CARA APPLY PERMIT ONLINE HIKING GUNUNG ANGSI, NEGERI SEMBILAN I BAEROSLAN

Image
Assalamualaikum semua Trip hiking Gunung Angsi ni trip sebelum covid sebenarnya haha Baru ada masa nak bercerita kat sini. Gunung Angsi terletak di Ulu Bendul, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2702ft atau 824 meter dari aras laut. Ia adalah gunung ke-3 tertinggi di Negeri Sembilan. Gunung ni memang antara gunung pilihan para pendaki sebab jaraknya yang tak jauh dari KL/Selangor Untuk hiking Gunung Angsi ada dua starting point. Korang boleh naik dari Bukit Putus atau Ulu Bendul. Trail dari Bukit Putus lebih pendek dan lebih mudah berbanding trail dari Ulu Bendul. Kebanyakkan hikers yang otai akan buat trans Angsi iaitu Ulu Bendul - Bukit Putus - Ulu Bendul, kiranya naik dari Ulu Bendul sampai ke peak, turun ke Bukit Putus, kemudian naik semula ke peak dan turun ke Ulu Bendul. Ia menjadi satu kepuasan untuk hikers kalau dapat buat Trans Angsi ni. Trip kali ni kami adalah training fitness untuk sebagai persediaan untuk hiking Gunung Tahan. kononnya nak buat Trans Angsi, tapi malam sebel

SEHARIAN DI GUNUNG BEREMBUN JELEBU DAN AIR CRASH YANG TAK KESAMPAIAN


Pembukaan tirai Mac 2019 dimulai dengan hiking ke Gunung Berembun. Bulan lepas dah mendaki ke Gunung Berembun, Cameron Highland, bulan ni kita hiking Gunung Berembun, Jelebu. Di Malaysia, terdapat tiga Gunung Berembun iaitu di Cameron Highlands, Jelebu dan di Terengganu. Trip untuk minggu ni adalah Gunung Semanggol, tapi di sebabkan trip cancel dengan sepantas kilat cari trip lain untuk isi slot hiking minggu ni. Trip Gunung Berembun ni di anjurkan oleh Geng Trip Santai Redah dengan line-up seramai 22 orang.

Gunung Berembun terletak di Jelebu iaitu di Kampung Pantai Baharu, Negeri Sembilan. Dengan ketinggian 1014m. Kalau nak ke starting point boleh je waze Masjid Kariah Pantai, starting point tak jauh dari Masjid.

Line up TSR

Selepas taklimat dari gogo, stretching dan bacaan doa kami mula mendaki bermula dari Loji Air Pantai. Permulaan trek agak landai, sehingga ke check point pertama iaitu Lata Berembun  yang mengambil masa lebih kurang 45 minit bagi moderate pace.  Kami  berehat lebih kurang 15 minit, supaya jurang antara 'first pacer' dan sweeper tak terlalu jauh. 


Pendakian diteruskan ke Gua Kambing iaitu check point kedua. Trek ke gua kambing pacak landai. Kekuatan otot di bahagian betis amatlah memainkan peranan. Langkah kaki perlu mengikut pace sendiri dan pastikan langkah dengan betul. Jika tidak otot di bahagian betis lebih cepat untuk 'cramp'. Perjalanan sekitar satu jam untuk sampai ke gua kambing. Kami tiba di gua kambing sekitar satu jam perjalanan. Di gua kambing terdapat batu-batu besar yang dikatakan terdapat kambing hutan yang tinggal di sekitar sebab itu di panggil gua kambing. di sini terdapat satu waterpoint untuk refill air. Airnya agak segar dan sejuk. 

Gambar sekitar Gua Kambing



Wow angle ni terserlah kekurusan hahahaha


Lama jugak kami berehat di checkpoint Gua Kambing sebab taknak gap terlalu jauh dengan line up di belakang. Selepas lebih setengah menunngu akhirnya muncul dua orang line up dan diorang bagitau line up yang lain masih jauh. Nampaknya kami terpaksa bergerak ke puncak dulu. Jika nak tunggu semua line up, lemau pulak badan nak ke mula mendaki kembali. So kami berlima meneruskan perjalanan ke puncak. Trek dari gua kambing adalah pancak landai terus ke puncak. Memang menguji fizikal betul tapi kita layan je trek jangan stress-stress ye hehe. Akhirnya kurang dua jam kami sampai ke puncak. Gembira tak terkata gitu. haha. Kami berehat lebih kurang 10 minit,  yang lain nak gerak dulu ke air crash dengan free body, maksudnya tanpa load. Kira nak berlari je ke bawah sebab takut tak sempat nak naik semula ke peak. Jadi aku dan seorang lagi ambil keputusan untuk tunggu line up lain di peak sahaja. Boleh la jagakan load diorang. 

