30 - 6pm - starting point ke peak. (Trek very clear, no checkpoint)
6.00 - 7pm -  mula turun ke starting point

Post a Comment

39 Comments

  1. haha. perkara paling best tu, kita setuju. damainya tengok alam semulajadi. sedap mata memandang. moga lepas ni lebih menghargai alam kot ya. ni tak habis-habis kerja ja sis ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu tu. kerja ni sampai bila pun tak habis

      Delete
  2. Rajinnya bae hiking kan? Teringat time za bujang dulu. Sama la suka kesini kesana kesini kesana.. Eh mcm rap PM plak. Hahha tapi seronok hiking ni dpt menikmati udara segar smbil tenangkan fikiran lg2 kalau dah penat keje dgn persekitaran bandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok bila dalam hutan. lagi2 kalau camping. malam2 dengar deruan air sungai. rinduuuuu sangat

      Delete
  3. alahai sukanya tengok view mendaki tu dik. serius cantik sangat!! Tu yang suka sangat hiking sebab selain dapat penat, yang pasti dapat menikmati keindahan alam. Yang syoknya mendaki kali ni sejuk nyaman je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung2 kat cameron ni sejuk2, jadi penat tu tak terasa sangat

      Delete
  4. Sis memang sejenis yang bukan outdoor dan adventure. Sis akan tolak aktiviti ni since sis gayat. Hehe. Mereka yang berani ni memang sis tabik spring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je hikers yang gayat tau. macam2 aksi ada masa gayat tu haha

      Delete
  5. Bestnyaa, bagus tu sekali sekala or bila dapat jadikan usual aktiviti kan berhiking ni, banyak manfaat dan luas pemandangan. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling best bila dapat tawan puncak..nikmat sangat

      Delete
  6. bestnya! kita tak pernah pergi hiking. mama ayah tak bagi. bahaya kata dorang. tapi best kan dapat tengok hijau pokok. udara pun segar je. jelesnyaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak pun asyik bebel ni suruh berhenti hiking and masuk hutan hehe

      Delete
  7. wow a good hiking indeed! It was happening last year right? Wish to go there once MCO is lifted

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu nak hiking, so I throwback all hiking post

      Delete
  8. Wow hebat ini dako dua gunung dalam sehari. Tahniah atas jiwa kental masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trailnya tak panjang, masing-masing tak puas daki 1 gunung je.. hehe

      Delete
  9. Wah cantik pemandangan atas gunung tuh, suka betul tengok view nampak kabus tu, sejuk-sejuk atas tu makan maggie so sweetnye he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat puncak mesti nak makan/minum yang panas2. nikmat sangat

      Delete
  10. wahhh naik gunung ke.Iena tak pernah lagi hiking gunung2 haha..bukit2 je..Yang part perkara paling best tu..makan maggie tu betul..iena pun suka yang tu bila hiking ke masuk hutan ke.. Feel dia lain dari mkn kt uma :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. nikmat sangat makan maggi dalam hutan

      Delete
  11. Nak kena cari geng ni nak hiking, kalau kena gan geng bukan kaki hiking, hampeh le nak manjat atas...Sis ramai geng makan aje hahahaha...

    ReplyDelete
  12. best baca pengalaman hiking dari pagi sampai ke lewat petang. mesti penat tapi seronok kan, kepuasan dapat tawan puncak memang tak ternilai

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best dah naik atas tu hilang penat semua

      Delete
  13. Seronoknya tengok hiking macam ni sebab dah lama tak dapat tengok nature macam ni. Rindu bau pokok-pokok dan hutan macam ni. Tapi saya tak pernah pergi tempat ni

    ReplyDelete
  14. oo ada juga trek untuk hiking ya kat cameron highlands. cantik lak tu tmpatnya

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak pergi hiking. Gunung ni pun tak pernah sampai. Tak tau lah bila nak sampai sebab dah berhenti hiking huhu.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah bestnya dapat kesini... Rindu gile nak hiking cmni... Harap lps pkp ni dptla peluang hiking lagi... Seronok tgk kt gunung berembun ni sejuk je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua gunung kat cameron sejuk. best hiking

      Delete
  17. Cantiknya kehijauan dan pemandangan flora yang terbentang luas Bae... dah lama juga tak gi hiking ni... bila tengok gambar-gambar dan baca pengalaman Bae and bestie, teruja terus nak plan for my next hiking journey... last haritu kat Gunung Ledang pergi dengan anak-anak and my better half...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung ledang pun best kan. lepas covid jom hiking sama nak?

      Delete
  18. jomla repeat blk bae..redants buat trip blk..tp kali ni berembun & brinchang barat 3-4 Okt 2020

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa baru baca. kalau ada trip share la...kak dewi ke ni?

      Delete
  19. Pada sy,melalui pngamatan yg dibuat spnjng trlibat dgn hiking,kbnykn hikes (maaf bukan semua,namun hmpir keseluruhan )hanya mengejar peak n hipokrit terhadap alam semulajadi..Jangan marah namun akuilah dgn kesedaran,bila smpai peak mula berfoto dgn berbagai2 posing,konon terpesona dgn alam semulajadi,pd msa yg sma mningglkn smpah n tidak mnjaga kebersihan di puncak,bgtu jg wktu ontrek tiada pn menikmati alam semulajadinya pun..X kurang jg mementingkan diri sndri mninggalkan group konon menunjukn yg aku ni padu..orang terawal tiba di peak..hikers sejati bukan bgini..hanya ingin menunjukkn kemegahannya sj..maaf shbt ter emo plk...😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. saya setuju sangat. kesedaran tentang sampah ni dah banyak awareness tapi masih berlaku. moga hikers di malaysia ni ada kesedaran dan paling penting ada ilmu sebelum masuk hutan. terima kasih berkongsi pendapat

      Delete