Posts

Showing posts from March, 2019

SAFI SHAYLA TONIK RAMBUT BERKESAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Image
Assalamualaikum semua Kecantikan bermula dari kulit yang sihat, bagi rambut sebagai mahkota wanita, ia bermula dari kulit kepala yang sihat. Sama ada rambut korang menipis, pecah di hujung atau gugur lebih daripada biasa, kemungkinan besar berpunca dari kulit kepala yang tidak sihat. Menggunakan produk rambut seperti syampu, perapi, mask atau serum, sudah tentu akan memberi kesan kepada penipisan rambut. Tetapi untuk menjadikan produk tersebut seefektif mungkin, kita harus bermula dari asas dahulu. Kita perlu konsisten di dalam penjagaan rambut dan produk penjagaan kulit kepala seperti tonik kulit kepala atau serum akan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk rambut korang tumbuh. Secara umum, jika kulit kepala korang tersumbat, kering, meradang, atau gatal, ia menjadi punca kepada banyak masalah yang lebih besar seperti kelemumur dan keguguran rambut. Keguguran rambut pada wanita boleh disebabkan oleh tekanan, diet tidak seimbang, perubahan hormon dan lain-lain. Keguguran rambut bagi

KEPULAUAN RIAU, LINGGA PULAU INDAH DI INDONESIA

Image
Hari terakhir di Kepulauan Riau, Lingga hanya melakukan aktiviti santai memandangkan perjalanan ke Batam Terminal agak jauh dan mengambil masa yang panjang. Pagi sebelum check out dari hotel Lingga Pesona, berdua bersama Nurul, kami jalan-jalan di sekitar Hotel. Dibelakang Hotel ini terdapat sungai yang amat indah dan permukaannya memantul seakan cermin.  Terdapat rumah di sepanjang sungai Daik Pemandangan dari atas jambatan kecil ini teramat indah. Kelihatan rumah-rumah di tepi sungai memberi gambaran kehidupan penduduk tempatan. Lihat sendiri keindahan disini pastinya hati akan terpaut. Model Daik - Nurul @Anak Denasor Kami melewati kedai-kedai runcit di sekitar dan sempat membeli ole-ole. Dan tak melepaskan peluang bergambar di sekitar kampung tersebut. Kami kemudiannya balik ke hotel untuk sarapan pagi di warung berdekatan dan terus ke Terminal Ulu Tenam. Sepanjang di sini, hati benar-benar terpaut dengan keindahan flora dan fauna di sin

Followers