I made it!


First line up sampai ke peak



Masa kat peak ni, tanker semua belum sampai dan aku dah terasa-terasa nak minum air panas ni. Dengan tak malunya mintak kat abang guide team lain haha Dia bagi semangkuk teh o panas ni. Kongsi berlima tau. Dapat la hirup sikit pun terasa nikmatnya ya Allah syukur sangat. Bae Roslan bila masa pun #dramaqueen haha


Boleh tengok trek di Gunung Berembun, Jelebu ni. Rasanya trek di Berembun ni tak terlalu kejam. Santai sahaja tapi mencungap jugak lah dari gua kambing ke peak tu hehe




Pukul 1 lebih kami semua mula mendaki turun ke starting point dan sampai ke Lata Berembun sekitar 4pm. Berhenti untuk solat, makan dan bermandi manda. Pukul 6 kami dah bersiap-siap untuk ke starting point. Takut gelap pulak nanti. Disebabkan dari lata berembun ke starting point trek landai, saya berlari anak je ke starting point. lebih kurang 30 minit dah sampai. Feeling-feeling trail run gitu haha. Azabnya di Gunung Berembun ni, even di starting point takda toilet. Terpaksa la tunggu semua line up sampai ke starting point lebih kurang 7 lebih baru sweeper sampai dan terus kami semua ke masjid untuk salin pakaian.

TIPS DI WATERPOINT

  • Kalau minum mana-mana water point pastikan makan ubat cacing secara regular iaitu 6 bulan sekali. Walaupun air nampak bersih tapi kita masih tak pasti kandungan dalam air tu.

HIKING LOG GUNUNG BEREMBUN

Starting point ke Lata berembun - 45 minit
Lata berembun ke Gua kambing - 1 jam
Gua kambing ke Peak - 1jam 30 minit

Total hours hike up - 3jam 15minit
Total hours hike down - 2 jam 30 minit
Total KM - 20KM+-

Comments

  1. entri 2019 rupanya, ingat post baru-baru ni, Sis baru nak tanya dan komen, kalau PKP boleh tak pi hiking hehehehe...
    Eh waterpoint tu ada gambo ke? Ke Sis terlepas pandang, nak tengok gak cmne rupanya..ngeri lak baca tu sampai kena makan ubat cacing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 tak pandai exchange comment kak lin. musim pkp ni rajin la submit tapi bae up post lama dulu haha

      Delete
  2. memula nak tabik spring sebab bukan calang-calang orang boleh hiking ni. perlukan kekuatan mental dan fizikal juga kan. akak nak bukit 326 meter pun rasa semput ya amat, penat tapi bila dah sampai puncak rasa puashati sangat, view cantik dan nyaman ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu tu. tapi gunung berembun ni tak ada view di peak. so keseronokan tu pada journey hiking.

      Delete
  3. baru perasan entri 2019. its ok. haha. bestnya hiking. terus segar fikiran sekejap kan. tak pernah lagi pergi hiking sistur ni. sedih ;)

    ReplyDelete
  4. Best betul pergi hiking tengok keindahan alam sekitar kita sambil hirup udara segar. Fuhh lama tak buat aktiviti mcmni. Kena bina balik stamina nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkp lama sangat ni pun lemau badan. kena training balik lepas pkp huhu

      Delete
  5. Kalau minat panjat gunung masa muda muda nilah nak cuba pun. Bila tulang dah rapuh tentu tak upaya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip yang saya pi ada je orang tua kak, suami isteri pencen.

      Delete
  6. Lamanya tak hiking.. Ntah nanti lepas pkp ni larat ke tak lagi nak memanjat ke atas tu... Kita x naik lagi berembun ni. Dia punya pacak sama tak dengan gunung datok?

    ReplyDelete
  7. Memang bagus bila dapat join aktiviti mcm ni sekali sekala ataupun dijadikan routine kan. Dah lama jugak tak hiking ni hehe.

    ReplyDelete
  8. Bestnye hiking..mulalah k mid teringat time muda2.mmg lasak k mid nie..suka hiking, suka kayuh basikal, suka berkayak...tapi dah tua2 nie semput dah:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow bestnya kak mid, bae memang hiking je la

      Delete
  9. Last hiking masa time study dulu. Dah puluh tahun yang lalu. Walaupon penat tapi seronok bila sampai puncak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang hilang penat bila tengok view kat puncak

      Delete
  10. gunung berembun ni, husband aida nak sampai :)
    secara basic nyer, tau juga la bila tgk gambar2 ni. got ideas.
    syok gi hiking ni actually. dpt bercinta dgn alam.
    husband memang rinduuuu sgt nak hiking now ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sekarang ni hikers semua memang gian nak hiking

      Delete
  11. Ok gunung berembun ni memang banyak yang seronok nak diceritakan, dulu zaman kecik-kecik memang tempat permainan Bonde, sebab abg ipar duduk Kg Pantai yang terletak di kaki gunung berembun. Memang seronok sgt setiap minggu mandi air terjun, dulu kami dapat tengok replika gajah batu (menurut abg ipar gajah tu kena sumpah dengan sang kelembai), sekarang ni dah susah nak tengok gajah tu, ditutup dengan pokok-pokok yang membesar. Rindu pulak nak kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo bestnya dapat mandi dekat lata berembun, air situ sedap mandi manda

      Delete
  12. This looks fun! But mind if I ask, if we need to pay for this kind of adventures?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, definitely need to pay or guide, permit if you join a trip.

      Delete
  13. Syok hiking ni, lagipergi tempat ada air terjun..fuh nyaman. Wah baru tau pasal gua kambing, ada cerita ye..syoknya dapat tengok semua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. meman best, guning ni ada kisahnya, syukur haritu tak ada apaw yang ganggu

      Delete
  14. wah baru tau ada gunung ni kat Jelebu. cantik tempatnya dan bersih

    ReplyDelete
  15. Bestnya mendaki. Akak sukaaaa. Nanti nak plan ke sana pula. Tunggu kaki ni sembuh. Asyik cramp je lately. Doktor sarankan rehat dulu. Hahaha. Bertabahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trek dia landai je kak ala nak ke lata berembu tu. tapi better est betul2

      Delete
  16. Best kan pergi hiking and outdoor activities macam ni, after MCO i will starts to explore Malaysia first.

    ReplyDelete
    Replies
    1. but i think after mco need to hold atlest for a year. still nt safe

      Delete
  17. Fuh hiking stamina nak kena kuat. saya memang surrender bab2 masuk hutan (tak tahan nyamuk sgt2) bila dah kena gigit nyamuk tu die punya bengkak mcm allergy baru lepas makan seafood. Haha. Saya tabik wanita2 yang berstamina kuat dan suka aktiviti2 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. percayalah dalam hutan takda nyamuk, cuma certain hutan ada agas2.

      Delete
  18. Tabik lah orang yang boleh pergi hiking ni. Amaze je tengok

    ReplyDelete
  19. Suami dah sampai sini , saya jer tak lagi sebab masih tak cukup stamina nak hiking gunung , bukit pun semput haaaa ... kalau tak silap kat sini juga yang ada bangkai kapal terbang kan tapi rasanya masih jauh ke atas sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. kalau nak kesitu kena turun dari peak. dalam 1jam gak la.

      Delete
  20. Perlu bawa pole atau tak payah ya naik Gng Berembun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pada keperluan. yang pacak hanya bermula dari gua kambing ke puncak

      Delete
  21. Oh..baru tau Gunung Berembun ada tiga kat Malaysia ni. Selalu dgr yg CBL tu je. Thanks for sharing your experience, and for the ubat cacing tips.

    ReplyDelete
  22. Rawlins komen di sini tau. Nak tengok waterpoint tu la please. Dalam keadaan PKP nie bila banyak tengok entry hiking mandi - masa tu la teringin nak mandi sungai bagai hahaha

    ReplyDelete
  23. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TRANS NANING TRAIL, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN TRIP DAYHIKE

SERONOK HIKING BUKIT BEREKEH & LATA PENYEL, SUNGAI SIPUT PERAK

RESEPI CUCUR SAYUR VIRAL

Followers